Mengapa orang Melayu hanya menjadi pemerhati bisu melihat apa yang berlaku kepada Kampung Baru? Lupakah anda di sinilah bermulanya tentangan terhadap idea Malayan Union British (walaupun ade mangkuk yang percaya Tanah Melayu tidak pernah dijajah)? Lupakah anda Kampung Baru adalah satu-satunya benteng pertama dan terakhir orang Melayu bandar? Apa ertinya Tanah Melayu kalau orang Melayu tidak ada tanah di tengah ibu negara Tanah Melayu yang sekarang kita telah kongsi dengan Sabah dan Sarawak menjadi Malaysia?
Apakah yang sedang ditunggu oleh orang Melayu?
Keajaiban?
Inilah keajaiban yang berlaku:
Kg Baru: Gelojohnya kerajaan gadai tanah orang Melayu
Zulhazmi Shariff
Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 (RUU PPKB 2011) baru sahaja diluluskan di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2011 yang lepas. RUU PPKB 2011 ini perlu melalui proses perundangan biasa iaitu perlu dibahaskan di Dewan Negara yang akan bersidang sesudah Dewan Rakyat selesai bersidang pada Disember 2011 nanti. Apabila dibahaskan di Dewan Negara dan jika diluluskan, RUU PPKB 2011 tersebut perlu dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan Baginda. Setelah diperkenankan Ke Bawah Duli Tuanku, maka barulah Kerajaan boleh mewartakan penguatkuasaan RUU PPKB 2011 menjadi Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011.
Demikianlah prosedur sesuatu Rang Undang-Undang menjadi Akta yang akan mempunyai kuasa di bawah undang-undang. Selagi tidak diluluskan dan tidak diwartakan, sesuatu Akta tidak mempunyai apa-apa kuasa penguatkuasaan. MALANGnya Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) nampaknya tidak mempedulikan semua prosedur ini lantaran kegelojohan mereka ingin menjarah tanah Kampong Bharu milik orang-orang Melayu yang dijamin oleh Enakmen Tanah Petempatan Pertanian Melayu 1950 (Malay Agricultural Settlement Enactment 1950).
Pada 19 Oktober 2011, KWPKB telah mengadakan suatu perjumpaan tertutup di antara KWPKB dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kononnya mempunyai kepentingan di Kampong Bharu dan juga Lembaga Pentadbir Kampong Bharu (Lembaga MAS) serta Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) yang terlibat secara langsung dalam pembangunan Kampong Bharu. Perjumpaan tertutup tersebut diadakan di Aras 7 Kementerian Wilayah Persekutuan Putrajaya. Pada sidang media selepas perjumpaan tersebut, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dengan bangganya memaklumkan bahawa KWPKB akan menubuhkan suatu pasukan interim dengan peruntukkan geran sebanyak RM15 juta bagi memulakan kerja-kerja awal pembangunan Kampong Bharu. Beliau dilaporkan berkata “Justeru tak kan kita nak tunggu selesai baru nak bangunkan kawasan itu”.
Nak tahu kisah, baca di sini dan di siniMana NGO-NGO Melayu yang hebat itu?
Mana pejuang-pejuang ketuanan Melayu yang unggul itu?
Mana sejarahwan Melayu yang bijak pandai itu?
Mengapa bila tiba hal Kampung Baru semua bagai disumpah Sang Kelembai?
Mana pejuang-pejuang ketuanan Melayu yang unggul itu?
Mana sejarahwan Melayu yang bijak pandai itu?
Mengapa bila tiba hal Kampung Baru semua bagai disumpah Sang Kelembai?
Salam Yong,
ReplyDeleteKes masyuuuukkk lagi!
Teman penah dok kejap di Kg Baru awal 80an, nostalgia tempat ni.