Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 13 June 2016

MAHFUZ OMAR: NIK ABDUH MEMPUNYAI KEBERANIAN LUAR BIASA...

Berikut Yong kongsikan Kenyataan Media YB Mahfuz Omar. Penyokong Haji Hadi dan Nik Abduh sila hadam. 

Jangan kata Yong fitnah pulak. Bukan Yong yang cakap. 

KENYATAAN MEDIA

*UMNO PAS BERSATU:JANGAN TUNGGU LAMA LAMA*
- Mahfuz Omar MP Pokok Sena
  1. Hasrat saya sebelum ini dalam kenyataan saya bertarikh 10 mei 2016 mengharapkan atas nama pembangkang menyarankan Pas Dan Amanah berunding untuk memastikan agenda satu lawan satu dalam PRK Sg Besar dan K. Kangsar yang menjadi hasrat rakyat Malaysia untuk mengalahkan Umno Bn. Namun hasrat saya itu ditolak oleh pimpinan Pas atas alasan tiada kerjasama dengan pengkianat.
  2. Kini dengan Kenyataan Yb Ust Nik Abduh Nik Mat Ketua Pemuda Pas barulah saya faham kedudukan sebenar.Yb Nik Abduh yang menekankan *Pas bukan sahaja berniat tetapi berazam untuk bersatu dengan Umno*. Ini bermakna usaha telah, sedang dan terus dilakukan oleh Pas bagi merealisasikan niat dan azam untuk memastikan Pas dan Umno bersatu menjadi kenyataan.
  3. Saya percaya pertemuan, perbincang dan perundingan dua belah pehak telah diadakan. Walaupun berkali kali dinafikan oleh pimpinan Pas, tetapi dengan kenyataan Nik Abduh cukup meyakinkan cuma keberanian berterus terang sahaja yang masih diselubungi dengan ketakutan. *Saya mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang menunjukan usaha kearah itu digerakan*.
  4. Saya percaya *Nik Abduh mempunyai keberanian luar biasa berbanding dengan pimpinan Pas yang lain. Sikap suka berterus terang dan tidak suka berselindung dalam tindak tanduknya dan Pas menjadikan kepimpinan Nik Abduh dipuji dan disenangi oleh ahli Pas dan pimpinan Umno*. Apa yang dinyatakan oleh Nik Abduh tidak boleh dianggap itu pendapat peribadi, kerana Nik Abduh dipercayai terlibat dalam mewakili Pas dalam perbincangan penyatuan dengan Umno sama ada secara langsung atau tidak langsung.
  5. Persoalannya *sampai bila Pas dan Umno akan bermain dengan kenyataan penyatuan tanpa ketentuan*. Tidak cukup sekadar berbalas kenyataan menyambut baik penyatuan sedangkan tiada keberanian yang nyata. Saya faham *penyatuan yang dimaksudkan bukanlah menyertai atau bergabung dengan Umno tetapi sudah pasti yang dimaksudkan ialah kerjasama politik dan dakwah yang memerlukan satu ikatan janji yang konkrit untuk kelangsungan kuasa politik Melayu Islam dipertahankan*. *Inilah yang ditegaskan oleh Presiden Pas 40% orang bukan Islam tidak boleh menguasai 60% orang Islam apabila memberikan amaran untuk Dap menghentikan usaha menguasai pemerentahan*. Saya pun tak tahu bila pula yang Dap hanya bertanding tak lebih 60 kerusi Parlimen mampu menjadikan Cina boleh menguasai Malaysia.Tak apa lah mungkin itu satu amaran dan peringatan. Tetapi Selepas Pas mengambil jalan meninggalkan rakan pembangkang sewajarnya *Pas dan Umno tidak boleh lagi membiarkan kedua dua parti ini berebut pengaruh undi dikalangan pengundi Melayu Islam tetapi sebaliknya perlu berkongsi sokongan pengundi Melayu untuk servival parti dan kuasa politik Melayu Islam*. Soalnya bila mahu dimulakan.
  6. Pada saya sebaiknya dua PRK Sg Besar dan K.Kangsar sebagai medan permulaan untuk penyatuan apa yang sering disebut demi kuasa Politik Melayu Islam.Oleh itu bagi saya masih belum terlambat *sebelum hari mengundi awal pada selasa 14 Jun atau hari mengundi pada 18 jun untuk kedua dua parti Pas dan Umno Bn membuat kesepakatan yang terang dengan mengorbankan satu kerusi PRK yang ditandingi kali ini*.
  7. Contohnya Pas membuat pengistiharan menarik diri dan melepaskan kerusi Sg Besar untuk Umno Bn terus berlawan dengan Amanah dan menggerakan pengundi Pas untuk mengundi dan menangkan calon Umno Bn dan Umno Bn menarik diri serta melepaskan kerusi K.Kangsar kepada Pas untuk berlawan dengan Amanah dan mengerakan pengundi Bn mengundi dan menangkan calon Pas. Ini akan lebih mudah difahami dari isyarat isyarat yang sukar kepada pengundi. Dan ini akan lebih menguntungkan dari kedua dua parti terus berlawan yang berkemungkinan ada parti tak menang langsung pada PRK ini.
  8. Kata Ramli Sarip Papa Rock bersama kumpulan Sweet Charity *Jangan tunggu lama lama nanti lama lama dia diambil orang*.
Hanya ketakutan Pimpinan Pas dan Umno sahaja yang menghalang cadangan saya untuk PRK ini.* Mungkin selepas PRK mereka kena berniat dan berazam buang ketakutan untuk bersatu*.

