Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 21 February 2013

C4 (2): SANGGUPKAH USTAZ NIK ZAWAWI TERIMA KONSEP 1MALAYSIA PSY GANGNAM STYLE?

Yong tak faham. Macam mana boleh keluar cerita Kerajaan Perpaduang dekat dengan PRU13 ni? Macam mana boleh ada pemimpin dalam PAS yang flip-flop, sedangkan kita tahu perjuangan ameno sudah jauh tersasar dari perjuangan Islam? Sedangkan kita tahu kemenangan sudah berada diambang mata?

Yong telah menulis mengenainya hasil dari risikan sendiri di sini. Masa itu gambar di bawah ini belum tersebar lagi. Yong pun tak tahu adanya gambar pelik ini:

PERLUKAH BUAT APA BN BUAT BILA DUDUK SEKANDANG DENGAN GEROMBOLAN? (SUMBER)

Ustaz Nik Zawawi adalah seorang pemimipin PAS. Apa Ustaz Nik Zawawi buat dengan Soi Lek dengan jari telunjuk terpacak ni? Umum tahu parti Soi Lek telah membawa Psy Gangnam dan penari-penari pompuannya yang berpakaian separuh bogel ke Pulau Pinang. Psy Gangnam buat pertunjukan yang kata Najib berdasarkan "Spirits of 1Malaysia" yang diagung-agungkan BN.

Sila lihat di sini dan di sini kalau tak percaya!

Cuba baca apa kata Nik Zawawi dalam blog rasmi PAS ini. Yong petik sebahagiannya:

SEJAUHMANA KEIKHLASAN KENYATAAN INI?

Kata Ustaz Nik Zawawi 1Malaysia tiada halatuju, sebab itu slogan diwujudkan. Slogan dan simbol jari tunjuk keatas. Komer boleh baca kenyataan penuhnya disini. Tapi, apa yang Ustaz Nik Zawawi buat dengan Soi Lek amat pelik. Alahai...Janganle terlampau naif!

Kata ameno pula, simbol jari itu bermaksud: sambil menunjukkan konsep 1Malaysia, ia juga mentauhidkan Allah. Mentauhidkan Allah dengan menunjuk jari ke atas sambil menjerit 1Malaysia? Ow, Pleeeeease!!!

JARI TELUNJUK MIGUEL DE BENVIDEZ THE THIRD ARCHBISHOP OF THE ARCHDIOCESE OF MANILA, (1552-1605)

Ustaz Nik Zawawi adalah Setiausaha Majlis Syura PAS. Setiausaha ini bukan untuk catat minit. Tetapi untuk menguruskan organisasi. Jika setiausaha cekap, organisasi pun cekap. Dalam hubungan  ini kerja mengeluarkan kenyataan rasmi Majis Syura PAS kerja dia. Ini termasuk kenyataan Nasharuddin Mat Isa telah digugurkann dari Majlis Syura.

Kenapa kenyataan itu lambat dikeluarkan? Teka teki itu Ustaz Nik Zawawi sahaja yang boleh jawab. Jadi, mohon:
  • Nafikan kabar angin Ustaz Nik Zawawi sebenarnya mole ameno dalam PAS. 
  • Nafikan sokongan pada konsep 1Malaysia APCO, sebelum gambar Ustaz Nik Zawawi mengangkat simbol 1Malaysia itu jadi bahan kempen BN. 
  • Katakan ustaz masih istiqamah bersama PAS, sebelum kami di grassroots yang penat dan sakit hati dimaki hamun pencacai ameno, berpaling dari ustaz.

ARE YOU READY FOR BNNN?????
NOOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH TIDAK AKAN DAPAT DITANDINGI PERANCANGAN APCO!

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN



6 comments:

  1. Salam Yong,

    Mungkin ustaz ni berfahaman "dalam Islam ada politik tapi dalam politik tak dak Islam" kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam haji Lee Copper

      Adakah nanti ada yang akan suruh kita halakan senapang ke arah musuh? Musuh apa yang paling berbahaya selain dari musuh dalam selimut?

      Hassan Ali yang dianggap bukan musuh itu sekarang sudah sah jadi musuh.

      Nasharuddin juga dianggap bukan musuh. Tapi apa dia buat sekarang?

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Gua dah penat... sungguh penat ... dah terlibat dengan politik nih semenjak 1985 ... dah lebih 20 tahun... penat bukan pasai aper.. penat pasai parti yang masih tak nak belajar-belajar dari kesilapan lama .... penat kerana parti masih bermentalitikan pembangkang... tak pernah nak letak diri tue up skit... jadi pemerintah...

    Penat pasai... yang teruk buat kerja mati-mati naikkan parti.. akar umbi... yang buat sabotaj dan jatuhkan parti... pemimpin itu sendiri....

    Penat betul lar..

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      InsyaAllah Yong takkan berhenti. Yong takkan biarkan "mole" ameno membiak dalam PAS.

      Sekarang zaman internet. Kita ada cara. Allah takkan biarkan orang-orang yang mengkhianati Islam senang lenang di Dunia dan di Akhirat.

      Hukum Allah akan dihantar Cash!

      Delete
  3. Salam kak yong! Howdy?

    Yep ..am gonna sticking my 1 finger out too no not 1Malaysia-style...jari lain punya!

    haha

    p/s: Ada kot oghang ataih dlm PAS ni masih blur, tak la brp crodek mana hal politik TAPI ada hati nak kongsi kuasa dgn UmNO, demi IMR (konon) + sanggup lak khianat/mufarakah visi & misi PAS BUT keen the devils we knew, eh? Ulamak pun ada bangang dia, nampaknya. Twisted scumbags!



    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hanz

      I am fine, thank you. My line is okay now. Weird!

      Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh orang tak kata. Kalau perbuatannaya nampak bergitu beria-ia, tentulah ada kebenarannya agenda UG masih hidup.

      Apake jadah pergi program anjuran Centrist ni? Akhirnya jadi bahan fitnah. Perancangan Allah itu MAHA BIJAKSANA DAN ADIL.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.