Tahniah kepada pejuang Anti Lynas yang begitu gigih! Yong tidak dapat turut serta kerana tugas Yong di sini. Izinkan Yong mendidik anak bangsa Malaysia untuk lebih memahami dan menangani cabaran terhadap persekitaran masa depan demer. Kita sama-sama berjuang dalam arena masing-masing.
Yong dah cerita banyak bab rare earth di sini dan di sini. Penggunaan rare earth secara berleluasa bukan untuk hospital atau alat telekomunikasi komer tetapi untuk tujuan ini.
Saksikanlah penderitaan dan kebanggaan hasil penggunaan bahan nadir bumi (rare earth) ini.
Ini pula drones milik Israel yang digunakan untuk menghancurkan gerakan HAMAS di Palestin dan Gaza. Lihatlah kesombongan demer demi menghancurkan umat Islam!
Beranikah pemimpin-pemimpin BN dan penyokong Lynas ini menjamin rare earth yang dihasilkan kilang Lynas tidak digunakan untuk kelengkapan perang zionists dan sekutu demer?
Beranikah pemimpin-pemimpin BN dan penyokong Lynas yang beragama Islam ini menjamin rare earth yang dihasilkan kilang Lynas tidak digunakan untuk membunuh umat Islam yang ingin sebuah kehidupan yang aman?
Beranikah pemimpin-pemimpin BN dan penyokong Lynas yang mengaku pejuang bangsa menjamin rare earth yang dihasilkan kilang Lynas tidak digunakan untuk membunuh wanita dan bayi Palestin yang ingin sebuah negara yang berdaulat?
Tahniah kepada ulama ameno, pekasam, jati. Akhirnya zionists laknatullah dapat bekalan rare earth untuk meningkatkan prestasi ketententeraan demer.
No comments:
Post a Comment
Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.