Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 12 December 2013

PECAT IBRAHIM ALI DARI AHLI LEMBAGA PENGARAH UiTM KERANA KAGUM PADA KHOMEINI! (BUKTI VIDEO)

Yong kira ramai yang terperanjat dengan pendedahan KDN tentang bukti Mat Sabu Syiah. Yong salah seorang daripadanya. Yong terperanjat kerana begitu mudah seseorang menjadi Syiah hanya kerana didengar mengkagumi Khomeini.

Perkara pertama yang menerjah otak Yong ialah "Mujurlah aku bukan pengkagum Khomeini." 

Dalam Bab kagum ini Yong amat kagum pada Saidina Umar Bin Ibn Al-Khattab (radiallahu anhu). Tak salah Yong, Lim Guan Eng pula kagum pada Umar Abdul Aziz. Tapi Lim Guan Eng tidak pernah dituduh sudah menjadi Muslim sebagai natijah daripada kekaguman itu.

Aneh sungguh.

BUKTI MAT SABU SYIAH OLEH KDN (TMI)

Jika analogi kekaguman terhadap Khomeini ini digunapakai sebagai pengikut Syiah, maka Ibrahim Ali wajib dipecat dari jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM. Mana boleh seorang pengkagum Khomeini dan Iran memegang jawatan yang melibatkan pembuatan dasar bagi sebuah institusi "Islamik-Melayu/Bumiputera" milik Kerajaan?

Video ini jelas membuktikan kekaguman Ibrahim Ali kepada Iran dan Khomeini. 




Dalam video itu Ibrahim Ali asyik membelek bukunya yang berkulit wajah Khomeini.

Pada minit ke 3.20 dia berkata:

"Honestly... That the Muslim outside Iran really look upon Iran, hope for Iran...Iran is the only last hope for the Muslim"

"Secara jujur ​​... Bahawa Muslim di luar Iran benar-benar memandang ke arah Iran, berharap untuk Iran ... Hanyalah Iran harapan terakhir untuk umat Islam."

Apakah Kerajaan tidak bimbang bentuk pengaruh yang akan menular kepada staff UiTM dan pelajarnya jika Ibrahim Ali dibiarkan kekal sebagai Ahli Lembaga Pengarah universiti itu?

BETAPA KAGUMNYA IBRAHIM ALI KEPADA KHOMEINI (THE STAR)

KDN dan JAKIM jangan jadi hipokrit. 

Betapa besarnya kekaguman Ibrahim Ali kepada Khomeini sehingga menulis buku mengenai imam Syiah itu. 

Perkara ini amat terang dan nyata.

Siapakah yang menyesatkan??

Hakikatnya dari sudut pegangan politik Mat Sabu "incomparable with" (tiada tandingan dengan) Ibrahim Ali. Mat Sabu ditekan kerana UMNO gerun kepadanya dan ingin menghancurkan PAS. Ibrahim Ali  pula dibiarkan berleluasa walaupun jelas mengkagumi Khomeini dan bersikap perkauman.

Pecatlah Ibrahim Ali segera dari jawatan Ahli lembaga Pengarah UiTM jika Kerajaan benar-benar tidak mahu ada pemimpin Malaysia yang menjalin ikatan dan kagum pada pemimpin Syiah.

Jangan lupa ambil juga tindakan kepada orang yang mencadangkan Ibrahim Ali duduk di kerusi Ahli Lembaga Pengarh UiTM itu.

ADA BERANI????


10 comments:

  1. Replies
    1. Salam myDesignWorld

      Ayuh kita naikkan martabat universiti untuk Melayu dan Bumiputera ini. Bersihkan dia dari pengaruh Presiden Perkasa pengkagum Khomeini dan Iran ini.

      Delete
  2. Replies
    1. Salam Sheikh

      Lama tak dengar kabar berita.

      Yong buat setakat termampu sahaja.

      Delete
  3. Salam Kak Yong.. Dr/ Prof !!

    Wah... sampai tulis buku (giving credit) pasal imam Syiah, sah sah le Ibrahim Ali admire perjuangan Syiah !! Tentu le dia "penyokong" Syiah. Kena siasat si Ibrahim Ali ni.. apa gamaknya anutan, kefahaman, gaya hidup dia ni?

    btw... Kalau setakat untuk motivasi, sapa pun boleh/ harus " get inspired" with words daripada sapa saja "orang besar" else where in this world, albeit, they're not a Muslim, kan?

    Jasi, tak salah kot kita nak ikut "nasihat, pandangan" imam Khomeini when he says something like, "Anyone who will say that religion is separate from politics is a fool; he does not know Islam or politics."

    Memang "quote" ini sah tepat & betul pun, walau LGE, Karpal Singh yang cakap begitu, tu tak der he apa pun. Sebab in prinsipal, it's tally with fundamental Islamic tenets. Ulamak tersohor & established pun mengesahkan hal ni & paham keperluan politik dalam mengembangkan Islam.. sejarah membuktikan.

    BUT sadly, UmNo & ejen dia pulak terbalik kut. Deme dah "berjaya" tutup, mengkaburi hal sepenting ni daripada pengetahuan umum. To me, 1 "penjajahan minda" kepada orang Melayu-Islam, imo !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Like other human we make mistakes. But as leaders their mistakes are more pronounced than ours.

      Kalau orang bukan Islam boleh ikut sistem pemerintahan yang terbaik, maka yang Islam harus lebih knowledgable.

      Yong jahil dan masih belajar.

      Delete
  4. DeeDee Yong...

    Patutla gua diklasifikasikan sebagai syiah... Hanya kerana gua menceritakan sudut pandang yang berbeza bagi isu Syria..... Aiyo,,,,

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Sabor jer ler. Yong tak komen bab Syria ni sebab tak faham.

      Delete
  5. Must UiTM be imputed for this man's doing wrongdoing? Real jokers some men are! and Alas! no one seems to care whatever is happening to the "rakyats" in UiTM. as it is apparent that a new VC is still not in sight! OMG why is this hesitance? the" rakyats" are suffering enough!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jane Duncan

      Entah le. Apa pihak berkuasa nak buat dengan UiTM nak buat Yong tak tau. Mudah-mudahan UiTM dapat VC yang Islamic.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.