Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 16 December 2013

MUJUR AKU TAK KAGUMI SESIAPA KECUALI LAKI AKU...INI BUKTI GRED A PUNYA!

Pong-pang kata Mat Sabu Syiah. Ada bukti, katanya.

Rakyat semua tunggu...Berdebor-debor, kata orang Bagan Datoh...

Tup-tup keluar bukti dari seorang yang bergelar Dr di hadapan namanya. Ini bukti gred B, katanya. Mat Sabu kena buktikan dia bukan Syiah, katanya lagi.

Aaaa??? Gred B? Semua orang tercengang. Kagum beb!

Tak sangka begitu caranya KDN menggred hasil siasatannya...Ada gred A, B, C, D dan mungkin F.

BOLEH GUNA ALAT PENGGRED INI TAK?

Kalau begitu caranya KDN menggred hasil siasatannya sendiri, tak hairan pengganas Sulu boleh la..la..la...keluar masuk Malaysia. Dalangpun sampai sekarang belum jumpa...Alahai...

Kagum! Itulah kata kunci gred ini!

Tahap mana kekaguman itu?

ADA TAHAP KAGUM SAMPAI MACAM INI?

Di atas ialah keratan akhbar kisah seorang suami yang kagum sesangat pada isterinya. Tak cukup kagum di rumah, mesti bagi tahu satu dunia, supaya semua orang turut kagum. Siapa minat nak baca tahap mana kekaguman itu boleh baca di Berita Harian.

Didorong oleh perasaan sangat kagum itu si isteri diberi hak untuk naik jet Eksekutif yang hanya dikhaskan untuk YDP Agong, PM dan TPM sahaja. Isteri guna untuk keluar negara...WOW! Rakyat kagum pada PM yang begitu mengkagumi isterinya! (Baca di sini). Kagum terlampau sampai isteri pun buat kerja macam menteri.

Bukan hanya rakyat yang turut kagum. A. Kadir Jasin, Bekas Ketua Pengarang NST yang disegani itu juga terlebih kagum sampai sampai berbuih mulut...

KAGUM SAMPAI TAHAP DISYORKAN JADI PM

Inilah dia bukti Gred A kekaguman seorang bini kepada lakinya... Ooops silap! Terbalik!!

TV1, TV3/4, Berita Harian etc pun terus mewar-warkan kekaguman ini, siap dengan bukti gred A lagi. Patutle pun...47% rakyat memang tak cukup pandai...Layak dapat gred B sahaja.

Kalau sekolah rendah, gred B itu sapa pun tak mandang. Maap...Di sekolah kemer kalau tak dapat 5A kamu duduk kelas corot jer ler.

Kalau ijazah sajana muda, gred B- (2.67) boleh dapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua (Rendah). Gred ini tak diterima oleh sesetengah universiti antarabangsa untuk buat ijazah lanjutan.

Kalau buat ijazah lanjutan (sarjana) secara kerja kursus (coursework) pula, gred B (3.00) dikira cukup makan jer. Kalau gred B- (2.67) dikira gagal.

Bukti KDN tu kita tak tahu sama ada ia gred B- atau B. Tapi kalau gred A stendet macam Ahmad Maslan, hmm... kesian universiti tu. 

Apapun, bukti kagumnya aku pada laki aku konfim Gred A++ Wakaka...

10 comments:

  1. "Zamihan menambah, KDN juga memiliki bukti yang mendakwa Mohamad pernah menghadiri seminar-seminar berkaitan Syiah di Iran selain pertemuan kerap dengan pemimpin tertinggi Syiah di luar negara sejak era 90-an lagi.

    "Jangan lupa, bila dia ke luar negara, dia lawat siapa, pergi mana, sudah tentu ada aspek catatan rekod teknikal Jabatan Imigresen. Semua ada rekod dan bukti."

