Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 31 August 2012

AJARAN WASATIYYAH TAHAP PHD


WANITA ISLAM MELAYU BERSENGKANG MATA MEMBUAT JALUR GEMILANG DARIPADA PULUT

Inikah yang diajar dalam ceramah wasatiyyah ameno? Ader sesiapa yang nak makan pulut ini setelah dibentuk seperti jalur gemilang? Baca kisah di Blog Pak Long Din

WANITA INDIA MENYIAPKAN RANGOLI DARIPADA BERAS BAGI MENYAMBUT DEPAVALI

Rangoli adalah seni rakyat dari India. Rangoli adalah rekaan hiasan yang dibuat di atas lantai ruang tamu dan halaman semasa perayaan Hindu. Tujuannya adalah untuk menjadikan "suci" kawasan menyambut dewa Hindu. Rangoli digunakan sebagai simbol kepercayaan agama dan budaya Hindu. Hiasan Rangoli diperbuat daripada beras basah.

Rangoli memiliki signifikannya sendiri menurut kepercayaan Hindu. 

Rangoli bukan adat Melayu, dan sama sekali bukan ajaran Islam untuk menyambut apa-apa perayaan, termasuk kemerdekaan!

Membentuk jalur gemilang daripada pulut memiliki signifikan apa selain daripada pembaziran yang nyata?

Adakah Malaysia sudah terlebih makanan dan wang ringgit? 

PENDUDUK MEMBANTAH PUNCA REZEKI DIRAMPAS

Di seberang sana sekumpulan rakyat Sarawak membantah pembalakan di kawasan mereka mencari rezeki. Mereka mahu sesuap nasi. Tapi makanan kita buat untuk kemegahan, bukan untuk dimakan. Kisah penduduk di sini.

Inilah hasil ajaran wasatiyyah ameno tahap PHD (Permanent Head Damage).

Thursday, 30 August 2012

MANGGA HARUS, MANGGA HARAM, MANGGA HALAL - YONG TAK NAK JADI ISLAM MELAYU DERHAKA

MANGGA HARUS - DI MALAYSIA KALAU MANGGA BEGINI HARUS 2 MINIT JER SEBELUM MOTORSIKAL LESAP 

Dulu heboh tentang Mangga. Bukan mangga kunci atau mangga mempelam, tapi Mangga majalah ala playboy Malaysia! Majlis Fatwa Kedah kata umat Islam HARAM beli/tengok/baca majalah Mangga. Majalah ni dalam Bahasa Melayu dan ramai peminatnya orang Melayu yang beragama Islam! Jangan lupa, YDP Agong dari Kedah. Maknanya, fatwa Mangga HARAM ini diperakui oleh Ketua Negara kita, yang juga Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu di Malaysia.

MANGGA HARAM - SURAT FATWA NEGERI KEDAH HARAMKAN MANGGA

Sekarang apekehe? Dah lamer fatwa ini keluar. Apesal JAKIM, JAIS, Majlis Fatwa Negara, JATI etc. etc..masih senyap jer? Adakah komer semua sudah derhaka kepada Sultan Kedah/YDP Agong? Mufti yang suka keluar fatwa haram dari negeri Yong pun tak riuh! Alahai...

MANGGA HALAL - GECOR AYOR LIOR!

Bagi Yong mangga halal ialah yang tumbuh atas lithosphere ini. Jiran Yong yang baik hati tanam banyak pokok mangga dekat padang, sebab tanah dia sendiri tak cukup. Katanya dia belum merasa buahnya. Habis kena kebas orang lain sebelum sempat masak. Demer buat makan cicah sambal le tu! Dia kata halal!

Yong akan terus kempen mengutuk aktiviti "syaitan yang dikenali" ini dengan tangan yang menaip kata-kata yang lahir dari hati, sampai mati, InsyaAllah. Setakat ini sahajalah yang mampu Yong buat  melalui tenaga yang dimiliki. Yong tidak mahu jadi Islam Melayu yang derhaka kepada Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman."
- Hadith Riwayat Muslim

Wednesday, 29 August 2012

APA AKU HERAN WALAU 100,000 PERGI KE RUMAH TERBUKA PM?

Heboh pulak Ramakrishnan kata Bernama sudah modify gambar pengunjung ke rumah terbuka piem. Aper nak heboh. Biorle dia nak kata 100,000 atau 200,000 ke. Sikit pun Yong tak heran. Kalau 100, 1,000 atau 10,000 sudah tentu Yong heran. Dia kan piem 1Malaysia. Tentu ramai nak pergi ke rumah terbukanya. Dia dapat elaun keraian sebagai piem. Pergile ramai-ramai. Bukan duit BN. Duit kitorang yang bayar cukai pada kerajaan. So, tok sah heran!

Bila PAS kawasan buat rumah terbuka dan ada 10,000 datang, baru Yong kagum! Kenapa nak kagum? Sebab demer datang bukan nak cari makan, atau untuk dapat biskut dalam tin atau aper-aper untuk tapau. Demer datang sebab nak jumpa pemimpin! Duit untuk buat program pun kawasan cari sendiri. Tentang PKR Yong tak boleh nak cakap sebab Yong tak tau! Mungkin ader dermawan! Hahaha.

Yong masih teringat, ketika bertugas di Sabah, Yong pergi beraya di rumah arwah Tun Datu Mustapha di Kota Kinabalu. Yong pergi dengan seorang Datuk (bekas Menteri zaman Dr Mahathir) dan Datin yang jadi macam keluarga angkat Yong. Suasana HR di rumahnya biasa jer. Maklumle, masa tu dia dah pencen.

