Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 12 December 2012

GEMPAR! SYARIKAT BAS AKAN BANKRAP GARA-GARA AES DAN BERIBU PEMANDU BAS HILANG PEKERJAAN!

Pemandu bas memang tak reti mengikut hadlaju sekarang di lebuhraya. Sahih. Cer komer tengok gambor berikut yang diambil di lebuhraya PLUS:

GAMBAR 1: BAS MEMOTONG MELEBIHI HADLAJU

Gambar 1 menunjukkan sebuah bas yang baru sahaja memotong kereta Yong pada hadlaju melebihi 110kmj. Yong pandu pada tahap max 110kmj. Lepas memotong kereta Yong pemandu cuba memotong kereta MPV putih di hadapan.

Papan tanda merah menyebut "Sila patuhi arahan papan tanda."

Kalau denda potong telinga mungkin pemandu bas akan patuh arahan papan tanda kot?

Gambar 2 Yong masih maintain hadlaju. Gambar menunjukkan bas berada jauh di hadapan setelah dipandu laju dan memotong kenderaan ringan yang lain (tanda anak panah merah). Nampak tak kereta MPV putih itu masih di hadapan kereta Yong?

GAMBAR 2: BAS JAUH DI HADAPAN SETELAH MEMOTONG BEBERAPA KENDERAAN LAGI

Baru-baru ini persatuan demer heboh minta kerajaan pinda hadlaju!

Mengapa heboh?

Sebab persatuan tahu selama ini pemandu bas memang tak patuh pada hadlaju. Kalau pandu ikut hadlaju, demer tak akan sampai pada destinasai mengikut masa yang ditetapkan. Ini salah syarikat yang menindas pemandu bas!

Pemandu bas takkan terima AES jika ia tidak adil bagi mereka (lihat tulisan dalam kotak)

GAMBAR 3: TUNTUTAN PEMANDU BAS

Jika AES diteruskan, syarikat bas akan bankrap! Atau  pemandu bas yang kena saman AES dibuang kerja demi menyelamatkan syarikat. Maka ramailah pemandu bas yang hilang mata pencarian! 

Pemandu bas mangsa AES seterusnya.

TOLAK BN BERMAKNA TOLAK AES! JOM UBAH!

12 comments:

  1. Komnen pun tak betul. Pemandu bas yang memandu 110 dah tentu bersalah. Kenapa pandu melebihi had. Itu bukan salah AES....yang bersalah pemandu yang memandu melebihi had lagu. Itu depa punya pasal lah kenapa memandu had laju...

    Yang tak betulnya kau nak tulis dalam blog biarlah berpatutan....kenapa AES dibuat...siapa yang mendapat keuntungan?????...bukan menidakkan had laju 110????....biar komen yang bagus sikit...barulah ada nampak pro sikittttttt......

    ReplyDelete
    Replies
    1. melayu kini apa nak jadi,

      Ada Yong kata Yong setuju dengan tindakan pemandu bas yang tak patuh had laju tu? Takde kan?

      Ada Yong kata Yong setuju demer minta gomen review hadlaju bas? Pun tidak.

      Point Yong ialah, letak AES takkan selesai masalah pemandu bas yang memandu melebihi hadlaju. Period!

      Pemandu bas tetap memandu dengan laju kerana syarikat bas kroni melaksanakan sistem operasi pengangkutan yang kejam kepada mereka!

      Kesalahan terletak di atas kepala bos syarikat yang tahu nak untung sahaja tanpa menimbangkan constraint yang dihadapi pemandu bas!

      Bayangkan jika satu masa nanti anak/cucu nko terpaksa kerja jadi pemandu bas.

      Adakah nko akan kata itu depa punya pasal?

      Yong dah banyak tulis tentang AES.

      Lain kali baca N3 Yong dengan hati.

      Delete
  2. salam Yong..tolongkan link keblog saya..PURNAMA MUSAFIR..saya baru mulakan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yusofali

      Telah dilink.

      Terima kasih kerana menjenguk blog Yong

      Delete
  3. yong..untuk pengetahuan, saya pernah bandingkan kelajuan kereta dengan lori...kelajuan 110 km lori bersamaan 170-180km kereta. mungkin kita rasa bas/lori laju tapi disebabkan tayar lori/bas bersaiz 22.5 dan kereta standard 15 memang berbeza dari segi kelajuan. mungkin kita boleh bandingkan dengan seorang naik bas lihat kelajuannya dan seorang naik kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam abdul aziz

      Wow! This is news. Tak tau pulak Yong benda ni camni. Apapun, Yong biasa naik bas di luar negara. Tapi bas tak laju dan gila-gila macam kat Malaysia!

      Delete
  4. bagusla kalau bangkrap! pasai banyak sykt di monopoli dek puak mamak pedukang keelleng pariyah ngaku mlayu pencacai tegar umnu terutama shamisha xpress ponya manyak komplen tapi tak jln pasal spad takut pd tokey dia ada connection ngan umnu cilaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam opisboi

      Yong tak heran kot syarikat maka ni bankrap. Padan muka jer. Tapi Yong kesian pemandu bas. Sudah tentu demer tertekan dengan kehendak bos dan AES. Keduanya zalim.

      Delete
  5. Assalamualaikum Yong,

    Yong teman peghonah duduk dibelakang pemandu bas otw KL-Sg Petani, teman nengok dia bawak 90km/h jer tapi asik memotong jer kereta. Itu yang teman pelik. Keta pulak teman agak2 dia pun bwk 110km/h tapi bas lagi laju. Ini bukan citer nipu ke atau fitnah. Bayangkan pukui 12 drp Pudu Raya sampai sg petani sekitar pukui 3++.

    Lagi satu teman nak nanya Yong le, di hiway tu lorong mana yang 110km/h? Lorong (1)tepi, (2)tengah atau (3)ketengah lagi?. Acer komer kabor. Kalau ikut senario jalan lama (satu lorong) dia letak hadlaju 90km/h, lorong itu jer le yang ada. Teman tak paham Yong. Tulung sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidono

      Maaf le Yong tak dapat jawab macam mana bas yang dibawak 90kmj boleh potong kereta dibawak 110kmj.

      Hebat betui pemandu tu bawa bas. Ini macam dia boleh lawan kat Sepang?

      Bab lorong mana yang 110kmj kat highway, sumer lorong 110 kmj ler. Kihkihkih. Cumer kita kat Malaysia kena memotong ikut kanan.

      Tapi Yong tahu ada orang pandu laju tapi duduk kiri. Sebabnya yang memandu belah kanan macam semput je. Jadi sama-sama kita beri kerjasama. Kot nak slow, duduk di kiri jer. Jangan potong kat lorong emergency. Kita tak tahu kat depan ada apa...

      Delete
    2. kalu semua lorong 110kmh, tentu tak ada yang potong memotong? jadi macam jadi macam itik serati ikut (ngekor) jer keta depan, cam mana tu?

      Delete
    3. Salam aidono

      Hadlaju 110kmj itu maxima, sayang!

      Boleh memotong. Tapi hadlaju mesti 110kmj. Yang dipotong tentu tengah memandu kurang dari 110kmj. Kalau semua 110kmj, jalan beremba le. Isy! Isy! Isy!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.