Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 2 May 2013

DAH SAMPAI SITUASI 7-7-7. INI SERIUS! APA YANG PENTING? KERJASAMA!



SELAMAT MENYAMBUT HARI BURUH

Hari ini Yong hari buruh. Yong pulak nak jadi buruh. So, ingat nak mengecat dinding yang bertampung-tampung depan bilik air. Semua bahan ada?

Cat? = check
Plastik untuk mix cat (tak tau apa namanya)? = check
Roller brush? = check.
Masking tape? = check.
Roller brush (saiz kecil) = ?
Berus biasa (saiz kecil) = ?

Cat takde masalah. Selalu Yong re-mix lebihan cat dan menghasilkan warna baru. Hahaha. Kontraktor yang selalu buat kerja di rumah pernah berkata: 

"Kalau semua rakyat Malaysia buat macam Yong (DIY) ekonomi tak berkembang!"

Yong jawab, "Kalau semua rakyat Malaysia buat DIY, rakyat Indon boleh balik. Takde pengundi hantu. Aman!"

Yong pun terpaksa keluar untuk membeli bahan yang tak ada. Mungkin ada, tapi tak tahu letak di mana. Kira tak ada. Kes tak sama dengan bapa Saiful. Dulu kata ada liwat. Lepas tu kata tak ada. Insaf, terus minta maaf. Tapi sekarang kata ada balik. Insaf itu dah letak di mana entah. Tarik balik minta maaf. Beza kan??

Lawak betul!

Sebab tu dari dulu Yong tak kisah bapa Saiful nak cakap apa. Yong tahu siapa tipu, siapa cakap benar (baca di sini).

Ah...melalut kat kisah bapa Saiful pulak. Lantok dia.

Sah sudah desperado!

Balik dari kedai hardware, Yong lalu simpang depan Masalam. Ala...tempat Teoh beng Hock "terjun" tu...

Yong dengar banyak kereta hon. Apa hal pulok. Rupa-rupa ada 4 orang budak muda sedang memperagakan poster sokong Pakatan Rakyat. Syabbas!!!

Yong dapat snap 1 gambar. Kedudukan agak jauh. Itu saja yang dapat.

Ini Shah Alam.

Katak akan mati katak. Hahaha

********************

"Trut trut"

Telefon berbuuuunyi!

"Sekarang sudah 7-7-7," Kata Spy Leman, informer Yong.

"Apa yang 7-7-7?"

"Neck to neck. Bilangan kawasan hitam, putih dan kelabu sudah hampir sama. About 70 Parlimentary seats. Habisle BN."

"Shah Alam macam mana?"

"Hitam."

"Kuala Lumpur?"

"Semua masih hitam."

"Putrajaya?'

"Ikut kajian demer kelabu. Demer yakin penjawat awam takut nak undi Pakatan. Bagusnya Putrajaya takde pengundi hantu!"

"Selangor?"

"Ini yang payah. Selangor banyak kawasan hitam. Tapi Gombak lain."

Ini yang tak seronok ni, "Lain macam mana?"

"BN yakin boleh menang di Gombak. Demer dah tanda kawasan itu putih!" Kata Spy Leman. "Padan muka Azmin."

"Aduhai! Kenapa jadi begini?" Yong mengeluh.

"Ramai menyampah pada Azmin. Tapi dia tak sedar. Kepala batu." Kata informer itu.

'Yo...bukan ke Anwar Ibrahim dan Mat Sabu dah pergi Jelajah Merdeka di Gombak?'

"Itu lain. Ini lain."

Huh?

"Kalau Azmin kalah di Gombak, jadilah dia menteri lembu. Kah kah kah, Cao!"

Klik. Tuuuuuuuuut!

Spy Leman dah putuskan talian. Ini masalah bila ada syarat "Don't call me, I call you!"

Tapi kata-katanya tentang menteri lembu itu ada 2 implikasi:
  • Pakatan Rakyat berpotensi menang dan menbentuk kerajaan.
  • Azmin kena menggandakan usaha di Gombak.


Hati sesiapa yang marah pada Azmin di Gombak tu kena disejukkan. Apa yang penting? Kerjasama. 

TUMBANGKAN BN PERLU DIDAHULUKAN, JIKA TIDAK MAHU TERUS DIBAHULUKAN!

N3 tentang Setiawangsa di sini
N3 tentang Putrajaya di sini

JOM UBAH
ASAL BUKAN CAP DACING


3 comments:

  1. Kalau nak bagi PR aman selepas kemenangan, 2 orang ni wajib kalah. Hj Hadi, Azmin. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teman senang aje.. teman ingat, bior ler semua calon kite menang vs UmNo (as many as we can get) pastu kita tengok sapa lak mengalah tak nak rebut jawatan tinggi dlm Kabinet...

      Harapnya TGHH mampu galas tugas jadi Mursyidul Am pasni, coz ada kemungkinan besor sejarah akan berulang, "... Pada hari ini telah Aku (Allah) sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku (Allah) cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu......" .. firasat teman,TGNA akan pergi meninggalkan kite tak lame lagi selepas kita pegang Pusat. TG Ustaz Fadhil Noor, afew good men b4 him dah rintih jalan ni.. TGNA akan rasmikannya..insyaAllah.

      Azmin Ali akan menang Gombak simply just bcoz orang benci UmNo lebih drp meluat kat kat dia, PKR..simple majority perhaps. Mungkin dia & sekutu dia la kot akan buat PR in 5 yrs time jadi dibenci semacam UmNo-BN sekarang ni.

      Delete
  2. Salam Hanz dan Chor

    Yong doakan kita menang di Gombak, takkira apa hasil kajian task force BN. Bila menang, jangan besor kepala. Insaflah.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.