Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 10 September 2012

NASHARUDDIN SELAMAT, AMENO MENANG!

GAMBOR PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI JER

Yong membaca keputusan Majlis Syura dengan perasaan bercampur-campur. Orang putih kata "mixed feeling."

PAS tidak kenakan tindakan apa-apa terhadap Nasharuddin Mat Isa.

DAP juga tidak kenakan tindakan apa-apa terhadap Karpal Singh.

Beberapa hari sebelum Majlis Syura bermesyuarat, lidah ameno sudah mencanangkan kepada rakyat 1Malaysia bahawa Nasharuddin Mat Isa akan dipecat oleh PAS atas arahan Anwar Ibrahim. Ini petikan kata lidah ameno@utusan yang meloyakan itu pada 6 September 2012:

SIAPA PULAK YANG JADI SUMBER PAS ITU?

Kalau Nasharuddin dipecat, sudah tentu ameno akan bersorak riuh-rendah dengan fitnah: PAS ditunggang oleh DAP dan PKR.

Maknanya ameno kalah? UG menang?

Oh tidak! ameno tetap menang kerana Nasharuddin yang ramai grassroot menyampah dan kalah dalam pemilihan Timbalan Presiden itu masih tetap dalam kepimpinan PAS. Dia masih bebas meraban membelakangkan keputusan muktamar PAS sambil bermesra dengan pemimpin ameno tanpa apa-apa tindakan! Parti syaitan itu (kata Madey) masih boleh menggunakan dia sebagai buah catur untuk melaga-lagakan PAS dengan PKR dan DAP.

Kalau PAS kalah, ingat UG boleh menang?

Kalau PAS kalah, UG akan melukut ditepi gantang ameno!

Kalau PAS pecat Nasharuddin, ameno menang kerana apa kata utusan yang meloyakan itu akan dicanangkan benar oleh para ahli parti syaitan. Nasharuddin pula mungkin hanyut bersama Hassan Jati! Pemimpin PAS tentu sudah maklum tentang kemungkinan ini. Sebab itu demer tak buat apa-apa.

Jadi, komer yang menyampah kat Nasharuddin jangan le marah Majlis Syura. Janganlah melebarkan lagi luka Majlis Syura akibat tikaman segelintir ahli PAS yang mabuk kepayang kepada ameno!

Siapa pula yang akan kena TKO dalam kes saman Karpal, bior mahkamah 1Malaysia yang tentukan.

Tengok dari sudut manapun, ameno dah menang pusingan ini.

Terima kasih Nasharuddin Mat Isa!

6 comments:

  1. Kadang-kadang kita ni terlebih cerdik(perasan) dari pimpinan.Kalau diikutkan perasaan dan rasa memang lah tak puas hati bila terkenang perangai ust.nasarudin ni, tetapi ini dunia politik yang penuh dengan strategi.Ini peperangan yang tidak menggunakan senjata tapi peperangan menggunakan minda jadi jangan lah berlebihan mengikut nafsu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai/DeeDee Amboi...

      Hahaha.... pimpinan tak maksum... kalu pimpinan tabley nak ditegur dan dinasihatkan... tak payah la pimpinan ader ahli dibawah... pimpinan dok la sengsorang... hahaha

      Strategi sajer nak kalah.. pasai memang tak berminat nak menang pon... Pagi petang pong-pang citer pasai nak jalankan undang-undang Allah Taala... tapi haram takder usaha nak amik alih kuasa dan memerintah...

      Sengaja macam nak bagi Pakatan Rakyat kalah....

      Kalu lu tak puas hati ngan komen gua nih... lu boleh tibai gua kat blog gua... gua takder hal....

      Sori DeeDee Yong... gua terbalas komen nih.... hahaha

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
    2. aku rasa pihak pimpinan pas akan letak nasha lwn najib kat pekan @ si udin kat pagoh bru trillll...bru bleh nampak ketokohan si nasha.

      Delete
    3. Salam pejuang semua

      Kalau seseorang itu benar-benar tokoh, letak di mana pun dia akan menang. Kata pepatah, Ibarat benih yang baik, dicampak ke darat menjadi gunung. Dicampak ke laut menjadi pulau. Jadi pemimpin tulin, tiada kerisauan di mana dia bertanding.

      Kalau komer baca dengan teliti tulisan Yong, sedikit pun Yong tidak menyanggah keputusan kepimpinan. Kerana apapun tindakan yang diambil, persepsi terhadap Nasha tidak akan berubah!

      Delete
  2. Saudara,

    Bila saya mengikuti kerenah Nasha ni saya teringat cerita Internal Affair dan kemudiannya diadaptasi oleh Hollywood kepada The Departed. Persoalannya adakah Nasha dihantar oleh UMNO untuk mengoyak-ngoyakkan PAS?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Equilibrium

      Hanya Nasha dan ameno yang tahu jawapan kepada pertanyaan saudara. Yong bersangka baik. Yong anggap Nasha terperangkap dalam jerat ameno, bukannya "trojan"

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.