Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 15 March 2012

KISAH BENOR: BERAPA HARGA BAJU INI?

Yong tak nak komen banyak2. Komer banding dulu...

Fesyen isteri pemimpin. Walaupun pelik dan sesuai untuk remaja jer, ia pasti amat mahal

Fesyen makcik kat kampung. Kredit SAMM (sini)
KISAH BENOR SEORANG KAWAN BEGINI:

Seorang kawan menjadi pelanggan tegar sebuah kedai jahit. Kawan ni pun bukan orang yang berfesyen sangat. Baju kurung biasa, tiada beropol2, sulam dsb. Satu hari ketika menghantar kain untuk tempahan dia terkejut kerana harga tempahan naik 3 kali ganda. Kawan tanya tukang jahit kenapa jadi begitu? Menurut tukang jahit kedainya telah dilanggan seorang isteri orang besar (bekas MB). Sebab tu dah naik harga. Bukan itu sahaja, pakaian isteri orang besor tu perlu didahulukan! Jadi tukang jahit terpaksa tambah pekerja! Sebab tu naik kos.

HAHAHA! Yong gelak besor bila mendengar cerita kawan ni. Yong kata, cari je tukang jahit lain! Tak payah le nak ikut fesyen orang besor yang pelik tu! Komer tempah baju harga mahal, maknanya komer jadi sponsor gaya hidup demer!

INFAQ? WASATIYYAH? OH TIDAK MUNGKIN!
INFAQ UNTUK KRONI,
WASATIYYAH UNTUK RAKYAT,
PEMIMPIN TERUS BERMEWAH!

3 comments:

  1. hehehe..tak kena la baju tu mcm nampak bahagian dalam dan sendat....ropol2 tu ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku budak Klang,
      Yong salahkan perunding image jugak. Demer nih buat aper? Tak kabor elok2 ke?

      Delete
  2. Tengok pun dah geli. Belum sentuh lagi!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.