Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 30 June 2013

SERAM!: SHISHA HARAM DAN JIN PELARIS


Kajian daripada Agensi Anti-Tembakau Perancis (OFT) mengesahkan bahawa bahan itu mengandungi karbon monoksida dengan sekali hembusan bersamaan 52 batang rokok!

Wow! Dahsyatnya penangan shisha!

Lepas pengumuman yang dinantikan kami yang cintakan kehidupan yang sihat ini apa tindakan pihak yang berkuasa?

SUMBER

Pengumuman ini membuka kembali ingatan Yong pada pengalaman…

Tahun lepas Yong makan malam di sebuah restoran di Shah Alam. Bersama-sama Yong ialah Bodyguard (masih teruna - anak angkat Yong), anak sedara yang mengandung dan dua anak kecilnya dan suaminya, Sham.

Ketika kami makan, datang sekumpulan anak muda lelaki dan perempuan berpakaian kemas. Demer duduk tidak jauh dari kami. Tak lama lepas itu demer pun mula menghisap shisha. 

Cis! Memang kurang ajar budak-budak ni. 

Kami pun minta pelayan mengubah meja kami ke tempat lain yang jauh dari kumpulan bebudak ini.

Masa itu Yong tak tahu pemilik restoran ini rupanya lagi kurang ajar.

********************

Esoknya Bodyguard demam. Ingat mungkin malam tadi digigit nyamuk aedes, Yong cepat-cepat tepon Sham. Takut anak-anaknya pun sakit. Semua sihat, katanya. Alhamdulillah.

Bodyguard pun pergi ke klinik. Doktor kata takde tanda-tanda denggi. Lepas habis ubat, dia masih rasa tak sihat. Bukan itu saja, katanya dia nampak bayangan seorang perempuan berpakaian serba putih di biliknya. Dah baca macam-macam ayat Quran, bayangan perempuan tetap mengikutnya.

Ini sudah lain!

Yong bawa dia jumpa Pakcik Sifu Pekida. 

Apa kata Pakcik Sifu Pekida?

Menurut Pakcik Sifu Pekida, restoran yang jual shisha tu ada Jin Pelaris. Jin betina restoran itu berkenan kat Bodyguard Yong yang hensem.

Rupanya bukan hanya jual shisha, restoren ini juga guna Jin Pelaris!

Memang kurang ajar!

Yong minta halau jer Jin Pelaris ni pergi jauh…Mungkin balik ke Iran…atau mana-mana asalnya…

Lepas berubat Bodyguard Yong pun sihat sepenuhnya. 

********************

Sejak itu Yong tak pergi lagi ke restoran itu. Lalu kawasan itupun tidak.

Tapi beberapa bulan yang lepas, kami melalui kawasan itu! Apa yang kami lihat restoran serba kurang ajar itu sudah tidak ada.

Bankrap?

Jin Pelaris sudah patah hati?

Entahlah….Mungkin kebetulan...

5 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Gua setakat nih belum lagi diberikan keijinan untuk dibuka hijab melihat makhluk bernama jin nih... tapi biasa gua dapat sedikit perasaan "sense" akan kehadiran mereka-mereka ini...

    Sebab itulah gua susah nak pergi makan kat mana-mana restoran yang gua "sense" pelik semacam jer...

    Kat Kemaman nih cukup banyak kedai yang ader amalkan benda nih... cukup banyak... sampaikan boleh kata.. kalu ader 10 kedai makan... 4 daripadanyer ader "sense" kat gua macam nih....

    So... berhati-hatilah nak makan ke mender...

    Lagi satu.... kebanyakan restoran yang ader jin camnie.. biasanyer kedudukan dier agak jauh dari Masjid atau Surau yang selalu mengalunkan azan.....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Orang kata yang boleh nampak benda2 ni keturunan!

      Anyway, ada orang boleh rasa (sense). Misalnya, tetiba jadi sejuk atau tak sedap hati atau tetiba sakit di bahagian tertentu. Ada yang nampak. Ada boleh dengar. Ada yang boleh bau.

      Tak tahu kenapa pemilik restoran suka buat kerja jahat ni…

      Kat Domino atau Pizza Hut, atau KFC atau McD agaknya ada tak jin pelaris ni?

      Delete
  2. Assalamualaikum. Sy rasa cerita di atas membuka jalan fitnah. Kita sbg manusia tidak mempunyai pengetahuan mengenai alam jin termasuk dari mana dia dtg. Jin ini tipu dayanya amat lemah walaupun kita igat dia bijak dan kuat... jgn kerana tuduhan tanpa bukti kita menyebarkan fitnah... jika kita mengamalkan ajaran allah sebaiknya makanlah di mana saja yang secara zahirnya nmpk bersih lagi halal... kerana allah penjaga kita... sense bukan boleh jd penentu kpd amalan sihir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zamiluk

      Terpulanglah kepada pandangan masing-masing. Tapi bila rasa tak sedap hati, itu juga petunjuk dari Allah yang menggerakkan hati kita. Jadi, sentiasalah waspada.

      Kalau tak percaya, makanlah di mana-mana sahaja. Tanggunglah sendiri akibatnya.

      Tapi ingat! Ingat! Ada restoran yang mengamalkan kerja syirik melalui Jin Pelaris.

      Delete
  3. minta Kementerian Kesihatan buat kaji selidik mengenai taraf kesihatan penghisap shisha di Timur Tengah ..... berapa ramai yg mudarat disebabkan shisha? Tahukah bahawa shisha telah digunakan sejak berkurun lamanya di Timur Tengah

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.