Malam kelmarin Yong dikejutkan dengan bunyi ledakan mercun yang kuat. Ia diselang seli dengan sorakan suara budak remaja.
Yong tinggal di kawasan elit Melayu (bukan nak tunjuk kerek yer). Tapi Yong tinggal di sini sudah 17 tahun (rumah sendiri) dan 3 tahun (menyewa). Sudah tentu Yong tahu sama ada ini kawasan elit Melayu atau bukan.
Tapi tak sangka, di kawasan elit Melayu yang ramai professional dan ustaz/ustazah pun sibuk meletupkan mercun, menjelang tahun baru Masehi!
Melayu! Melayu!
Pagi-pagi buka internet, keluar cerita ini:
TAHUN DEPAN BUAT LAGI ASTRO AWANI |
Mujur kejadian tidak berlaku di bandaraya tempat Yong tinggal. Tetapi ia tetap berlaku sebagai peringatan kecil daripada Allah SWT - Membakar mercun itu perbuatan yang sia-sia.
Daripada membakar mercun, adalah lebih baik duit itu diberi kepada anak-anak yatim.
Kecuali demer yang sakit dan masuk hospital kerana melecur, episod itu akan dilupakan sekejap lagi.
Kalau buat benda yang membazir takde nya serik!
Tetapi, Yong harap sangat-sangat, bukan episod ini:
Kalau buat benda yang membazir takde nya serik!
Tetapi, Yong harap sangat-sangat, bukan episod ini:
PEMIMPIN BERCUTI SEMASA RAKYAT SEDANG "SAKIT" MALAYSIAKINI |
Apa hadiah untuk rakyat semasa pemimpin berpergian holiday?
SUKA? (MELVISTER) |
Takpelah...Kita jangan lawan UMNO! Demer bagi BR1M.
Balik ke cerita bunga api...Oopps!
SIAPA AHLI MPK TU? (BERNAMA) |
Ingat demer cerdik! Rupanya....
Kongsi sikit pesanan orang tua-tua mengenai kepimpinan:
Bayang-bayang sepanjang tubuh, selimut sepanjang badan.
NOTA: Nak tahu siapa ahli MPK, tanya pakcik Google.
Assalammualaikum Yong,
ReplyDeleteSebenar di tahun 2017 ini telah bermula dengan menyusahkan rakyaat terbanyak. Kenaikan harga minyak sudah pasti harga barang barang keperluan lain akan turut naik. Nak buat macam mana kerana kita yang tidak menyukai parti yang berperanggai ala-Dajjal juga turut terkesan.
MO1 dan keluarga terus berpestaran di Australia. Itu lah yang di sukai oleh bangsa ME-layu yang berdarah biru pekat. Mereka terlupa bahawa kebanyakan mereka kini merempat di bumi sendiri.
Berhubung dengan "MAIN MERCUM", dah tahu bahawa perbuatan membazir itu di sukai oleh syaitan, tetapi terus juga di laku kan. Mengapa kah agak nya? Kini beberapa orang sudah "BERIHAT" di dalam hospital. Nasib baik hospital, kalau di dalam liang lahat bagaimana?
Di luar sana ramai dari kalangan keluarga yang merasa perit bila persekolahan bermula. Ada keluar yang terpaksa ke kedai barang barang terpakai, sungguh mendukacita kan. Alang kah bagus kalau wang yang di bazir kan untuk membeli bunga api di salur kan kepada mereka.
Saya menjangka kan bahawa tahun 2017 ini tidak akan memberi cahaya di hujung terowong, gelap se gelap gelap nya.
Assalamualaikum Yong
ReplyDeleteAtter mujo le juge demer pergi nyambut tahun baru masehi tu, kalo iddak le katekan, kita ni masih lagi dalam tahun 2016. Sebabnye nanti takut pulak tahun 2017 meghajuk tak siyo nak singgah kat Malaysia ni, jenuh pulak nak memujuknya.
Yang kisah PM sekeluarga enjoi menjoi sakan kat Ostlia tu, kita memang patut bangga ada PM yang macam tu. Idak le dikatakan PM kita tu koman spana cap ayam, so... kita sepatutnya bangga
"Tapi tak sangka, di kawasan elit Melayu yang ramai professional dan ustaz/ustazah pun sibuk meletupkan mercun, menjelang tahun baru Masehi!". Ini petikan tulisan Yong.
ReplyDeleteUstaz/ustazah ni ilmu agamana aje yg betul. Perangai mereka jangan diikut. (Bukan semua tapi memang ada yang tak betul).