Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 24 November 2011

KAMPUNG BARU YANG CACA MARBA EP2

Yong terbaca kenyataan DPPK mengenai isu Kampung Baru. antaranya disebut:

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPK Titiwangsa) mencabar Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) agar memainkan peranan penting sebagai pembela tanah penduduk Kampung Baru sebagaimana yang dimainkan oleh Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB). DPPK Titiwangsa berpandangan, MAS sejak akhir-akhir ini tidak memainkan peranan dalam membela tanah orang Melayu di kampung warisan tersebut, sehingga ia akhirnya terlepas ke tangan pihak lain.

DPPK Titiwangsa merasa sedih kerana sejak ura-ura Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru hendak dibentangkan dalam bacaan kali pertama tahun 2010, sehinggalah ia dibentang dan diluluskan di Parlimen bulan Oktober 2011, MAS tidak langsung membantah isu ini, bahkan menyokongnya pula. Lebih memeranjatkan apabila MAS turut ‘bersubahat’ dengan cuba menafikan peranan Menteri besar Selangor dan Kerajaan Selangor untuk membantu menyelamatkan hak penduduk Kampung Baru. Sepatutnya MAS berterima kasih kerana keprihatinan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang cuba sedaya upaya memastikan Kampung Baru dimiliki oleh penduduk asalnya.
Seterusnya

Mula2 Yong ucap syabbas kepada DPPK Titiwangsa kerana keberanian miker mencabar orang2 tua dalam MAS. Tapi ahli2 MAS ni ade ke baca blog?...Aduhai....

Apa yang berlaku di Kampung Baru ibarat sejarah kerajaan Melayu Melaka berulang kembali. Kerajaan kecil MAS di dalamnya caca marba. Ada penyokong totok umporno yang langsung tak fikir masa depan cucu cicit.  Ada yang atas pagar tapi takut untuk bertindak mengikut nasihat kerajaan Selangor. Ada yang sokong PR tapi tak cukup tenaga lahiriah untuk bertindak (misalnya takde duit). Ada yang dah tua dan tak mahu fikir banyak2 lagi. Umporno memang tahu semua kelemahan MAS, sebab tu mereka berani bertindak zalim.

Tak heran jika MAS ditikam oleh orang dalamnya sendiri.

Kampung Baru dengan segala kedhaifan dan disservice yang disengajakan oleh kerajaan BN selama perpuluh2 tahun (lihat contoh gambar di atas) tidak mampu lagi berjuang sendirian. Kerajaan BN ibarat segerombolan burung nasar (vultures) sentiasa bersedia untuk membaham mangsanya. Sekarang nasib orang Kampung Baru bergantung kepada anak mudanya. Tapi adakah mereka peka?

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.