Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 22 October 2011

ADA MACAM-MACAM GILA 2

Yong menyokong Prof Aziz Bari atas 6 faktor:
  1. Yong juga seorang pensyarah dan sering tertekan kerana dihalang daripada mengeluarkan pandangan dengan terus terang.  Sehinggakan bila Yong mengkritik Alam Flora pun ada yang menuduh Yong anti kerajaan.
  2. Aziz Bari seorang scholar. Selepas PhD beliau tulis buku undang-undang yang mudah difahami. Ramai yang pergi buat PhD undang-undang, tapi mana buku demer? PhD undang-undang dah jadi PhD udang-udang. Mudah dimasak kari dan dibeli di restoran mamak!
  3. Yong inginkan sebuah negara yang memberi kekebasan kepada rakyatnya untuk menyuarakan pendapat supaya ilmu masyarakat (community knowledge) boleh berkembang dan rakyat menjadi matang. Dengan itu akan terhindarlah segala gejala negatif, aktiviti yang merosakkan akhlak dan jenayah-jenayah moral lain yang sedang berleluasa sekarang.
  4. Yong mengharapkan negara yang aman, bukan negara polis yang menjadikan rakyat takut bersuara untuk membetulkan kepincangan yang sedang bermaharajalela. Di sebalik kekangan ini Aziz Bari berani bersuara.
  5. Ibn Khaldun pernah menulis tentang keruntuhan sesebuah negara - puncanya ialah kegagalan pemimpin-pemimpinnya. Tapi kitalah yang memilih pemimpin-pemimpin itu. Jadi pemimpin harus menerima teguran kita sebagai sebahagian daripada tanggungjawab. Mengapa harus phobia pada pandangan orang lain?
  6. Akhir sekali, dan paling utama Yong bersetuju dengan Aziz Bari bahawa Perlembagaan Malaysia sudah menyediakan kerangka untuk penggubalan dan pelaksanaan hukum Islam. Kalau ekonomi Islam boleh buat kenapa hudud pula tak boleh? 
Kalau Zainal Keling boleh kata 'Malaysia tidak dijajah' dan Timbalan Perdana Menteri telah menyanggahnya, dan tanpa apa-apa tindakan pada profesor yang menungkah arus itu; Salahkah Aziz Bari menyuarakan pendapatnya?
 

    Budak-budak dalam gambor di atas mengambil risiko kerana kebenaran. Mudah-mudahan mereka akan terus menjadi rakyat yang berani. Syabas!

      No comments:

      Post a Comment

      Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.