Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 16 September 2014

BAJU YANG HENDAK DIBASUH TU KENA DIBUKA, NIK ABDUH

Yong tak pernah mengkritik Nik Abduh dalam Blog. Bukan apa, sebab Yong hormat pada ayahnya.

Kini, Yong kesian pada ayahnya.

Maaf Tok Guru. Yong bukan kritik Tok Guru.

Kalau boleh Tok Guru baca response Nik Abduh terhadap kritikan Mat Sabu:

NIK ABDUH TERASA KAH?

Kalau ikut response ini Nik Abduh nak basuh bajunya tanpa membuka baju itu.

Macam mana?

Nik Abduh nak masuk ke dalam washing machine bersama baju dia yang nak dibasuh?

Nak tergelak pun ada di atas respon yang kebudak-budakan...

Okay, Nik Abduh sedang bermetafora...

Tapi nak bermetaforapun, kena sesuai dengan objek yang digunakan sebagai metaphor (metafora).

Kita lihat kembali apa kata Mat Sabu...

MAT SABU GUNA "JOKOWI" SEBAGAI OBJEK METAFORANYA

Dia tak suruh PAS "telanjang."

Dia sebut "mereformasi" dan "menaik taraf." Dia bukan kata kena buat "revolusi" dan "overhaul." Dia tak sebut "organizational restructuring" pun.

Maknanya dia hanya mahu PAS basuh baju yang dah hapak itu.

Payah sangat kah?

Kalau dah orang lama dalam politik PAS, pakar dalam sepak terajang politik Malaysia, pun tak boleh tegur, nak jadi apa?

Kenapa Nik Abduh takut kepada naik taraf (upgrade)? Adakah Nik Abduh sudah sampai tahap yang tidak perlu lagi upgrade? Jawapannya terletak pada ayat terakhir dalam petikan berikut:

CUMA HARAP BACKUP DARI AYAH

Kalau mahu jadi pemimpin, jangan sombong.

7 comments:

  1. Didi Yong, dia nak jadi Mr. Bean.

    ReplyDelete
  2. Ada juga orang Pas yang Bodoh Dan Malas.

    ReplyDelete
  3. Dua perkara yg harus di Amati oleh genarasi y pas terutama yg aliran agama
    1. Menyediakan diri dg biah terkini
    2. Jangan sombong, ia bukan sifat ulamak

    ReplyDelete
  4. Pemimpin adalah anugerah Allah bukan jadi Pemimpin dg membentuk diri melalui pembelajaran. Pemimpin yg dibentuk akan jadi haru biru bila ada masalah yg diluar dari pembelajaran mereka. Syabas Mat Sabu dan komen Yong yg begitu bernas untuk Nik Abduh. Pemimpin yg dibentuk selalunya bersikap sombong ma sbb dia tak kenal dirinya sendiri.

    ReplyDelete
  5. DeeDee Yong ....

    Hahahaha...... Nik Abduh...... Hahahaha.... no pun intended..... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  6. Bukan saja Mohd Abduh malahan Golongan yg berpendidikan Ugama yang seusia denganya sering saja dengan secara sinis menyarankan Ahli Qariah Masjid yg mendengar Kuliah Ugamanya supaya belajar supaya menjadi lebih cerdik dan memahami Ugama dan siasah supaya menjadi lebih cerdik. Sayangnya golongan muda ini tidak tahu yg mendengar kuliahnya terdiri daripada sebagian besarnya adalah golongan profesional yg celik Ugama malahan ramai dari mereka merupakan pensyarah dan profesor di Universiti yg termasuk mengajar dalam bidang Ugama sendiri. Yg pelik mereka merasakan apa yang disampaikan teramat hebatnya sedangkan tak jauh bezanya yg disampaikan oleh Tuan Imam di Kampong saya yg sama berbendang Padi dengan penduduk Kampung di era 70 han.

    ReplyDelete
  7. Boleh jadi inilah hasil produk 'turn over' yg berjaya semasa diISAkan dulu.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.