Motosikal ni tak ada kaitan dengan cerita dibawah ini.
Orang pandai tak semestinya cerdik. Lebih ramai lagi yang pandai tetapi tidak bijak. Ini cerita pensyarah Yong (Mr R) tentang rakan sekuliah dia yang dah jadi jurutera di Ireland. Kawannya sangat pandai kerja2 praktikal yang berkait dengan kejuruteraan mekanikal. Bila dapat gaji si jurutera beli motorsikal. Bukan main seronok dia bawa jalan sana sini. Pada satu pagi motorsikal tak mahu start. Puas dia cuba beberapa kali tapi motorsikal macam dah mogok. Dia pun fikir, mesti motorsikal ni ada masalah. Mula2 dia check minyak - ada. Dia buka injin, check - ok. Dia start semula motorsikal. Tapi tak hidup jugak. Setelah penat mencuba dia telefon Mr R. Lebih kurang begini perbualan mereka (dalam bahasa omputih):
Jurutera: Bro. Motor aku tak boleh start ni, macam mana?
Mr R: Engko dah check minyak?
Jurutera: La...Takkan aku bangang sangat. Minyak penuh.
Mr R: Engko dah check spark plug?
Jurutera: Dah.
Mr R: Ada engko usik dia tak?
Jurutera: Usik apa lak. Ia elok je duduk dalam lubang dia.
Mr R: Engko keluarkan dia dari lubang tu dan bersihkan dia. Lepas tu masukkan balik. Kemudian start. Nanti hidup le motor kau tu..
Jurutera: Ohh... gitu ke?
Mr R: (dalam hati) Bingai jugak kawan aku ni.
Kat Malaysia jurutera tentu penin sebab kapal selam Malaysia yang terlampau mahal tu tak boleh menyelam. Audit Malaysia pulak kata harga kereta perisai pun terlampau mahal jugak. Boleh bergerak tak kereta perisai ni?
Yong cuma harap jurutera yang kerja kat Kementerian Pertahanan Malaysia tak bingai.
Salam ziarah Yong...
ReplyDelete