Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 22 November 2013

TAHNIAH MUSLIMAT! WALAUPUN KUAT DILOBI, TETAP ISTIQOMAH (BERGAMBAR)

TAHNIAH MUSLIMAT YANG TEGUH PENDIRIAN!

Muktamar PAS ke-59 kali ini menyaksikan persaingan sengit antara dua kelompok yang ingin menguasai parti itu - yakni kelompok yang disebut Ulama dan Professional.

Walau bagaimanapun, pembahagian kelompok itu sebenarnya kurang tepat kerana kelihatannya ada professional yang pro-ulama dan ada ulama yang pro-professional. 

Yang jelas sebenarnya, ada kelompok yang "tamak jawatan" dan ada kelompok "pelaksana" yang telah membuktikan iltizam kepada perjuangan parti dalam Pakatan Rakyat.

Ucapan Dr Halimah pada sesi Muslimat menyentuh hati ramai ahli perwakilan. Beliau mendapat undi terbanyak mendahului senarai Ahli Jawatankuasa Kerja DMPP. 

DR HALIMAH SENYUM WALAUPUN MENANGGUNG BEBAN

Berikut senarai keputusan pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat Sesi 2013-2015 

PENGERUSI TETAP
Norhashimah Deraman 

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Nor Azlin Md Samsudin 

KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Siti Zailah Muhd Yusoff [468 undi] 

TIMBALAN KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Dr. Siti Mariah Mahmud (429 undi) 

NAIB KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Mumtaz Md. Nawi [457 undi] 

AHLI JAWATANKUASA KERJA DMPP
1. Dr Halimah Ali (476 undi)
2. Aiman Athirah (457)
3. Khairiah Mohamad (454)
4. Normala Sudirman (446)
5. Dr Asiah Ali (444)
6. Aida Yusof Rawa (409)
7. Wan Ubaidah Omar (393)
8. Mastura Mohamad (392)
9. Datuk Siti Aishah Ghazali (372)
10. Azizah Khatib Mat (360)
11. Wan Hasrina Wan Hassan (331)
12. Kartini Ahmad (306) 

Jumlah perwakilan yang mengundi 665 orang

PEMERIKSA KIRA-KIRA - Menang tanpa bertanding 

Basmatul ‘Uyun Yusoff
Siti Fathiah Daud

PEMIMPIN MUSLIMAT MEMAKAI KERONSANG SERINGGIT, JADILE

Berbeza denganMuktamar ke-57, pada kali ini kempen dan lobi begitu hebat sehingga sampai ke dewan. Seorang muslimat dilihat dihampiri pelobi, tapi dia cepat-cepat ditarik oleh rakannya.

Difahamkan pelobi itu dari team yang menentang Siti Zailah. 

Muslimat mahu team pelaksana. Bukan yang pandai cakap dan mengarah, tapi tak tahu buat kerja. Muslimat rela membuat berbagai-bagai tugas demi parti. Fisabilillah. 

Kemenangan team Siti Zailah dengan dia sendiri mendapat 70.3% dari jumlah undi menunjukkan sokongan majoriti yang kukuh terhadap kepimpinan sekarang. 

Kata seorang Muslimat:

"Kita tahu kat sana tu siapa yang buat kerja dan siapa yang pandai cakap saja." 

Kepada siapakah kata-kata itu ditujukan?

Tepuk dada tanyalah iman.

8 comments:

  1. tahniah YB Siti zailah. kepada yang kalah terimalah seadanya dan jangan berdendam. Kembalilah rapatkan saf dan mulalah bekerja dan berjuang demi rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam muhid

      Harapnya begitulah. Habis kempen, berbaik semula. Lagipun matlamat samakan? Kita nak tumbangkan BN.

      Delete
  2. Bagus le rupa tu... Harapnya lebih ramai Muslimat (perwakilan) lebih bijk-sana & pentingkan konsep "Walk the talk".. Deme harus kot jenis pejuang yang lebih ikhlas, teguh bermujahadah & istiqomah buat kerja, kerja & kerja lagi.

    Bukan macam DUPP yang hanya tahu nak buat "talk show" & dismantle what is a good article, sibuk benor nak fix something that ain't broken.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Pada pandangan Yong, nak kaji Tahaluf Siyasi pun ok untuk penambahbaikan. Kalau untuk mencari kesalahan, maka akan berlaku tuduh-menuduh.

      Lantiklah kumpulan yang independent untuk membuat kajian ini.

      Delete
  3. kalau tak suka tak perlu dedah kelemahan orang. setakat yang dibenar starak dah lah. ni bukan parti sekular. perangai macam ni lah membuatkan sistem pemilihan secara bertanding tak berapa sesuai dalam pemilihan pemimpin islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mohamad

      Yong amatlah setuju bab tak perlu dedah kelemahan orang ini. Lebih-lebih lagi perbuatan tak bermoral melakar gambar anjing pada wajah calon, menggelar calon sebagi bapa anjing, kafir dan sebagainya.

      Dalam sistem sekular seperti di UK pun perkara macam ini tidak berlaku, lebih-lebih lagi dalam pemilihan dalaman parti.

      Delete
  4. harap semua kempen tak bermoral dipadamkan dari page masing2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam GeloraHatiMuda

      Boleh bagi definisi tak bermoral tu?

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.