Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 13 August 2014

BINGKISAN DARI TUKANG TAMPAL POSTER BUAT PEMIMPIN PAS

TANPA PENYOKONG, TIADALAH PEMIMPIN

Boleh dikatakan bingkisan berikut adalah representasi tukang tampal poster, tukang gantung bendera, perayu undi, pengurus/penyelaras majlis/ceramah, keyboard warriors dan seluruh gerak kerja PAS yang amat berdukacita terhadap apa yang berlaku di Selangor. 

Inilah bingkisan yang datang dari golongan yang tidak mendapat apa-apa itu. Yong panjangkan. Sila baca.

YONG NO COMMENT.


UNTUK KAWAN..!!

Kawan...!! Jangan khianati kepercayaan rakan Pakatan Rakyat hanya kerana untuk mempertahankan Presiden dan Setiausaha Agung kamu. Pas untuk Semua. Pas tidak akan menjadi Rahmat kepada semua jika Presiden mengekalkan kuasa Veto tanpa mengambil kira Syura Muktamar dan Syura Jawatankuasa Pas Pusat. 

Kawan...!! Jangan kamu hanya mengambil kira kesenangan kamu sehingga membelakangkan rakan-rakan yang pernah bersama kamu ketika menghadapi Pilihanraya. 

Kawan...!! Jangan kamu lupa, yang memberikan undi kepada kamu ialah pengundi yang mahukan Pakatan Rakyat berkuasa bukan hanya untuk Pas memiliki kuasa persendirian.

Kawan...!! Jangan kamu di hukum oleh pengundi dengan cara menghumban kamu kalah dalam PRU14 kerana sikap kamu yang hanya mementing diri sendiri.

Kawan...!! Musuh kamu yang utama ialah Umno dan Barisan Nasional bukannya rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat.

Kawan...!! Kamu mendapat elaun ADUN dan Ahli Parlimen kerana rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat. Tidakkah kamu merasa bersalah mengambil elaun tersebut sehingga berani meninggalkan Pakatan Rakyat. 

Kawan...!! Kamu bercakap soal ugama tentang amanah dan janji benar tetapi dalam masa yang sama kamu seolah-olah mengkhianati janji-janji kamu kepada Rakan Pakatan.

Kawan...!! Kamu bercakap tentang Wala' kepada Pemimpin tetapi kamu lupa untuk Wala' kepada Syura Muktamar yang telah kamu putuskan bersama dengan ahli ketika kamu mengambil mandat Muktamar. 

Kawan...!! Pengalaman mengajar kita kezaliman Umno ketika kita sama-sama memperjuangkan demokrasi. Tetapi hari ini kamu di lihat senada dengan Umno di dalam beberapa hal.

Kawan...!! Dengarlah rintihan kami ini dan penyokong kamu. Jangan di lupakan sama sekali kamu yang kini berada di atas kerana ahli kamu dan sokongan pengundi kamu.

Kawan...!! Selesaikanlah masalah ini secepat mungkin untuk mengelakkan anggota bawahan dan kepimpinan sesama kita tidak berbalah sehinggakan membawa berantakan keretakan hubungan sesama sendiri. 

Akhirnya... Kawan...!! Sekali lagi kami merayu kepada kamu, mohon di selesaikan dengan bijak masalah ini secepat mungkin.

10 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Mana boleh dinasihat... mana boleh ditegur... mana boleh dibagi pandangan...... Diorang lagi "FAKEH" la...

    Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. saya setuju .. jangan menjadikan kami seperti manusia yang tiada nilainya..saban malam kami bersengkeng mata menghadiri ceramah , meninggalkan anak di rumah semata-mata ingin bersama-sama dengan pakatan . Skg seolah-olah PAS tidak serius dlm menyelesaikan masalah ini.. yang menjadi tandatanya kenapa 17 hb baru nak bincang sedangkan perkara ini dah makin melalut..

    ReplyDelete
  3. benar sekali harapan petugas2 tu.Majlis Syura bertindak benar kerana mempertahankan kepentingan rakyat dan hasrat rakyat selangor yg mahu nasib mrk dibela.masalah prtukaran MB tdk sesuai pd masanya.x habis2 dgn masalah.buktikan PR mngutamakan rakyat,bukan parti!

    ReplyDelete
  4. Piirah.. jangan nak tipu kat blog. Yang tampal poster dah lama menyampah dengan pkr yg gila duit. Itu realiti!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mazwansi adakah kamu dalam, pakatan?,apa yang ditulia adalah benarPAS taada peruntukan seperti BN,keseluruhan belanjawan setiap DUN dari pokek kami yang ingin kemenangan,kadang kami terpaksa ambil cuti,alhamdulillah untuk makan minum mencurah2 dari penyokong PR,arini kami sebagai ahli dan penyukung PR memuhun pada pucuk pinpinan PAS terutama Presedent kesianlah pada kami yang mengharapkan suatu masa PR akan memerentah Malaysia walau pun kami dicaci cerca oleh saudara mara kami dari umno tapi kami tetap bersabar dan bersama dg PAS,apakah yang akan kami jawab nanti yang selamani kita mengatakan yang umno tak islamik,munafik,perasuah,salah guna kuasa tapi sekarang kita dibibit2 menjilatnya.

      Delete
  5. Wahai pemimpin Pas, buka lah hati kamu sekalian untuk mendengar rintihan kami. Kami berjuang berhabisan untuk menghapuskan kezaliman UMNO yang sekian lama memerintah. Siang malam kami berkerja keras, dihina dan dicaci oleh puak2 UMNO supaya PR dapat menghapuskan kezaliman. Setelah kami berjaya di Selangor dan pengorbanan kami direstui Allah, kini dengan mudah kamu nak runtuhkan pakatan PR. manusia apa kamu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu berjuang sekadar nak tumbangkan umno,perjuangan anda masih jauh dari kebenaran. Tumbangkan umno berkawan dgn DAP yg terang2 tentang hudud. Sama saja. Kalau benar anda PAS, sila hormati pemimpin anda yg agak mustahil akan memilih jalan yang salah dan gadaikan kepentingan rakyat dan islam. Kena ambil kira segala hukum dan maslahah tertentu sblum buat sesuatu keputusan.

      Delete
  6. kita sudah kenal hatinbudi pemimpin pas.. PRU ada lagi...
    kita undi yang bukan UG sahaja..

    ReplyDelete
  7. pas join umno lah..hadi jadi menteri, nasa temerloh jadi timbalan..ada driver elaun pun byak..tukang tampal postet...piraah lu sapa

    ReplyDelete
  8. ramai btul penymar kat sini, ntah2 rba kot..merayu rayu,,bagai..sian! atas pgr umno-inclined

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.