Masa DSAI dalam penjara, Yong dan keluarga pergi ke Permatang Pauh. Tetamu pun tak berapa ramai. Maklumle, ramai yang menjauhkan diri dari DSAI masa tu. Pengampu-pengampu sekarang tak tahu kat mana entah. Anak-anak buah Yong bukan main seronok ambil gambar dengan Datin Seri Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Semua sudah jadi kenangan manis buat Yong!

Tapi gambor yang ini Yong mendapati amat misteri dan menghairankan!:

MACAM MANA MAMAT "WANTED" ANTARABANGSA NI ADA DI SINI?
Memang Yong amat kagum dengan 1Malaysia! Dulu, 1Mongolia mencari pompuan muda bernama Altantuya Shaaribuu. Rupanya, mayatnya dah berkecai di Bukit Cerakah yang terletak di Malaysia, walaupun tiada data dari imigresen dia masuk ke Malaysia!

Sekarang 1Dunia mencari mamat bernama Daniyar tapi tak jumpa! Tetiba dia menjelma di rumah terbuka PM 1Malaysia. Fuyooh! Yong kagum sungguh!

Di zaman IT yang canggih ni manusia pun dah pandai menjelma di sana sini.

Dr Mahathir tentu tak heran kan? Sebab dia dah kata "Lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal."

Masihkah geng UG meleleh ayaq lioq?

Apa lagi...Dah begitu ramai penyokong, bubar le Parlimen!

Tuesday, 28 August 2012

BIAR ISLAM KALAH ASAL UMNO MENANG? -TAUBATLAH!

Walaupun Yong tak masuk sekolah agama, Yong tahu rukun iman ada enam, iaitu:

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Tidak ada dalam rukun iman itu supaya memilih syaitan - sama ada yang dikenali atau tidak dikenali. Sama ada dalam peribahasa atau di luar peribahasa.

Pada pandangan Yong kita memang perlu kenal syaitan. Kalau kita tidak kenal syaitan, bagaimana kita nak tahu itu syaitan atau bukan? Kalau kita tidak kenal macam mana rupa perangai syaitan itu tentulah sukar kita hendak menanganinya. Ini termasuk klon-klon syaitan (manusia yang perangai macam syaitan). 

Fikirlah! Adakah komer mahu pilih parti penaja aktiviti syaitan? Atau komer mahu berpeluk-peluk dengan parti ini semata-mata kerana ingin menaikkan nama Melayu? Bagaimana kalau Melayu itu klon syaitan? Cuba lihat gambar sebagai contoh agenda syaitan:

BUDAK-BUDAK BOLEH BUAT AKTIVITI YANG SYAITAN SUKA MACAM INI

MELAYU UMNO BISU BILA KAFIR HARBI INI HINA HUKUM YANG SYAITAN BENCI

BOLEH CARI MAKAN KAT TEMPAT SYAITAN INI

BOLEH JADI PENIAGA "HEBAT" MACAM ANAK PEMILIH SYAITAN YANG DIKENALI INI


BOLEH TIRU PAKAI LOGO SYAITAN MACAM INI 

Bukan Yong kata pilih syaitan. Tapi pengasas UMNO Baru. Bagi yang termissed videonya, Yong selitkan kat sini. 



Macam mana nak kenal malaikat kalau enggan beriman dengannya dan terus menerus engkar perintah ALLAH SWT?

Jika PR menang, InsyaALLAH, budak-budak yang sesat jalan kita bimbing ke jalan yang benar. Tolonglah! Jangan biarkan budak-budak ini terus rosak kerana syaitan disanjung, Islam dipinggirkan!

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR

Sunday, 26 August 2012

TAKUT KEMERDEKAAN JADI SEPI, KPKK SPAM RAKYAT YANG HARI-HARI BN CEMUH PERJUANGAN MEREKA!

SMS JEMPUTAN KPKK

Tiba-tiba sahaja rakyat yang dulu disimbah air asid, dibaling bom asap dan dipukul kerana ingin pilihanraya yang bersih mendapat SMS dari gerombolan yang sama supaya pergi ke perarakan kemerdekaan anjuran mereka!

Jemputan ini datang dari kementerian yang tokehnya mencipta lagu kemerdekaan janji capati. Lagu yang didakwa diciplak dari lagu gospel Indonesia! Kementerian yang saban hari berkempen mencemuh perhimpunan BERSIH di media TV milik rakyat yang dia buat macam miliknya!

Siapa yang dah menerima sms ini? Berapa kos 1 SMS? Berapa banyak RM yang KPKK belanjakan untuk menghantar SMS begini kepada rakyat? Nak tolong kroni isi kantong ke?

Kemerdekaan ini untuk siapa sebenarnya? 

Saturday, 25 August 2012

DR. MANSOR OTHMAN - PADAH MULUT JEGHABEI PEMIMPIN POLITIK, ALAHAL...

 JADI PENGUIN LAGI BAIK 
Penguin binatang yang pelik. Roper macam burung. Tapi tak pandai terbang. Memburu dalam ayor. Berjalan macam orang. Demer juga duduk dalam kelompoknya sendiri dan tak reti duduk di tempat yang climate berbeza dengan tempat asal! Ramai pemimpin politik macam penguin nih!

Tetapi untuk bagi kredit pada pemimpin politik, Yong pasti setiap parti ada kekuatan masing-masing. Tapi setiap parti itu juga ada kelemahan masing-masing. Kelemahan demer ialah kelemahan orang Malaysia - Mulut capui.

