Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 27 April 2014

JANGAN MARAH JIKA OBAMA TIDAK IKTIRAF ROSMAH SEBAGAI FLOM (PT 1)


Semua orang yang berakal tahu, Obama datang ke Malaysia sebab agenda nak melestarikan kawalannya dalam dunia - politik, ekonomi, sosial, keselamatan, semua sekali.

Agenda itu hanya presiden jer boleh buat.

Bini duduk rumah. 

Jadi, dia datang sorang jer... 

Itupun dah berbulan-bulan segala jentera berada di Malaysia.


OBAMA DAN US FIRST LADY BERGAMBAR DENGAN NAJIB DAN "FLOM "

Oppps silap! Yang di atas itu gambar tahun 2013 masa Najib mengampu Obama di US. Yang sekarang gambar di bawah:

YDP AGONG MEMPERKENALKAN PERMASURINYA, THE REAL FLOM

Dalam majlis makan malam negara (state banquet) di istana, kita nampak Raja Permasuri Agong. Tapi oleh kerana Obama tak bawa isteri, maka tak dapatlah "FLOM" tumpang glamor. Duduk jauh-jauh jer. Kesian!

MANA ROSMAH "FLOM"? TAK MASUK FRAME?

Mengapa Obama melawat YDP Agong? Mudah jer jawapannya...Sebab YDP Agong Ketua Negara (Head of State) dan Ketua Tentera Malaysia. Macam Obama gak. Dia Ketua Negara dan sekaligos Ketua Kerajaan dan Tentera (Head of State and Government, Commander in Chief of the Armed Forces). YDP Agong juga Ketua Tentera. Jadi, demi memenuhi protokolnya dia kena hormat YDP Agong.

Bab siapa Ketua Negara dan Siapa Ketua Kerajaan di Malaysia ini ramai macai buat-buat tak tahu... Sebab itu isteri PM mengaku dia FLOM. Sedangkan FLOM yang sebenarnya di Malaysia ialah Permaisuri Agong.

Adakah Obama menghina "FLOM" Rosmah?

Bagi yang tak faham-faham juga, tolong buka buku Perlembagaan Malaysia. Sebagai rujukan Yong petik yang terpenting saja:

BAHAGIAN IV - PERSEKUTUAN Bab 1 - Ketua Utama Negara 

Perkara 32. Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya. 

(1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di- Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV. 

(2) Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi
keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong. 

Perkara 35. Peruntukan Diraja bagi Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya dan saraan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. 

(1) Parlimen hendaklah melalui undang-undang* memperuntukkan suatu Peruntukan Diraja bagi Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah termasuk peruntukan untuk membayar anuiti kepada Raja Permaisuri Agong, dan Peruntukan Diraja itu hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan dan tidak boleh dikurangkan semasa Yang di-Pertuan Agong memegang jawatannya. 

BAHAGIAN IV - PERSEKUTUAN 

Bab 3 - Badan Eksekutif 

Perkara 39. Kuasa eksekutif Persekutuan. 

Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang- undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain. 

Perkara 40 - Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat. 

(1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri. 

(1A) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu. 

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu: 

(a) melantik seorang Perdana Menteri;
(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen; 
(c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu, dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini. 

Tolong bagi pencerahan, kat bahagian mana Perlembagaan Persekutuan ada peruntukan tentang isteri Perdana Menteri yang mengaku dirinya "FLOM" itu?

Selain jumpa YDP Agong, kabarnya Obama akan berjumpa Bersih dan beberapa NGO yang mengkritik Kerajaan.

PERKASA, JATI, ISMA, PEKIDA MASUK TAK?

Ada sesiapa yang menggeletar seluruh badan seperti ketika mendengar MH370 hilang di udara dulu?

2 comments:

  1. Atte dah le usei kume bace atikel miker di ateih tu, ade terjumpe le satu ayat dengan satu pekataan aje .... kesian! Ade ke kesian tu aje yg sebenonye ye ke ato seghope macam kesian dalam ceghite madu tige P. Ramlee? Kalo pade oghang jenih tak sedokan dighi, nak kesian buat menyeghonjangkan hape!!! Oppss, tekaso le pulak.
    Oghe Ganu kecek, jange wi muko kek sstino tu skek pong. Hok laeng ambo tok se nak ghoyak, nanti panje bejele pulok.

    ReplyDelete
  2. Salam ahmad salleh

    Emak kita kalau kita memanjat pokok, dia kata "Ha..panjat lagi tinggi!" Maknanya dia suruh kita turunle tu. Hahaha...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.