Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 12 December 2013

TAHNIAH DR SITI MARIAH KERANA DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN PESURUHJAYA PAS, SELANGOR

AMARAN! INI BUKAN EDISI MENGAMPU!

TAHNIAH YB DR SITI MARIAH.


Tahniah kerana berjaya menembusi siling kaca kepimpinan PAS.

Tahniah kerana YB terpilih menjadi salah seorang daripada penasihat-penasihat yang mampu menjamin kebajikan dan keselamatan kami serta anak-anak kami yang telah dianggap oleh Presiden PAS sebagai anak-anaknya sendiri.

Tahniah kerana YB terpilih untuk membawa kejayaan ke Putrajaya dan menamatkan segala kepayahan yang kami lalui sejak lebih setengah abad, agar anak-anak kami tidak menderita seperti kami.

Mengapa Yong tidak memberi tahniah kepada Pesuruhjaya PAS yang lain?
Apa? Tak adil?

Ah! Tak perlu... Tiada siling kaca buat lelaki.

MAAF,

Muslimat bukan hanya untuk memenuhkan korum dalam mesyuarat.
Muslimat juga bukan semata-mata perayu undi.

CUMA,

Tolong ingat juga kepada tukang pasang bendera, tukang susun meja, tukang cetak banner, tukang edar brosur, tukang cari duit, tukang kemas tempat ceramah...dan lain-lain... Semua individu ini tiada gelaran "ulama" tetapi ikhlas!

Jangan hanya jadi penyambung legasi!
Jadilah pencipta sebuah legasi!
 
PAS FOR ALL

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.