Oleh itu, bukan sesuatu yang menghairankan jika ada pemipin politik mulut capui. Orang Peghok kata "mulut jeghabei" (Orang Perak tolong betulkan istilah ini jika salah). Demer tiada sistem untuk menyaring kata-kata sebelum keluar dari mulut untuk didengar oleh orang lain. Ater, bila mulut udah koyak-rabak, aper yang keluar bertaburan tanpa censorship lagi! Hahaha! Mulut jeghabei ni tiada kaitan dengan UMNO! Ia perangai sesetengah ahli politik, termasuk yang duduk dalam parti orang bukan Melayu, yakni DAP, MCA, MIC, PBB, PBS etc.

Jadi, dalam kes terbaru Mansor Othman mengumpat Lim Guan Eng, Yong tak akan memihak kepada mana-mana, baik PKR atau DAP.

Bagi Yong, apa yang beliau luahkan tentang Lim Guang Eng (DAP) adalah persepsinya. Bukan Yong nak pertahankan Dr Mansor. Sama sekali tidak. Tetapi harus diingat, persepsi PKR terhadap DAP ini sama macam persepsi sesetengah ahli PAS terhadap kepimpinan PKR. Contohnya persepsi PAS Sungai Manik terhadap pemimpin PKR Pasir Salak. Bezanya orang Sungai Manik mulut tak jeghabei macam pemimpin politik! Persepsi PKR tentang DAP ini juga sama dengan persepsi sesetengah pemimpin DAP tentang PAS! Vice Versa!

Komer boleh luahkan persepsi tu, tapi tak perlu jadi mulut jeghabei!

Apapun, jom kita tinjau siapa mulut paling jeghabei di kalangan pemimpin politik:

Mahathir: Better the devil you know than the angel you don't

Najib: Haramjadah mereka tu.

Tajudin: Keling-keling ni ajar sedikit!

Soi Lek: The do's and don'ts of hudud are against human rights. Besides, hudud also marginalises women.

Karpal: If hudud is applied, nobody will be convicted. It will be practically impossible to prove a case in court.

Hassan Ali: Golongan Parasit begitu kuat dalam PAS dan telah berjaya mengubah hala tuju Parti ini.

Yong takde nak buat senarai. 

Ada yang mulut jeghabei sebab semulajadinya orang ini memang takde finesse. Ada yang tak belajor. Ada yang kurang ajor!

Golongan yang semulajadi takde finesse itu sudah belajor, tapi kerana genetiknya roper itu, belajor tahap manapun tak boleh ubah. PhD ke apa cumer sekeping kertas jer. Yang tak belajor tu, boleh diubah jika faham. Yang kurang ajor tu mungkin kerana belajor tak khatam atau cuma berlagak atau dapat upah supaya kurang ajor atau belajor ajaran sesat atau ikut ajaran syaitan! (N3 berkaitan tentang.the devil you know di sini).

Friday, 24 August 2012

LAWAK SEORANG NEGARAWAN: GENG "MALAIKAT YANG TIDAK DIKENALI" TIRU OBAMA

MASIH BEROPERASI DI KUALA LUMPUR

Dulu UMNO kata PAS parti ajaran sesat. Ada blogger tersohor UMNO sampai kata PAS parti ajaran syaitan. Sekarang mahaguru UMNO Baru pula menggesa supaya rakyat memilih syaitan yang dikenali.

Siapa yang Mahathir maksudkan dengan syaitan yang dikenali itu? Sudah tentu bukan PAS!

Tak perlu lagi kita cuba buktikan kesyaitanan itu kerana mahaguru UMNO Baru, seorang negarawan telah ber "fatwa" "Better the devil you know than the angel you don't" (Terjemahan secara terus: Lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali). Syaitan yang dikenali itu adalah UMNO.

Betullah kata orang dulu-dulu. Satu jari kita tunjuk pada orang, tiga jari tunjuk pada diri sendiri. Sekarang demer sendiri yang mengaku demer adalah syaitan! Kuasa Allah tiada siapa yang dapat menandinginya!

Siapa golongan "malaikat yang tidak dikenali" itu? Obama? Obama Presiden Amerika yang kata Mahathir ditiru Pakatan Rakyat? Pelik sungguh pandangan ini. Sejak bila pulak Obama mangamalkan ajaran Islam dan ingin melaksanakan hukum hudud?

Apapun, kita tahu BN tiru siapa. Sudah terang lagi bersuluh. Bukan. BN bukan tiru Israel dalam melaksanakan konsep 1Malaysia. BN juga bukan tiru lagu gospel untuk dijadikan lagu kemerdekaan tahun 2012. Bukan, bukan, bukan.

BN tiru ajaran syaitan yang tidak suka sistem perundangan Islam, tetapi suka maksiat, arak dan judi.  Ini dibuktikan dalam 55 tahun BN memerintah Malaysia, sampai dalam penerbangan MAS pun arak dijual secara duty-free! Sedangkan MAS itu syarikat GLC! Sebab itu MAS sentiasa rugi, kerana tidak dapat barakah dalam perniagaannya.

Mahathir takut PR memerintah bukan kerana kecintaannya yang mendalam kepada UMNO atau Melayu, tetapi kerana takut perniagaan yang mendapat kelulusan "the devil you know" itu lingkup!

Syaitan yang dikenali itu juga memelihara banyak hantu yang disahkan sebagai pengundi!