Sedap pula senikata lagu *Bersatu Bersetia Berkhidmat*.

Senyum!!.

*PENYATUAN PAS UMNO SUATU PENANTIAN*.


DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
13 Jun 2016/8 Ramadzan 1437H
12pm Taman Al-Walid Alor Setar Kedah.

********************

Mahfuz Omar tak payahlah nak mendesak lagi. Biarlah ketua partinya menerang dan menasihati UMNO dulu.

Sementara itu, jom kita perhatikan apa hasrat pihak yang "menanti" untuk bersatu itu akan lakukan terhadap rakyat Malaysia yang kini dihimpit GST dan kadar sara hidup yang melambung.

Err...Tindakan yang diberitakan ini belum diterangi dan belum dapat nasihat lagi kot?

Jangan marah. Anggaplah wang anda yang masuk kantong kapitalis ini adalah jihad ekonomi. Beri peluang kikis sampai PRU14. Masa tu dapat BR1M dan sambung lagi sehingga PRU15.

PAULTAN 

Tunggu apa lagi? Bila nak pecat Mahfuz?

8 comments:

  1. Memang elok pecat pun...sebiji dah jadi husam Musa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesapa yg berani berkata benar dalam PIS kena pecat.
      Mmg dasar parti sarkas yg dipimpin oleh ularmak munafik marah bila org berkata benar.
      Tuduhan keatas hussam telah dijawab oleh beliau,siap 30muka surat punya jawapan dan dalil beserta bukti.

      Parti islam keparat apanya,tuduh org tanpa membicarakan yg tertuduh dan tidak dibenarkan membela diri?
      Ooo hukum ala isis la ni..
      Elok la,tuang presideng bertaraf mullah,walaun semua tolol2 belaka,.
      Ajak berhujah bacul..
      Paspispus

      Delete
  2. PAScai bakal kalah teruk di kelate pada pru14 nanti.

    ReplyDelete
  3. Elok keluar je Pas YB Mahfuz ni. Jangan dok jafi penakut dan hipokrit.

    ReplyDelete
  4. Kita tunggu dan lihat keberanian presideng kaki tuang......utk pecat mahfuz pula! Setiap pemecatan Paih akan susut walaun nya mengikut yg dipecat!

    ReplyDelete
  5. Ikutkan hati mmg nak keluar..tp Mereka xboleh keluar sbb bai'ah..mereka mmg dah xboleh duduk dlm PAS sbb PAS dah tersasar dr perjuangan asal. So, sementara ada masa dlm PAS ni Cuba nak ditegur atau Cuba pecah lubang kalau tak rakyat tak tahu..yg taksub saja yg masih sokong PAS.

    ReplyDelete
  6. kalah atau menangnya Pas bukan Pan yang menetapkan..mahfuz tak payah desak pas singkirkannya..sendiri mau ingatlah...khaianat pada parti tidak membawa apa2 kesan pada parti tapi ingat pengkhianatan itu akan disebut oleh generasi Pas akan datang dan akan menjadi sejarah bertapa bobroknya pemikiran puak2 liberal bekas pemimpin pas.

    ReplyDelete
  7. Paspispus...tak boleh harap..cakap belit2

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.