Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 15 July 2013

UiTM TERBAKAR LAGI (VIDEO)

Apa nak jadi dengan UiTM ni? Sudah berapa kali terbakar? Tak serik-serik. Sibuk dengan kualiti konon. Pensyarah ditekan. Syarikat PFI diberi ganjaran sampai terlebih kenyang. Graduan menganggur.

Apa makna kualiti itu?

Gambar-gambar kebakaran boleh tengok di sini.





Dulu Pejabat Penyelenggaraan terbakar (baca di sini). Sekarang makmal kimia pula terbakar. Nak tunggu apa lagi? Bila nak ganti pengurusan tertinggi UiTM yang gagal memastikan UiTM sebagai pusat pengajian tinggi yang bukan hanya melahirkan graduan yang cemerlang, tapi menyediakan tempat yang selamat untuk belajar sebelum menjadi graduan.

Dapatkah syarikat-syarikat yang terlibat dalam projek PFI, yang dijangka mengaut keuntungan berlipat ganda setelah membina kampus-kampus UiTM itu menjamin situasi cemas seperti di atas tidak berlaku?

Fikir-fikirlah...

1 comment:

  1. DeeDee Yong...

    Bukan itu semua cuma latihan kebakaran jer... Kebakaran sebenar belum lagi berlaku... kalu berlaku kebakaran sebenar... mesti akan kena kat Jabatan Bendahari atau Pentadbiran... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.