Thursday, 23 August 2012

POLIS TAKNAK TANGKAP PENIAGA HARAMJADAH NI?

Pada malam Raya bunyi mercun berdentum-dentum! Bunyi itu seolah-olah nak menenggelamkan takbir di surau berdekatan. 

Anak siapa main mercun? Kenapa ibu bapa tidak melarang anak main mercum di malam Raya? Agaknya, ibu bapa otak sama macam anaknya. Nak kata tiada pendidikan, pembakaran mercun ini di kawasan perumahan bandaraya!

Esoknya Yong balik ke kampung abang sulung kerana ibu ada di situ. Ramai orang datang ke rumah, termasuk kanak-kanak. Malam itu, menjelang dinihari jiran membakar mercun. Bunyi letupan mercun mengganggu kami. Ini kerana ada di antara tetamu nak bersembang. Ada juga nak pergi tidur, termasuk ibu.

Kenapa manusia ni tak tahu menghormati jiran? Komer seronok main mercun, tak semestinya jiranpun suka.

"Perangai orang ameno" Kata anak sedara Yong.

Kebetulan jiran ni memang penyokong tegar ameno. Tapi Yong harap ini kebetulan. Takkan orang ameno tidak sokong undang-undang yang ameno sendiri buat?

Media telah tunjukkan banyak kisah padahnya bermain mercun. Tetapi peminat mercum macam takde akai. Atau mungkin akai letak kat kepala lutut! Ada juga yang buat posting dan letak gambar dirinya dalam internet bersama mercunnya! Bangga mengajar kanak-kanak kecil melanggar undang-undang! (lihat gambar 1).

GAMBAR 1: NAMPAK TAK BUDAK KECIK KAT GAMBAR TU?

Gambar 2 dan Gambar 3 pulak screen-shot blog yang mengiklan penjualan mercun. Kot ikut lenggok bahasa, demer ni orang Melayu. Tapi orang Melayu jenis apa tak tahu le. Yong cuma ambik shot sebahagian blog demer. Takde le Yong nak tunjuk mercun jenis aper demer jual. Nanti macam Yong promosi pulak. Yong takde bagi alamat. Pak polis cari le sendiri! Cer tengok:


GAMBAR2: PEMILIK BLOG KATA ADA BANYAK JENIS MERCUN

GAMBAR 3: BLOG INI DAH JUAL MERCUN SEJAK TAHUN 2009 LAGI!

Memang susah nak banteras penjualan mercun ni kerana banyok benor pagar yang makan padi. Degil dan tiada hati perut! Ingin jadi kaya dengan cara mudah, tanpa memikirkan kesengsaraan orang lain.


GAMBAR 4: INILAH CONTOH PAGAR JAHAT TU

Akta Bahan Letupan 1957 ni Yong setuju. Tapi semakin ketat akta, semakin galak peniaga haram ni. Kenapa jadi begitu? Sebabnya ialah hukuman yang dikenakan tidak memberi pengajaran kepada pesalah dan penjenayah lain yang belum kena tangkap.

Bagi Yong, masukkan pesalah ke dalam jel sahaja tidak memadai. Buat peghabih begheh jer. Tiada jaminan demer akan insaf. Mungkin demer akan belajar teknik kejahatan yang lebih teruk lagi. Suruh demer buat kerojer jadi kuli tepi jalan untuk pecah batu, baru betoi.

ALLAHUAKBAR!
TEGAKKAN HUKUM ISLAM.
TEGAKKAN HUDUD!
ALLAHUAKBAR!

Wednesday, 22 August 2012

HARAP MAHKAMAH MEMIHAK KEPADA NASHARUDIN MAT ISA

Sungguh! Itulah harapan Yong. Biar Karpal Singh dibuktikan anti Islam.

Kalau mahkamah memihak kepada Nasharudin Mat Isa, senang kita nak dakwa geng-geng BN ini di mahkamah, supaya mahkamah buat keputusan demer ni semua anti Islam!

KUMPULAN PEMIMPIN YANG "BERANI" MENENTANG ISLAM (SUMBER MANJUNGMARI)

Komer tengok 2 gambor geng anti Islam ni... Orang yang gagal bahasa Inggeris, kot tak faham apa itu "Battle Without Fear" kena tanya Khairy, budak Oxford tu.


PEMUDA MCA YANG BIADAP. (SUMBER OMAKKAU)

Perang apa tu? Perang menentang hukum hudud. Perang menentang negara Islam. Perang menentang Islam.

Apek! Engko lupa ke? Madey dah kata ini negara Islam! Jadi negara Islam mesti mengamalkan hukum Islam. Tak percaya? Nah ini dia keratan kenyataan Mahey pada MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERWAKILAN KE-30 PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA, di MENARA PGRM, KUALA LUMPUR, pada 29-09-2001. Bingo!

UCAPAN BOLEH DI AKSES DI SINI

Masa tu kenapa engko tak menentang? Hahaha...Sebab negara Islam Madey ini tidak sempurna! Islam mementingkan kesempurnaan amalan penganutnya. Engko tak suka Islam jadi sempurna. Lalu engko isytihar perang ke atas Islam kerana PAS mahu Islam itu sempurna di Malaysia! Engko ni spesis Daje (Dajjal) ke? 

SUMBER GENTING

Bukan rahsia Genting ialah syarikat judi dan Mohammed Noah ialah datuk PM 1Malaysia. Syarikat ini boleh menjadikan segelintir orang Melayu kaya (dengan duit haram) dan sebahagian besarnya gila judi serta papa kedana! Kita semua tahu siapa orang Melayu yang duduk dalam Lembaga pengarah syarikat ini.  

