Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 21 January 2013

TUNJUKKAN JALAN YANG BENAR KEPADA PKR: PANDANGAN DARI YANG TAK NAMPAK JALAN

TAKDE DUIT? UTUSAN KALAH LAGI WEH!

Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes fitnah Utusan Malaysia yang menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Mahkamah Tinggi memutuskan Utusan Malaysia didapati bersalah kerana memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berita penuh di sini.

Yong kesian kat mamat/minah (gender tak tahu) sorang nih. Dia masih tak nampak jalan. Sebab tu dia naik salah bas. Dia tak percaya pada mahkamah lagi. Dulu...masa Zambry diisytihar MB Perak oleh mahkamah, kumpulan PR kata Zambry MB haram, tapi gerombolan percaya pada mahkamah!

Sekarang, Utusan Malaysia juara fitnah yang benar!


Encik/Pn Pelatuk dan yang sejenama dengan mengkomer.
Ini Yong nak tanya:

Politik bersih dan sihat itu boleh buat finah ker?
Rampas kuasa di Perak tu politik bersih dan sihat ke?
Baling cat pada bas itu ciri politik bersih dan sihat?
Merusuh dan mencederakan orang dalam ceramah PR pun politik bersih dan sihat?
Belum lagi dikira berapa ramai pengundi hantu dan pengundi pos? - Semua bersih dan sihat belaka?

Yong taknak reply komen makhluk nama Pelatuk ini. Tapi Yong sengaja terbitkan di sini untuk komer nilai sendiri tahap pemikiran penyokong ameno ni. 

Siapa sebenarnya yang patut tegur dan benteras kegiatan sex bebas dan zina itu?
Siapa sebenarnya yang jadi pemerintah ni?
PAS ke?
PKR ke?
DAP ke?
Bukankah mufti, ketua Jakim, Mais, Jais bla....bla...bla... itu semua dilantik oleh sultan2 atas nasihat ameno?
Buatle keroje komer!
Tak usah meroyan salahkan orang lain jika negara penuh maksiat! 

BILA SUDAH TIDAK DAPAT MENANGANI MASALAH KEJATUHAN AKHLAK DI NEGARA (KORUPSI, PROGRAM HIBURAN PENCETUS MAKSIAT K-POP/ALA K-POP, DAN LAIN-LAIN), PEMBANGKANG PULAK DISALAHKAN.
SAH MATA HANYA NAMPAK PORNO!

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN


4 comments:

  1. Salam Yong,
    Spesis burung memang tak boleh berfikir Yong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam baretta

      Tak nak berfikir. Bukan tak boleh. Nak kekal jadi pencacai

      Delete
  2. Salam kak yong,

    Saya sebagai kawan kpd lawan kpd kawan si pelatuk ni, berasa dia suka patuk mematuk saja... Tu pasal dia mahu tulisan "Allah" tu eksklusif buat orang Islam saja... untuk Melayu di Messia. Tu pasal la dia marah, tak suka orang lain sebut, pakai kalimah "Allah" walau pun pada situasi yang universal, yg tak menjejas kebenaran, kesucian hak Allah tu sendiri. Pastinya dia tak tahu "Allah" is for all drp dulu lagi.

    Dia tahu patuk saja apa dpn mata dia tapi soal akidah pd hakikatnya kita lain orang kafir lain agama (faiths) dia.

    Jadi maapkan aje la si pelatuk yang terlampau emo tu. listen 11x .. forgive & forget. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hanz

      Agaknya sebab tu ada ayah pin dan rasul Melayu kot? Dengornya ayah pin itu ahli ameno. Iyeke?

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.