Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 3 July 2016

HUSAM MUSA: "ELAK PERANGAI BURUK PARTI LAMA BERKELAHI DENGAN SEMUA ORANG."

Berikut Yong kongsi rencana dari portal online Malaysia Dateline. Komen Yong di akhir rencana ini:

Kelantan tentu jatuh, isunya siapa pengganti, kata Husam

03 Julai 2016 | ZIKRI ABDULLAH


"Tuduhan saya berusaha jatuhkan kerajaan Kelantan tidak benar sama sekali kerana kerajaan ini tentu akan jatuh hasil pilihan presiden Pas sendiri untuk kembali ke zaman Pas tidak menang dulu," kata Adun Salor Datuk Husam Musa di majlis makan colek anjuran Amanah Kelantan malam tadi.

Menurut Husam kejatuhan kerajaan Pas Kelantan dan kekalahan kebanyakan kerusi-kerusi Pas seluruh negara tidak dapat dielakkan apabila Pas memilih kembali menyendiri dan membuat blok ke 3 yang terasing dari pentas politik pilihan rakyat.

Keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar katanya menunjukkan parti asal beliau itu akan kembali kalah di semua kerusi-kerusi campuran dan kerusi-kerusi 'marginal' kawasan majoriti Melayu.

"Di Selangor kesemua 15 kerusi akan jatuh dan kalau Datuk Iskandar masih mahu jadi wakil rakyat selepas PRU ke 14 beliau perlu berhijrah ke mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH).

"Saya adalah pengerusi "Road Map" Pas PRU 13 dan kita memang sasarkan untuk menang 15 kerusi di Selangor dengan memilih kerusi-kerusi campuran supaya rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) waktu itu dapat melonjakkan undi bagi mengalahkan BN.

"Kini tanpa lonjakan sokongan luar Pas kita boleh baca dengan tepat kesemua 15 kerusi itu Pas akan kalah termasuk Dr. Rani dan Dr. Halimah sekalipun," ujar beliau di perkarangan pejabat Amanah Kelantan di Kota Bharu..

Berkaitan Kelantan katanya, dengan mengasingkan diri dari 'mainstream' pakatan pembangkang tidak perlu penganalisa profesional untuk mengatakan Pas tentu kalah dalam PRU akan datang.

"Yang menjadi isu sekarang, kerajaan Pas yang akan kalah ini akan diganti oleh siapa," soal beliau.

Umno katanya telah memasang angan-angan untuk kembali berkuasa di Kelantan.

"Tapi kena ingat dengan badai yang sedang melanda Umno sekarang, mereka pun tahu situasi telah berbeza dan kubu mereka termasuk di Johor sedang terumbang ambing dan mungkin runtuh," katanya.

Menurut beliau gerakan yang kini dipanggil 3M, iaitu Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz tidak boleh dipandang ringan dan ia boleh bangkit membentuk gegaran besar jika diatur dengan sempurna.

"Sebab itu di Kelantan ini kalau Amanah benar-benar mahu ambil alih, ia tidak pelik dengan syarat buat kerja kuat dan berstrategi dan elak perangai buruk parti lama berkelahi dengan semua orang," katanya.

********************

Pada pandangan Yong apa yang disebut oleh Husam Musa bukan cerita eksklusif yang hanya dibicarakan oleh para cendiakawan dan orang politik. Ia cerita yang sudah menjadi public domain. Pedih tetapi benar. Tak perlu "regress" kepada punca.

Walau bagaimanapun, Yong memilih saranan/nasihat Husam Musa sebagai tajuk N3 ini kerana itulah kunci kemenangan Amanah dan Pakatan Harapan.

"...buat kerja kuat dan berstrategi dan elak perangai buruk parti lama berkelahi dengan semua orang." 

Tepat sekali saranan itu!

Mengikut kefahaman Yong, "semua orang" itu termasuk pemimpin/ahli parti lain dalam pasukan Pakatan Harapan. 

Kepada puak yang mengaku ahli Amanah/menyokong Amanah, tetapi saban hari berkelahi dengan orang lain yang dia tak setuju itu - mohon terasa.

Apapun, tak perlulah demi ingin dilihat "budiman" kita asyik mengajak puak yang memusuhi kita "berunding" sehingga nampak seperti "hidung tidak mancung..."

Yong tambah kata kunci itu:

Kerja kuat dan berstrategi dengan bijak.

2 comments:

  1. Betul tu yong...PH pakar dr segi rundingan..tak boleh berkasar dgn ulamak..ulamak berkasar dgn kita tak apa.. àpa lah nak jadi..menjelang pru 14..strategi takde.. asyik berunding je..kapada ahli2 AMANAH.. kenapa kelian tak buat mcmana leman rajalawak buat..kalau menjelang 2 tahum leman aktif dgn kegiatannya..silap2 umno tak bertanding di sik tu.. apa2 aku nak ucapkan tahniah pada AMANAH melaka kerana media anda cekap dan cepat. Cuma harap2 anda ada hubungan dgn negeri2 lain.. anda sebagai master..agar maklumat dpt mematahkan maklumat media umno dan BN.

    ReplyDelete
  2. yongsuka oren yg betul.bukan pas sahaja akan kalah parti dlm ph pun akan terjun dengan labu2nya.dulu sombong tak nak langsung pas dlm ph sekarang mmg pipi tersorong2 ajak pas masuk ph supaya dapat paksa pas lps kerusi.pembangkang bagai nenang jadi arang kalah jadi debu.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.