Bertaubat le wahai ahli UMNO dan sumer penyokongnya! Hentikan sandiwara jihad, infaq dan wassatiyah kamu tu! Musuh Islam itu ada di kalangan kamu. Kami nak melihat kamu mengkotakan apa yang kamu kata jihad, infaq dan wassatiyah itu.

Tetapi...hingga kini>

Mengapa kamu masih mendewa-dewakan hasil dari pekerjaan yang haram itu?
Mengapa kamu suruh rakyat ikat perut sedangkan kamu bermewah-mewah dengan anak menantu?
Mengapa kamu cuma nampak Karpal Singh sahaja?
Mengapa kamu bisu bila MCA isytihar perang ke atas Islam?

Saturday, 18 August 2012

THE PLOT THICKENS, KARPAL SINGH VS. NASHARUDIN MAT ISA: PUSING KOT MANAPUN, NASHARUDIN KALAH

Sebelum Yong buka cerita, Yong cut and paste gambarr ini dulu dari Blog Warga Marhaen dan facebook Danny Tan. Selamba jer mamat ni pakai baju bertulis hudud.


Kedua mamat ini dikatakan langung tak takut dengan hudud. Memang betul, apa nak takut kalau yakin tidak akan melakukan kesalahan?

Karpal pula, katanya akan memfailkan saman ke atas Nasharudin berdasarkan kenyataan beliau yang tersiar di media utama:

SUMBER UTUSEX
Karpal Singh, kot miker nak saman, samanje. Jangan cakap kosong. Memang Nasharudin cakap macam tu. Cer komer baca ayat yang dalam kotak biru. Dia cakap akan menentang sesiapa sahaja yang menghina agama dia, termasuk Soi Lek dan piem. Hahaha...Bab ini Yong nak dengar apa mamat ni kata tentang kenyataan piem 1Malaysia ni.

BN TOLAK HUDUD
Sudah lama BN tolak hudud. Yang duduk sebelah piem tu dengor ceritanyer ada kelulusan yang tinggi dalam bidang agama, weh! Jangan komer tak tau! Walaupun piem tolak hudud, Nasharudin happy jer pergi ke Mekah bertemu ulama negara "Wahabi" di sana! Hahaha, dulu bukan main lagi kutuk Wahabi! Yong tak nak komen bab Wahabi ni kerana ia diluar bidang kepakaran Yong. Komer baca di sini atau di sini kalau nak tahu.

Sebenornya, jika Karpal saman Nasharudin, pasti Nasharudin kalah tak kira apa keputusan mahkamah. Mengapa Yong kata begitu? Sebabnya berdasarkan andaian berikut:

1. JIKA KEPUTUSAN MAHKAMAH MEMIHAK KEPADA KARPAL

Jika Karpal menang, terbukti Karpal bukan anti Islam walaupun dia menolak hudud. Jadi, bolehlah dia sampai bila-bilapun menolak hudud. Nasharudin kalah. Mungkin dia mampu bayor saman. Tapi, mampukah dia menyelamatkan air muka dan maruahnya?

2. JIKA KEPUTUSAN MAHKAMAH MEMIHAK KEPADA NASHARUDIN

Ini bermakna Karpal anti-Islam. Maksudnya MEREKA YANG MENOLAK HUDUD ADALAH ANTI-ISLAM. Ini termasuklah kawan rapatnya ameno dan kawan ameno, Soi Lek dan semua suku sakat demer yang tunduk pada ameno tu! Penghujungnya Nasharudin yang kalah! Dia kalah kerana keputusan ini tidak membuktikan apa-apa. Ameno dan sekutunya dah kata tidak akan melaksanakan hudud di Malaysia! Demerpun satu kapal dengan Karpal!

Hah, macam mana sekarang?

Friday, 17 August 2012

NASHARUDIN MAT ISA "BELASAH" SOI LEK

Mungkin dalam mimpi kot kita boleh dengar Nasharudin Mat Isa "belasah" habis-habisan pelakon porno ini kerana perbuatannya menghina Islam. Tapi saper nak mimpikan mamat nih? 

Hebat betul Nasharudin Mat Isa. Dia bukan siapa-siapa. Nama dia tak perlu tersenarai dalam TIME Most Influencial People untuk jadi orang yang berpengaruh! Tapi piem tetap memerlukan dia perkenalkan kepada "ulama" untuk bincang hal berkaitan umat Islam se dunia! Hahaha! piem pun tak sehebat dia dalam dunia politik Islam!

Tak cayer? Kalau komer dengar dengan teliti video ini, apa yang tersirat dengan kenyataan Nasharudin Mat Isa? Huh, siapa Presiden PAS dan Tuan Guru Nik Aziz di mata dunia Islam berbanding dengan mamat ni? Bincang tentang masa depan umat Islam se dunia Nasharudin Mat Isa lagi hebat! Bincang hal parti tak heran weh! Wah! Wacayalu!

Tentang isu hudud pula, semua ahli PAS tahu mulut cabul Karpal Singh. Semua orang ameno tahu mulut cabul Soi Lek. Mereka spesis yang sama. Hanya terdapat dua perkara yang membezakan Karpal Singh dan Soi Lek:
  1. Perbezaan kaum - Karpal Singh kaum Sikh tak pakai serban. Soi Lek Cina.
  2. Karpal Singh dibenci oleh ameno. Soi Lek disayangi oleh ameno.
Jadi, kenapa Nasharudin Mat Isa tidak "belasah" Soi Lek?

