Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 1 April 2014

YONG MIMPI MENDONGAK KE LANGIT NAMPAK PESAWAT TERGANTUNG DI AWANG-AWANGAN LAUTAN HINDI SELATAN

UMUM TAPI TAK SEBUT?

Nak kata lawak, demer ni bukan pelawak. Demer ahli politik. Bukan kecik punya ahli politik, tapi tahap menteri!

Ada ke logik penerbangan pesawat berakhir di Lautan Hindi Selatan, tapi tak terhempas??? Apa kejadah mencari serpihan pesawat di Lautan Hindi Selatan kalau pesawat tak jatuh di situ???

Ini semua nak cover teori menuduh pilot Kapten Zaharie... sedangkan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sendiri seperti yang dlaporkan New York Times tidak menemui sebarang bukti yang boleh mengaitkan juruterbang MH370 dengan kehilangan pesawat itu.

SILA BERSIHKAN NAMANYA

Malam tadi Yong mimpi nampak banyak pesawat, kapal, robot mencari serpihan pesawat di lautan Hindi Selatan. Tapi yang demer dapat cuma sampah-sarap jer. Yong mendongak ke langit, nampak pesawat sedang tergantung di awang-awangan. 

Betullah rupanya seperti kata PM pesawat berhenti jer di ruang angkasa Lautan Hindi Selatan, bukan jatuh terhempas!

Jangan tanya Yong demer makan minum ke tidak.

Menteri juga asyik ulang-ulang, "We are not hiding anything."

Selalunya kalau asyik dok ulang-ulang cakap benda yang sama, maknanya ada sesuatu yang disembunyikan.

Setahu Yong, setakat ini benda yang tergantung di awang-awangan hanya satelit jer. Macam-macam nama satelit tu...sumer perabih duit jer. Sejak kehilangan MH370, kerja demer mencerap sampah. 

Satelit sudah jadi bahan cemuhan dalam media sosial. Antara nama-nama yang disebut ialah:

Mai sat
Tunggu sat
Singgah sat
Tengok sat 
Langsat
Bangsat etc...etc...

Jangan salahkan media sosial kalau demer sinis.

Adakah tahap pertahanan kita mantap? Berikut keratan akhbar Utusan Malaysia keluaran 12 Julai 2007:

RUPANYA DAH LAMA DENGAN SINGPURA PUN MALAYSIA KETINGGALAN (SUMBER)

Bila asyik ulang-ulang ayat yang sama, menyalahkan Pakatan Rakyat atas bala yang menimpa Malaysia, akhirnya pekung sendiri akan terbuka.

Ah! Mimpi indah ini amat kejam rupanya!

N3 terdahulu:

pesawat-tidak-kona-baring-kapten-nik.html
sampai-masanya-mas-bersihkan-nama.html
tupai-bakal-jatuh-dari-pesawat-gergasi.html
perang-satelit-pulak-dahvideo.html

7 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Diorang gantung pesawat tue pakai tali tangsi ker atau tali pancing??? Hahahaha ... Lawak la diorang nih....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Camne nak buat bagi pesawat tu turn dengn elok kat Beijing atau KLIA?

      Delete
  2. Mimpi berwarna ke atau hitam putih? Jika ada rakam video atau gambar pesawat semasa mimpi itu, tolong kongsikan.

    ReplyDelete
  3. Mungkin kod awak ni tak paham bahasa melayu.. banyak sangat fikiran nagative

    ReplyDelete
    Replies
    1. yusri haneefa,

      Siapa yang tak faham bahasa Melayu?

      Awak eja kot, jadi kod. Kod itu bahasa Melayu bagi code.

      Dalam bahasa Melayu negative menjadi negatif, bukan nagative.

      Lagipun, bagi istilah Melayu, "M" mesti ditulis huruf besar, bukan hanya kerana ia noun, tapi kerana menghormati bangsa itu. Ada faham?

      Delete
  4. yong tau tak kenapa yusri haneefa tu tak paham bahasa melayu? sebab dia tu mamak.Yong nak tahu macam mana nak kenal mamak? tengok ejaan nama dia ...kalau ada huruf "e" berganda sah mamak ler tu..mamak pelingkup orang melayu..ee mamak

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.