Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 8 June 2013

BAGUS JUGAK ADA ZON BEBAS MOTORSIKAL DI BANDAR BESAR...

Yong masih teringat masa jadi budak u dulu. Kalau takde Yamaha biru itu payah Yong nak selesaikan kerja kursus. Lebih-lebih lagi hampr semua kerja kursus Yong melibatkan field-work. Bila cuti semester, Yong tunggang motor dari universiti sampai ke rumah. Masa itu tak ramai perempuan naik motorsikal di jalan raya. Takde modenas lagi. 

Itulah kapcai yang berjasa besar pada Yong. Akhirnya Yong jual pada abang selepas Yong graduate.

Sesungguhnya motorsikal itu punca rezeki.

Tapi kenapa pula sekarang Yong u-turn?

Kenapa setuju dengan idea zon bebas motorsikal di bandar besar?

Pandangan ini takde kaitan dengan Lee Lam Thye.

********************

Mamat motor jangan marah dulu. Baca sampai habis. 

Mengadakan zon bebas motorsikal adalah positif dengan syarat:
  1. Pihak bandaraya telah menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang cekap. Misalnya bas bandar tambang murah dan perkhidmatan tanpa henti. Mungkin 5 minit sekali.
  2. Zon bebas hendaklah mengikut waktu-waktu tertentu. Kajian terperinci perlu dibuat untuk mengenal pasti waktu yang sesuai bagi sesuatu kawasan itu dijadikan zon bebas motorsikal. 
  3. Syarikat/agensi kerajaan yang bergantung kepada perkhidmatan motorsikal diberi permit pengecualian. Contohnya syarikat perkhidmatan penghantaran, posmen, pengantar cepat dll.
  4. Pihak bandarya juga perlu mengadakan tempat parking motorsikal percuma yang diselia di pinggir poin larangan bermotorsikal.
  5. Zon bebas juga mesti dikenakan kepada kereta persendirian pada waktu-waktu tertentu juga. Jika tidak kesesakan lalu-lintas akan berlaku kerana orang awam bertukar kepada kereta.
  6. Zon bebas juga mesti diperluaskan kepada kenderaan berat pada waktu-waktu tertentu (sudah dilaksanakan pada tempat-tempat tertentu).
  7. Insentif harus diberi kepada pengguna perkhidmatan pengangkutan awam seperti keretapi dan bas bandar.
  8. Siswa yang perlu melalui kawasan larangan motorsikal untuk ke kuliah boleh memohon permit pengecualian bagi tempoh semester pembelajaran. Untuk memudahkan proses pemberian permit, pihak universiti diberi autonomi mengeluarkan permit ini, dengan kerjasama polis.
********************

Faedahnya banyak termasuk:
  1. Mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida dan karbon dioksida.
  2. Menghalang jenayah ragut bermotorsikal.
  3. Menghalang mat rempit bermaharajarela.
  4. Menghalang anak gadis dirembat buaya darat kelas rendah.
  5. Mengurangkan kemalangan maut.
  6. Menghalang budak sekolah bawah umur menaiki motorsikal termasuk ke sekolah.
  7. Mengurangkan kesesakan lalu lintas jika kaedah ini diperluaskan kepada kereta dan kenderaan berat.
  8. Mengurangkan pencemaran bunyi.
  9. Mengurangkan kes kecurian motorsikal.
  10. Pejalan kaki boleh relax dan tidak stress.
  11. Melambatkan proses pemanasan global akibat pengumpulan gas rumah hijau (greenhouse gases).
Pihak berkuasa hendaklah memberi tempoh penyesuaian (grace period) kepada penunggang motorsikal sebelum menguatkuasakan larangan ini. Jangan esok larangan, malam ini dirikan notis. Itu penganiayaan namanya.

Mungkin teman-teman ada idea lain bagi meningkatkan kualiti hidup kita.

4 comments:

  1. Salam Yong..

    Idea zon bebas motor ni akan jadi senyap saja lepas ni.. Takkan Yong tak tahu menteri polis kita adalah bapak mat rempit..

    Lepas ni Yong tengok la setiap event mesti dimeriahkan oleh mat-mat rempit tak kira motor kecik motor besar.. Kan dulu pernah buat masa dia jadi pengerusi satu event.. Apa ke jadah event berkaitan perayaan agama dimeriahkan dengan mat rempit.. Tapi itulah kualiti menteri kita..

    Betul juga kata orang, kalau nak jadi menteri dia kena ada gila sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pcbahar

      Hahaha…Yong takkan lupa bab ini…

      Kita tengok jer jadi ke tidak zon bebas motor ni...

      Delete
  2. "Menghalang anak gadis dirembat buaya darat kelas rendah." huh kelass! Cuma rasanya, kalau masuk bandar tak boleh naik motor kenalah ada tempat parking khas utk tinggalkan motor tu sementara mereka masuk bandar kan.. Macam sekarang ni, parking di LRT pun tak cukup, kereta diletak di mana-mana ada ruang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam che mid

      Buaya darat kelas rendah naik kapcai. Yang kelas pertengahan dan tinggi naik kereta. Semuanya akan cuba rembat anak gadis. Jadi berhati2lah.

      Itulah yang disarankan. Buat tempat parking dulu. Jangan main larang jer. Nanti niat yang baik jadi menyusahkan orang awam.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.