Sebab Soi Lek disayangi ameno. Tidak molek mengkritik orang yang disayangi ameno.

Semua ahli PAS yang setia berjuang berlandaskan Islam tahu ameno menolak hudud!

Got my point?

Tak kira apa Nasharudin Mat Isa cakap, Yong takkan percaya dia lagi. Sebagai pengundi, Yong takkan undi dia jika ditakdirkan dia bertanding di kawasan Yong mengundi. Kalau PAS masih calonkan dia, PAS akan dapat 1 undi rosak!



Thursday, 16 August 2012

JANJI DITEPATI: KEBANJIRAN DRAMA SINGAPURA!

GAMBAR HIASAN
Oleh kerana sekarang ni kita heboh tentang hiburan dan BN sedang menanam kebencian Melayu terhadap Cina Malaysia, Yong nak tanya soklan kat penjaga televisyen Malaysia, Rais Yatim. Soklan Yong satu sahaja:

APESAL BANYAK SANGAT DRAMA DARI SINGAPURA? SEMUA DRAMA ITU PULAK DALAM BAHASA CINA!

Selain itu drama Hongkong dan Taiwan pun melambak. Aduhai! Mana drama Cina Malaysia? Ini sah kes anak di rumah mati kelaparan, kera di hutan disusui!

Cina kat Malaysia dibenci! Cina Hongkong, Taiwan dan Singapura ditatangi!

Jadi teruskan undi BN!

Kenapa undi BN?

Sebab BN sayang pada orang Melayu dan benci Cina!

Tak percaya tanya tokeh syarikat George Kent yang baru dapat projek penswastaan Ampang-LRT bernilai RM128.618 million tu...

Tan Kay Hock, Pengerusi syarikat George Kent tu kot pakai songkok tinggi macam mana rupa dia agaknya?

PEMBUNUHAN DI MEMALI NI ADA TAK DALAM CERITA APANAMA TU? TAKKAN TAKDE, INI KAN SEJARAH

YANG INI POSING BUKAN MAIN, TAKDE MASUK WAYANG?

KERJA-KERJA MEROBOHKAN RUMAH SETINGGAN (SUMBER) ADA TAK DALAM CERITA TU? INI PUN SEBAHAGIAN KERJA GOMEN YANG WASSATIYAH SEJAK ZAMAN AZALI, KAN?

Buat wayang Antutuya mungkin lagi best. Lokal lagi - Dijamin box office!

ANTARA 2 DARJAT: SEMUA MAIN JUTA-JUTA

2 JUTA UNTUK 25 PELAJAR? BIOR BETUL!  (SUMBER EDYES)

BUAT PROGRAM "FIRST LADY SUMMIT" INI BERAPA JUTA? (SUMBER)

BERAPA JUTA PULAK RUMAH MENTERI INI?

TAPI RUMAH MACAM INI PUN ADA, BERAPA JUTA UNTUK PPRT?
INI FESYEN RAKYAT MARHEIN, BERAPA JUTA HARGA T-SHIRT TU?

INI PULOK FESYEN ISTERI PEMIMPIN WASSATIYAH! BEG TU MUROH JER!
Yong taknak komen apa-apa. Gambar menceritakan segalanya.

Wednesday, 15 August 2012

KATAK BERHORMAT DAN ANGGUR MASAM, HUHUHU!

ANGGUR MASAM

Malaysia bukan negara pengeluar anggur. Tetapi anggur masam tetap ada. Anggur ini berbuah masam di mana ader orang ameno. Termasuk anggur yang dituai dan dimakan Nasharudin Mat Isa.

Mula-mula Yong taknak komen bila tengok gambor dia dengan piem 1Malaysia. Yong bersangka baik jer. Maklumle di bulan yang mulia ini...walaupun Yong memang dah lamer menyampah kat mamat UG ini. Bagi yang mengikuti blog Yong, tentu dah tahu stand Yong tentang UG dan sumer minah/mamat UG dalam PAS!

Apabila mamat ni membelasah partinyer sendiri melalui TV, Yong anggap ini jerami terakhir! (this is the last straw). Yong tahu kata-kata mamat ini adalah akibat menanam anggur masam! Yalah, dah cari benih dari tangan Hassan akidah. Mana tak masam?

WAJAH TERMAKAN ANGGUR MASAM - ADA NAMPAK SERI? (SUMBER BATUVSKAYU)

Nasharudin jelas tidak puas hati kerana dikalahkan oleh Mat Sabu yang tiada kelayakan akademik macam dia. Mat skima ini "over confident" perwakilan akan memilihnya. Dia tak puas hati pada perwakilan PAS yang menolaknya. Salah siapa? Bukankah salah dirinya sendiri kerana gagal sebagai wakil rakyat di Parlimen? Dia tidak sedar pemilihannya dahulu sebagai orang nombor dua PAS adalah satu ujian, bukan satu "privilege!" 

Yong faham sangat kebanyakan (bukan semua) pemimpin grassroot PAS (misalnya di peringkat kawasan) telah ditarbiyah, memiliki peribadi yang baik dan tidak akan berkata buruk tentang orang atasan mereka. Tetapi apabila memilih pemimpin, mereka tahu menilai dan menterjemahkan penilaian itu melalui undi. Jadi terimalah penilaian grassroot ini Nasharudin! Atau mungkinkah jadi katak berhormat lebih baik dari menghormati rakan dalam PAS?


