Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 10 July 2012

MULUT MASIN HASSAN JATI, HAIRIE OTHMAN JADI "PARASIT" DALAM PAS?


LEFTENAN ADNAN JADI "PARASIT"?

Apa dah jadi?

8 Jan 2012 Hassan Ali dipecat dari PAS

Sejak dipecat beliau menjaja cerita PAS penuh dengan "parasit". Katanya ada 75% semuanya. Kadangkala beliau menangis kerana kesedihan dengan fenomina "parasit" yang menyebabkan PAS terlajak dari landasan asal. Mula-mula ramai yang nak dengor cerita Hassan Ali ni. Tetapi semakin lama, ceramahnya semakin sunyi.

Kenapa jadi begitu? 

Rupanya sekarang masing-masing berbondong-bondong pergi ke ceramah PAS yang ada ramai "parasit" itu. 

TAKKAN BEKAS PEGAWAI POLIS PUN "PARASIT"?

Nampaknya ceramah Hassan Ali telah memantulkan kesan terbalik luar jangka (unexpected opposite response). Bukannya ramai yang keluar PAS, sebaliknya ramai yang masuk PAS.

Antara golongan profesional yang dipanggil "parasit" oleh Hassan Ali ni termasuk Dato’ Fauzi Shaari, bekas pegawai kanan polis, bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof, bekas Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Pealdang Tuan Haji Abdul Rahman Taib, bekas Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Yusof Hassan dan bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Sabah dan Labuan, Ahmad Kambar. Kot ada lain Yong tak pasti. Maaf ye kot nama takdak dalam senarai Yong.

Mereka yang masuk PAS sebelum Hassan Ali dipecat ("parasit," katanya), tak tersenarai!  

Kenapa semuanya "bekas?" 

Wey! Demer ni dulu pegawai kerajaan. Mana boleh berpolitik. Bila dah tak jadi pegawai kerajaan baru boleh. Ada faham? Lain le kalau perangai macam KSN yang baru tu...Tak faham konsep dikotomi politik dan pentabiran awam. Sebenornya ramai pegawai kerajaan jadi ahli parti PAS, tapi duduk senyap-senyap macam time-bomb. Itu hak masing-masing dalam sistem demokrasi. Ramai juga di antara mereka yang dapat anugerah cemerlang, inovasi dan sebagainya walau pun tak dapat pangkat Datuk, Tan Sri etc, sebab tidak berpolitik.

Turut sama meningkatkan peratus dari 75% (yang disebut oleh Hassan Ali) itu termasuk artis seperti Hairie Othman, Zulkifli Ismail dan Aishah. Ada juga yang digelar Leman Raja Lawak. Yong tak subscribe ke syarikat kroni Astro. Tak pernah mengikuti program lawak ni. Maaf. Tidak berminat. Jadi Yong tak tahu macam mana lawak dia.

Akhir sekali seorang yang kontrovesi, bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri pun nampak datang ke program PAS. 

Yalah. Sesiapa pun boleh masuk PAS asalkan cukup umur dan akal. Walau bagaimanapun PAS perlu berhati-hati apabila meletakkan calon. Kita tidak mahu jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. Contohnya kes "Ketua Parasit" yang sekarang berkempen supaya jangan memberi sebutir undi pun pada PAS. 

Masin mulut Hassan Ali. Makin ramai golongan profesional sertai PAS.

ALLAHU AKBAR!

3 comments:

  1. Salam Yong...

    Alhamdulillah. PAS dapat parasit yang berkualiti.

    Hahahaha.... berkat masin mulut parasit 'jati' yang orang dah sedar tak berkualiti dan yang orang dah tak pandang.

    Hasan Jati... Hassan Jati.... tunggu 'mati' jer ler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mum,

      Kata orang tua-tua, cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengor-dengor.

      Delete
  2. Psttt!!! duk tunggu jugak nama-nama parasit tu, tapi tak terjumpa la plak.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.