Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 31 March 2014

PESAWAT TIDAK KONA BARING: KAPTEN NIK AHMAD HUZLAN (VIDEO)

Lihat sendiri dua video ini:

 

Tabloid dari luar negara Daily Mail dan Mirror begitu galak menfitnah Kapten Zaharie. Kononnya fikiran terganggu dan entah apa lagi. Yong tidak bagi link kerana tidak mahu terlibat menyebarkan fitnah.

Tetapi menurut Kapten Nik Ahmad Huzlan, berdasarkan lakaran baru, pesawat telah dikendali dengan baik. Ia bukan kona-baring. Maknanya penumpang tidak akan terasa kapal terbang itu membuat pusingan.

Adakah pilot yang otak/emosinya terganggu boleh mengendali sebuah jumbo jet dengan baik??

Diberitakan Nik Ahmad Huzlan ialah seorang pakar.

Kat bawah ni pula video pandangan Kapten Nik Ahmad Huzlan, pada hari ke 13.



Yang patut kona baring ialah Kapten Nik Ahmad Huzlan. Ini kerana sampai hari yang ke 23, masuk hari 24, apa yang ditemui yang katanya "inilah dia" di Selatan Lautan Hindi hanyalah sampah sarap.

Mungkin pesawat MH370 tidak menghala ke Lautan Hindi Selatan.

Bagi semua pengendali dan pengguna media: Berhentilah memfitnah Kapten Zaharie. Apa yang kita baca dan dengar hanya spekulasi.

Kesianlah pada keluarga Kapten Zaharie.

Bagi yang ingin membaca pandangan alternatif sila baca blog C++ di sini.

Bab sampah Yong dah tulis di sini dan di sini

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.