CARA DSAI MENDEKATI RAKYAT TAK PERLU TV (SUMBER OMAKKAU)

Sebenarnya Yong lebih berminat dengan personaliti mamat sorang ni. Beliau kini sedang bertungkus-lumus untuk menarik pemimpin-pemimpin Sabah supaya keluar dari kepompong BN yang memberi keselamatan palsu (fake security).

Geng UG dalam PAS (jika masih ada) memang golongan yang pengecut! Takut menghadapi wakil rakyat bukan Islam yang ramai. Demer hanya berani di kalangan orang Melayu, tetapi takut berhadapan dengan penganut agama lain!

Yong tinggal di Sabah selama 15 tahun. Bagi Yong native Sabah adalah kelompok insan yang lurus dan baik hati. Keperibadian inilah yang dieksploitasi oleh pemimpin BN! Sebab itu Yong sokong DSAI sepenuhnya dalam usaha beliau untuk memenangi hati rakyat Sabah! 

Mengapa tidak mahu berubah jika perubahan itu akan membawa erti yang lebih baik dalam kehidupan kita?

Apa salahnya kita tarik ramai-ramai orang Sabah ni? Mungkin usaha kita akan membuka hati mereka untuk memeluk Islam.

Apa ertinya orang Melayu Islam yang ramai dalam Parlimen Malaysia kalau perangai demer macam orang ameno?


BUKAN MUHRIM BERSENTUHAN APA HUKUMNYA TOK MUFTI?
JOM UBAH!

Tuesday, 14 August 2012

BERSIH HARAM, UNDI DAP HARAM, UNDI MCA HALAL, TARIAN GELEK PUN HALAL?

Janji Bersih dirancang pada petang 30 Ogos 2012. Tokeh ikan bakar mengugut hendak mengganggu majlis orang yang mahkamah kata halal. Apa hukumnya tok mufti?

KENAPA TOKEH IKAN BAKAR TAKUT SISTEM PILIHANRAYA YANG TELUS?

Majlis fatwa kata perhimpunan BERSIH haram. Kenyataan berbelit Mashitah tentang BERSIH di sini. Mahkamah Tinggi pulak kata tak haram (di sini).

Apa nak kita harapkan dari seorang penyokong JATI yang kagum dengan logo JATI? 

LOGO INI DIILHAMKAN DARI SURAH "AR-RAHMAN" HMM...

DI PERAK ISLAM, MELAYU DAN RAJA DIMARTABATKAN, HUH?  (LINK BERKAITAN DI SINI)

Rencana berkaitan pengharaman mufti tentang mengundi DAP di sini. Undi MCA tak boleh difatwakan haram sebab MCA membantu meningkatkan ekonomi negara. Kahkahkah!

MCA GEMBIRA KERANA BOLEH TERUS MENYESATKAN UMAT ISLAM

Malaysia sebuah "negara Islam" yang memiliki "hub hiburan." Sebab tu k-pop dan kelab malam dibiarkan sahaja. Restoran mamak pun boleh beroperasi sampai pagi. Remaja arwah Amirulrasyid mati ditembak jam 2.00 pagi ketika pulang dari restoran yang dibuka sampai pagi! Semua orang tahu kes ini. Tapi restoran tetap DIBENARKAN beroperasi sampai pagi! 

Kenapa? Kerana yang mati bukan ahli KIMMA? Kenapa remaja dibiarkan khayal dengan hiburan? Adakah kerana ibu-bapa juga syok dengan hiburan?
SORRY TAKDE LER YONG NAK LETAK GAMBOR PENARI GELEK KAT BLOG INI! (CERITA DI SINI)

Monday, 13 August 2012

KONFIUS! SAPER SEBENORNYER "BAPOK KATOK" NI?

Ramai nak jadi wakil rakyat. Dari yang ramai-ramai tu, ramai jugok yang sebenornyer tak layok jadi wakil rakyat! Bukan demer tak layok sebab takde paper qualification. Tidak! Ader loyar, ader jurutera, ader pensyarah, ader lulus oxfod, ader peniaga, ader mengaku ulama, ader posmen, ader par etc. etc. Pendiknya macam-macam kerjaya asal demer sebelum jadi wakil rakyat. Lepeh jadi wakil rakyat, yang dapat bentuk kerajaan sibuk nak projek (punca kekayaan)! Bila tak dapat projek, marah! HP sering ditutup. Bilik operasi sunyi! Ingat bertapa, cari ilham. Ropernya demer tengah metamorphosis jadi katok. Akhirnya sebuah kerajaan yang sah tumbang!

Sekarang timbui cerita "Bapok Katok."

Buat Yong konfius jer. 

Cer komer perati betoi-betoi 2 gambor ni.

SAPER YANG TERSENGIH DENGAN KATOK-KATOK PEGHOK NI?

TERSENGIH LAGI, KALI NI DENGAN RAJER KATOK KELATE

PEMIMPIN BERMARUAH? KAH KAH KAH!

Sunday, 12 August 2012

EDISI KHAS SEMPENA PELANCARAN AES: KENA TAHAN POLIS MELANGGAR LAMPU MERAH PUKUL 2 PAGI

Sistem apapun yang dilancarkan kena munasabah.

Seorang kawan menceritakan mengalamannya ditahan ketika melanggar lampu merah jam 2.00 pagi di Kyoto, Jepun.

Kawan Yong ini bukan memandu kereta, tapi sedang menunggang basikal!

