Yong ada satu pantang yang tak boleh ampun. Yong amat benci orang yang suka tidur semula selepas solat subuh, atau tidur sehingga miss solat subuh. Lainle kot orang tu demam atau dah amat tua. Boleh le maaf. Kucing, ikan dan terapin Yong bela semua bangun pagi. Tak payah Yong riuh rendah bangunkan demer.
Tadi Yong melayari alam cyber, Yong jumpa N3 dari blog 26 Melayu di Raja. Ini sudah best. Yob, Yong minta izin petik sebahagiannya macam kat bawah ni:
Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerana pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah).
Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).”
(Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)
Seterusnya baca di sini.
Assalamualaikum Yong,
ReplyDeleteAjenyer ya. Lepas solat elok mace ke, nulih ke, paling koman buat brekfas. Salam kenei orang Parit.
Moh Kembara,
ReplyDeleteWaalaikum salam. Ramei orang kite gitu perangeinyer. Lebih2 hujung minggu.