Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 1 November 2011

PANDAI TAPI BINGAI2

Di Malaysia kita tak perlu naik bas sampai macam ni. Itupun nak berebut jugak. 

Satu pagi di Birmingham. Hujan turun renyai2. Yong nak naik bus. Tapi tak bawa payung. Yong pun tunggu kat depan kedai sebab bus stop ni takde beratap. Tak lama datang sorang makcik omputih membawa payung nak tunggu bus. Dia nampak Yong terus dia tanya sama ada Yong tengah tunggu bus. Yong kata ya. Dia pun terus berdiri di sebelah Yong (Belakang Yong kaki lima kedai. Kalau berdiri di belakang dia ganggu lalu lintas pejalan kaki pulak). Kami sembang2 pasei cuaca di England. Biasalah. Orang omputih memang suka cerita pasai cuaca. Tak lama datang satu budak muda. Dia pun berdiri sebelah makcik tu. Begitulah keadaannya sampai beberapa orang. Takde siapa yang potong que, walaupun ada yang bawa payung. Bas pun sampai. Kami naik dengan tertib.

Kat Malaysia pulak macam mana? Aduhai, Yong amat phobia dengan public bus. Orang yang naik bus tak reti berbaris. Dah tu pulak meraba2 sambil naik bus.  Memang sakit hati. Bila kita marah dia seronok pulak sambil gelak2. Sampai gomen terpaksa adakan bas untuk pompuan saja. Yong memang sokong polisi ini.

Sebenarnya yang pompuan pun sama gak. Suka berebut. Perangai huduh ni dibawa sampai ke Mekah. InsyaAllah Yong akan cerita pengalaman Yong naik bas bersama jemaah haji Malaysia dalam posting seterusnya.

Menurut NEM, kadar celik huruf di Malaysia tinggi, iaitu 94.1. Maknanya, dalam 100 orang 94 orang boleh dikatakan pandai. Tapi bila bab nak naik bas terus jadi bingai.

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.