Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 30 December 2016

RESORT JAMAL CUMA DAPAT RATING 2.5 DARI 5.0 KATA TRIPADVISOR

Memandai-mandai jer TripAdvisor ni.


Mengkomer boleh baca review pengunjung di sini:


Maknanya resort ini kira macam cukup makan jer sejak mula beroperasi pada tahun 2011. Yong tak jumpa senarai resort ini di agoda.com, booking.com dan hotelscombined.com. Tak percaya, komer cari sendirilah.

Ceritanya Jamal tak puas hati resortnya kena tutup sebab Kerajaan Selangor marah dia tunjuk perasaan kat pejabat MB. Er...MB ni MB PKR yang disokong oleh PAS, tau. Jamal pula Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar. Penyokong PAS jangan lupa tu. 

Bagus juga Kerajaan Selangor buat begitu. Kalau tidak takde ler Jamal sibuk buat kerja polis menyerbu premis judi di Selangor. Berita kat sini. Semoga tokey-tokey judi tu kecut perut, dan tutup premis demer selamanya. 

Yong percaya Melayu-Melayu yang turut pergi berjudi atau ada kongsi share syarikat judi, bukan dari kalangan pemimpin parti Amanah. Having said that, kata orang putih, takde hal.

Kabarnya Jamal dah saman kerajaan Selangor (ingat ye...Ini kerajaan yang disokong PAS), kerana runtuhkan resort dia.

Alahai...Takpe ler Jamal. Resort kamu bukannya competitive pun. Dengan homestay pun kamu kalah rating:


Maka, kalau orang kampung tanya, kenapa kamu gagal berniaga dalam industri perhotelan ni, kamu boleh kata Kerajaan Selangor tutup resort kamu, bukan kamu tak reti niaga. 

Kabarnya kes kamu dengan Maria Chin, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mahu kamu yang menuduh NGO itu mempunyai kaitan dengan militan IS, untuk menyelesaikannya di luar Mahkamah. Berita kat sini. Jadi, kalau kamu menang saman dengan Kerajaan Negeri Selangor, kamu bolehlah guna duit pampasan itu untuk bayar kepada Maria Chin. Tapi, kalau kamu kalah, minta saja dari UMNO. Jangan minta dari 1MDB pulak.

Nasihat Yong: 

Sesiapa yang ingin menjadi ahli perniagaan yang hebat (walaupun tiada kelulusan tinggi dari Harvard Business School), seperti Bill Gates, Richard Branson, etc... hendaklah menumpukan perhatian kepada business, bukan ke hulu kehilir mengacau ketenteraman awam dan orang ramai. Business ke laut.

Siapa yang hendak menjadi ahli politik, jadilah ahli politik yang berwibawa - bukan kluk-klak, ugut bangsa, jual agama atau gadai aset negara.

SEKIAN.

3 comments:

  1. Ini bukan soal rating...

    Aslmkum...

    Yang penting setiap kakitangan kerajaan akan di paksa mesy. Di resort j jamban ni. Tak baca arahan kSn suruh buat meeting setiap bulan di situ ??? Tanpa lesen dan haram pun dah untung rm 120juta Yong oiiii..

    Warna resort pun warna Kuning..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak le hebat kalau harap gomen yang diterajui UMNO untuk tolong!

      Delete
  2. Buat public toilet pun OK agak nya..

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.