Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 27 November 2013

TETIBA ADA PULAK CERITA HANTU MACAM INI DI UiTM

Aduhai....Hari demi hari, takde ke cerita yang sedap telinga mendengor tentang UiTM ni. Memang menyedihkan. Cer kita tengok list-nya:
  1. Baru-baru ini riuh bab UiTM dapat Ibrahim Ali jadi Ahli Lembaga Pengarah, yang kemudiannya didengar telah dipenjara 1 hari dan denda RM20,000 kerana menghina mahkamah (baca di sini).
  2. Sebelum itu kita dengor cerita pensyarah yang terpaksa pindah ke sana sini, berpisah dengan suami/isteri kerana diarah mengajar di kampus cawangan (baca di sini) dan (di sini).
  3. Kita dengor UiTM akan mengambil pelajar rendah dalam syarat kemasukan (baca di sini).
  4. Kita juga dengor ranking UiTM yang tercorot pada 701++ tapi VC tak kisahpun (baca di sini).
  5. Kita dengor juga UiTM bakal menjadi IPTA paling banyak hutang (baca di sini) dan (di sini).
  6. Kita dengor kampus cawangan dibina dengan sistem PFI janji muat 5,000 pelajar, tapi muat 3,000 sahaja (baca di sini).
  7. Perebutan jawatan Naib Canselor sampai ada yang melobi (baca di sini).
  8. Graduan UiTM sukar dapat kerja, tapi pensyarah pula yang salah (baca di sini).
Kini kita dengor kelohan siswa UiTM yang diugut jika enggan pergi mengundi...

Bacalah kelohan siswa lesu ini:

BACA DAKWAAN SISWA DI SEBELAH KANAN

Yong besarkan sikit supaya komer dapat baca kandungan surat ugutan yang didakwa ditulis oleh Gerakan Aman UiTM (sumber facebook)

INI SURAT UGUTAN TERSEBUT

Kenapa nak pilih pemimpin pelajar pun perlu ada ugutan? Tak cukupkah kekangan yang ada sekarang? Kita mahu pelajar kita jadi apa?

Cukup-cukuplah tu...

Peraturan itu penting. Tapi jangan sampai peraturan itu mencekik daya saing dan kreativiti semulajadi anak muda.

UiTM perlu kepimpinan baru yang mesra pelajar secara pendidikan yang holistik. Bukan paksaan atau memberi manja sampai skrol ijazah/diploma jadi tiada bermakna. Kita mahu graduan UiTM yang berdikari, bersaing, berintegriti dan cekap.

Kami hantar anak-anak kami ke UiTM bukan untuk dijadikan robot, tapi untuk menjadi sebahagian penting daripada modal intellectual negara!

Seorang warga senior UiTM pernah bercakap:

"Agaknya diorang ni selalu sangat buang hantu kat tanki air UiTM ni, sebab tu pemimpin atasan dah jadi bangang."

Huh??????

Bersambung.

7 comments:

  1. aku rasa uitm akan terus2 jadikan budak2 melayu terus bangang macam brahim al kataki gamaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nur Fatimah

      Nak selesai masalah, tukar kepimpinan UiTM. Takkan takde orang di UiTM yang layak?

      Delete
  2. Assalam....ibarat pepatah cina, kalau buruk kepala maka akan buruk badan dan ekornya! Dah kalau VC dan Ahli Lembaga Uitm dipilih dari jenis yang 'kepala masam' dan 'buruk'(pengampu,bodek walaupun educated, jenis bangang melantun) maka tidak pelik jika graduan Uitm pun akan jadi tidak berkualiti dan ada sifat 'jiwa hamba' dan punya idealisma yang 'terencat'!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sizzly

      Yang kesiannya, graduan jadi mangsa. University jatuh ranking. Industry tak sior ambik graduan jadi pekerja.

      Tukarlah kepimpinan UiTM!

      Delete
  3. As salam Yong

    Tidakkah sudah lama didengar warga uitm telah menolak kepimpinan yang sediada. Sering diceritakan tiada ketelusan, tidak mesra pelajar, cacar marba, hala tuju yang berubah-ubah dalam masa singkat menjadikan anggota pelaksana menjadi huruhara jiwa raga, pemikiran menjadi lesu dan bosan...kenapa kementerian tertunggu-tunggu untuk mengambil tindakan. Tidakkah calon-calonnya telah disenarai pendek? Terlalu banyak pertimbangan atau terlalu banyak gangguan-gangguan diluar sana.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shiffa

      Dengarnya ada senarai. Dengarnya ada banyak lobi. Dengarnya ada sedara isteri menteripun minat jadi VC UiTM, walaupun tak layak...UiTM macam lubuk duit, bukan lubuk ilmu. Sedih bila dengar semua ini.

      Harap Pak Menteri cepatle ganti VC yang ada ini.

      Delete
  4. Sedihnya dengar Uitm ni... aku dulu studen ITM zaman tu mmg ITM cukup gah di Malaysia.Skrg dh tukar jd U pun dh makin malap.Sbb apa? kita sedia maklum kan.. Nasib la anak aku tk dpt tawaran kt situ. Susah kalau institusi melibatkan kepentingan politik. Semua jd hancussss

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.