Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 11 June 2012

MAHKAMAH PERANCHIS AMAT MENAKUTKAN


KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT OPERASI GUILLOTINE
Orang Inggeris suka buat lawak tentang orang Peranchis. Ketika laluan bawah laut yang menghubungkan kepulauan British itu dengan Eropah siap, mereka berkata, "Kami dah tercium bau bawang putih yang amat kuat." Maksudnya, Peranchis akan menjadi satu pengaruh yang besar di rantau itu, kerana sekarang mereka telah "berbaik" melalui hubungan secara fisikal dengan Britain, musuh tradisi mereka di zaman Nelson - Bonarparte. Pengaruh itu diakui kuat kerana sekarang Perancis boleh menangkap sesiapa yang mahkamah mereka arah untuk tangkap di mana-mana negara yang menjadi ahli Kesatuan Eropah. 

Orang Inggeris juga buat lawak tentang mahkamah Peranchis. Kata mereka, "Di Peranchis seseorang itu bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya." Jadi orang yang dituduh terpaksa membuktikan dirinya tidak bersalah. Di Britain, seseorang itu tidak bersalah sebelum dibuktikan sebaliknya. Ini bermakna pendakwa terpaksa mencari bukti untuk membuktikan sipertuduh itu bersalah. 

Yong bukan pengkaji undang-undang. Jadi Yong tidak tahu sejauh mana persepsi orang Inggeris terhadap mahkamah Peranchis ini benar atau tidak. Tetapi yang nyata, ia amat menakutkan. 

Ketakutan ini sampai ke Malaysia. Ia dibawa oleh SUARAM serta team peguam dan penyiasat mereka. Ketakutan ini menjadi wabak di dalam BN. Mereka amat takut sehingga ada yang nak melompat. Tetapi mereka juga takut jika tiada penyokong ikut melompat, bakul sampah mereka ketika berada dalam BN terpaksa mereka junjung. Bakul sampah ini menjadi senjata puak yang ingin ditinggalkan, untuk menekan dan mengugut. Inilah akibatnya, semasa berkuasa, ketamakan duniawi menjadi pertaruhan utama. 

LOMPATAN BERGAYA. PERGI CABANG MANA?
Yong langsung tidak percaya kepada katak. Yong juga tidak percaya kepada balaci-balaci yang mengelilingi DSAI dengan cerita-cerita enak di cabang dan ranting. Beberapa orang yang rapat dengan DSAI dan kemudian menjadi katak adalah bukti jelas tentang sikap talam dua muka mereka. 

Sekarang “bau bawang putih” Peranchis telah sampai ke Malaysia. Malangnya ia bukan bau yang enak.

2 comments:

  1. Benar Yong. Terlalu ramai 'Chameleon' di keliling kita terutama di dalam politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yob Mountdweller,
      Nak buat macam mana? Kot sesumpah tu bertanding kat tempat Yong, dijamin dapat 1 undi rosak.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.