    Tu sy copipes apa orang KDN kata. Satu soklan yang membuak2 dalam kapala saya untuk KDN. kalu lagu tu punya efisien KDN simpan rekod dan bukti...rekod Atan Tuya kelua masok Msia ari tu lesap pi mana? Musykila...musykila....harap sangat Zahid Komidi baca komen saya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hj Shah

      KDN simpan banyak maklumat rahsia pemimpin negara. Ini termasuk pemimpin BN. Yang baik, yang buruk, semua ada.

      Lepas tu ada pula MKN. Ia juga simpan rahsia negara.

      Kita di luar ini tak tahu di mana kolaborasi KDN dangan MKN. Di mana pula pertindihan fungsi.

      Inilah masalah kabinet pakaian Najib. Besar, cantik tapi isi pakaian buruk.

      Delete
  2. Gred A, B ni hanya untuk tujuan menipu je tu Yong.....Si Zahid ni ingatkan makin tua makin pandey la....... ghopenye ijazah PhD pun tak dapat melindungi kebangangan seseorang. Cepat la saman bang Mat oii......kalau tak cukup duit untuk bayar Peguam, buka suatu akaun kita nak hulur derma iklas nak lawan kebejatan pemimpin OMNGOK ni.......

    Bab PM Najib ni pulak ...Malaysia dah ada 5 PM sebelum ni...tak seorang pun terpaksa merendahkan diri memuji-muja isteri sendiri di khalayak ramai bagi memulihkan imej manusia perakus, pemboros dan gila kuasa seorang isteri ......Dayusnya jantan sebegini...macam mana nak memerintah negara sedangkan jiwa terjajah disebalik kehebatan sanggul sang isteri PEMBOROS dan GILA KUASA!!!! Cuba PM kira balik...ada sebijik ke dua ni........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani

      Zahid takno keluarkan bukti Gred A (kononnya) sebab kalau kena saman nanti terburai semua kuda trojannya dalam PAS! Wakaka!

      Puji bini tu tanda sayang yob! Ooops! silap, itu tanda kagum gred A!

      Sebenarnya bagus suami puji isteri. Tetapi jangan sampai puji itu memalukan diri sendiri. Misalnya, kawan ajak lepak minum petang lepas habis kerja. Mamat ni menolak sambil berkata:

      "Bini aku tentu dah siapkan makan petang. Rugi kalau aku tak balik makan."

      Itu tanda puji isteri juga. Cuma indirect.

      Delete
  3. Sori...rekod Tuya takde...mana ada dia masuk ke negara ini. Bukti Gred A kata Altantuya tak main kat sini......."Wallahi Wabillahi Watallahi...Saya tak kenal pompuan Mongolia itu...." Sebut la nama woit!!! Takut kena pelempang sekali lagi dengan Kak Mah ke woi!!!!

    Zahid woi!!! Hang nak kelentong sapa...aku travel keluar negeri beribu kali...tak pernah sekali pun bila aku nak pi atau bila aku balik Pegawai Imigresen tanya..."YOU pi Jerman jumpa sapa, tinggal hotel mana, ada meeting dengan Hitler ke....kami nak masuk rekod ni...." Tut tut bab Mat Sabu depa ada rekod semuanya. Betul ke bang Mat, tolong clarify sikit. Pekak punya Menteri dengan Pegawai. Makan nasi ke rumput, nak membohong seluruh negara........depa ingat rakyat bodoh ka...Ada PhD tapi bangang...jangan-jangan upah orang tulis thesis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani

      Bab upah orang tulis tesis ini Yong ada dengar. Kalau orang tu kaya, memang ada yang kelabu mata dan terima upah buat kerja camni. Ia tidak beretika.

      Jangan lupa, Zahid pun ada PhD. Bukan hanya Zamihan. Kelakuan demer memalukan kita yang ada PhD dan telah berusaha keras untuk mendapatkannya.

      Delete
  4. Hampeh semua ni.! Arguments have No Class!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jane Duncan

      Masalahnya penasihatpun takde kelas!

      Delete
  5. Replies
    1. Salam abu bakar

      Kena tanya Jakim, PhD dari mana.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.