Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 31 October 2012

POTONG IKUT SEBELAH KIRI, BUKAN TAK BIASA...AES TAK TANGKAP MAA...

BAS MASUK KE BAHU JALAN KERANA HENDAK MEMOTONG DARI SEBELAH KIRI

Seperti biasa Yong ikut jalan bandar. Yong tak sior bayor tol dalam keadaan lebuhraya jem. Ketika itu, hujan turun dengan lebatnya. Bodyguard pandu di lorong sebelah kiri dengan berhati-hati.

Kata Yong padanya, "Eloknya kat jalan bandar ni takde siapa nak potong ikut sebelah kiri."

Yong cakap gitu sebab di sebelak kiri tiada emergency lane. Yang ada bahu jalan dan rumput jer. Tetapi belum sempat Yong tarik nafas lega, zoom! sebuah kereta memotong dari sebelah kiri. Bodyguard gelakkan Yong. "You spoke too soon." Katanya.

Ia diikuti oleh sebuah kereta lain, motorsikal dan sebuah bas!

Ya, sebuah bas!

Bas itu mula menghimpit kereta kami kerana ruang di bahu jalan yang sempit.

Yong terus ambik gambor. Hanya dapat yang dalam gambor itu sahaja kerana kedudukan bas amat rapat. Kemungkinan dreba sedar Yong ambik gambornya melalui cermin tepi dia, lalu dia memperlahankan bas dan tertinggal di belakang.

BAS HANTU MENURUNKAN PENUMPANG DI HENTIAN RAWANG, LEBUHRAYA UTARA SELATAN

Sampai exit Tanjung Malim kami masuk ke Highway Utara-Selatan. Oleh kerana kami ada janji bertemu seseorang di Hentian Sebelah Rawang, kami berhenti dekat simpang masuk supaya rakan yang ditunggu dapat melihat kami.

Tiba-tiba sebuah bas berhenti dan menurunkan penumpang. Yong keluarkan HP kamera, tapi tak sempat ambik gambor, bas dah cepat-cepat lari. Tak lama lepas itu sebuah bas lagi berhenti. Kali ini bas  tiada tanda syarikat. Pendeknya ini bas hantu. Yong sempat ambik gambor bas menurunkan penumpang di tepi jalan.

Operasi bas beginilah yang patut dipantau oleh JPJ dengan menggunakan AES!

Sebab itu Yong sokong perlunya ada pemantauan trafik terhadap penggunaan jalanraya, sama ada untuk penunggang basikal, pemandu kereta lembu, motorsikal, kereta, steam-roll, lori dan bas. Tetapi sukar Yong hendak menerima pemasangan AES kerana pelaksanaannya diragukan dari segi ketelusan, praktiknya dan aspek pendidikan pengguna jalan raya.

NOTA PENTING: Yong sedang menunggu Majlis Fatwa, Tok Mufti, Jati, Perkasa dan Isma mengeluarkan kenyataan dan pencerahan tentang hukum hakamnya pihak swasta mengutip keuntungan dari denda yang dikenakan oleh kerajaan terhadap rakyat. Pernahkah ia berlaku di zaman Rasulullah dan para sahabat? Yong tanya ini bukan apa. Kan piem 1Malaysia kata pemerintahannya berasaskan maqasid syariah?


2 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Kalu motosikal rempit ikut sebelah kiri tue biasa la.... tak la terkojot... tapi biler Yong citer pasai bas.... huh.... memang terkojot....

    Dulu pernah tengok lori menchelah ikut sebelah kiri.... gilos....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Ya, bas express yang cuba merempit dan menghimpit di dalam hujan lebat. Itulah perangai pemandu Malaysia yang langsung tiada sifat berhemah!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.