Kawan Yong, Dr Praba seorang warga India ketika itu sedang menjalani satu penyelidikan di Kyoto University. Maknanya dia bukan mat rempitlah. Tapi dia jimat orangnya. Nak simpan duit bawa balik India. Jadi dia naik basikal pergi balik dari rumah sewa ke universiti.

Pada hari itu Dr Praba buat banyak kerja dan pulang lewat. Dia kayuh basikal dengan laju kerana dah dinihari. Sampai di simpang, lampu bertukar merah. Jam dekat 2.00 pagi. Dia toleh kiri dan kanan, takde kereta. Lampu merah lambat berubah ke hijau. Akhirnya dia melintas jalan. Sampai di seberang dia terus ditahan polis. Entah dari mana polis ini, tetiba muncul macam hantu!

Dr Praba menjelaskan dia takut kerana suasana sangat sunyi, sebab tu dia melintas. Polis Jepun kata, takpe takut, jangan mati. Mana tahu entah-entah ada pemandu mabuk yang tiba-tiba merempuh dengan laju? 

Polis Jepun memikirkan keselamatan awam!

Dr Praba tak kena saman. Dia dibenarkan meneruskan perjalanan selepas diberi ceramah oleh polis Jepun. Sakit telinga dapat ceramah tentang keselamatan jalanraya percuma!

Di Kyoto, hampir setiap simpang ada lampu trafik. Ada sistem kawalan trafik electronik yang canggih. Sebab itu orang Jepun malas bawa kereta. Naik keretapi lagi senang.

Ada sesiapa pernah ditahan polis melintas jalan semasa menaiki basikal jam 2.00 pagi di Malaysia? Belum lagi...


Friday, 10 August 2012

RAHSIA TEPUNG KFC

Adik Yong pakar makanan cerita kat Yong bab tepung gandum. Adik Yong sering diminta oleh penguatkuasa untuk periksa kilang proses makanan. Dia cerita apa yang kita tak tahu, tapi patut tahu. Kali ini cerita tepung gandum pulak. Maklumle, dekat nak raya ni mesti yong-yong semua sibuk nak beli tepung gandum. Kecualilah yang cuma nak hidang biskut tunjuk! Hahaha...kali ini Yong hidang kekacang dan cokelat jer. Budak gerenti suka.

Pernah tak komer terpikior aper ader dalam tepung KFC? Kenapa bebudak suka bebenor dengan ayam goreng KFC ni?

Menurut data dari USDA (United States Department of Agriculture), 2/3 import gandum Malaysia datang dari Australia. Selebihnya dari Amerika, Canada dan India. Tapi aper masalahnya?

Kata Adik Yong, pengilang membeli gandum dan dikisar menjadi tepung di Malaysia. Tiada tepung gandum tulin di Malaysia. Semua gandum dicampur dengan bahan-bahan lain. Bahan-bahan ini mesti disahkan halal oleh Kerajaan Malaysia.

Gandum Amerika, Canada, Australia dan India akan dicampur mengikut keperluan pengguna, misalnya pembuat roti dan ayam goreng seperti KFC. Ater, komer ingat tepung KFC tu dibuat di Amerika ker?

Gandum Amerika, Australia dan Canada bersih dan harganya lebih mahal dari tepung India. Kata adik Yong, gandum diimput dalam kontener dari kapal terus ke kilang. Bukan dalam guni! Gandum India bercampur batu-batan dan guni buruk. Kekadang seliper pun ada. Pengilang kena mengasingkan bendasing itu. Jerih kerojer nyer. Kenapa jadi gitu? Cer komer tengok gambor-gambor ni:

INDIA TAKDE TEMPAT SIMPAN GANDUM, RUMAH PUN TAKDE WEH!
GANDUM DISIMPAN DI ATAS MANA-MANA TANAH LAPANG
BUKIT GANDUM BURUK ADA BATU, SELIPER DAN ENTAH APA LAGI!

Faham-faham jer le kot dah terbiar, jadi tempat tidor dan sebagainya.

SILO SIMPANAN BIJIRIN, NEGARA MAJU SAJA YANG MAMPU MILIKI

Tepung Amerika dan Canada memang bersih sebab demer guna banyak bahan kimia untuk membunuh serangga yang sering menyerang, seperti dalam gambor ini:

GANDUM SERING DISERANG KUMBANG

Oleh kerana itu Amerika dan Canada buat banyak R & D dan guna biotechnology untuk hapuskan kumbang dan penyakit gandum yang lain. Sebab tu harga gandum jadi mahal.

Tadi Yong kata 2/3 gandum datang dari Australia. Memang Australia banyak mengeluarkan gandum. Demi meningkatkan pengeluaran, mereka guna GM (genetic modification). Pengguna Amerika dan Canada telah menolak teknologi GM ini (walaupun Monsanto itu syarikat Amerika). Ini bermakna, kita rakyat Malaysia yang masih makan roti, kuih dan biskut hasil dari teknologi GM!

Apakah kesan memakan makanan hasil teknologi GM? Banyak weh! Antaranya termasuk sakit kanser, alergi dan viral infection (macam sakit sendi-sendi). Baca di sini dan di sini jika nak tahu jahatnya syarikat GM ini.

Jadi, apa rahsia tepung KFC?

Menurut adik Yong, dalam kilang, campuran tepung untuk syarikat membuat roti dan lain-lain dicatatkan. Tapi bagi KFC, hanya ada catatan TEPUNG KFC!

Kot kita sumer dah tahu rahsia tepung KFC, takde le rahsia perniagaan (trade secret) demer lagi!

...BERSAMBUNG...