Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 10 December 2014

ADAKAH KEPIMPINAN ULAMA MERESTUI PERBUATAN MELABEL "JEBON"?

Perhati baju budak-budak ini:

MACAM INI PUN ADA?
Besarkan gambar:

BUDAK-BUDAK TU ANTI APA?

Facebook PASMA dan logonya:

APA HUBUNGAN PASMA DAN JEBON?

Anti Jebon atau anti PASMA?

Sudah tentu tiada hubungan antara PASMA dan JEBON. PASMA sebuah organisasi yang dipimpin oleh manusia. Jebon sejenis haiwan.

Kalau anti PASMA, sebut saja anti PASMA. Mengapa memalukan diri sendiri dan institusi yang kononnya mengkomer sanjung?

Perkataan Jebon itu adalah label yang direka oleh golongan yang mengaku menyokong kepimpinan ulama, seperti mamat ini:

BEGINIKAH AHKLAK ULAMA?

Mengapa Ulama diam apabila segelintir pemimpin/penyokongnya aktif melabel pemimpin lain dengan nama haiwan?

Apakah mesej yang mengkomer hendak sampaikan kepada golongan Islam di seluruh dunia? Apakah gambaran yang hendak mengkomer tonjolkan kepada bukan Islam?

5 comments:

  1. Tak bolih salahkan dia sebab muka dia pun macam jebon,sebab tu dia suka jebon

    ReplyDelete
  2. jangan la hampa dok kritik pimpinan PAS, depa tu semua maksum.

    ReplyDelete
  3. Bior la Yong...sebab saya pun tengah tempah T-Shirt bertulis "Saya anti Din Ayam". Ayam pun masgastua juga......sejenis haiwan....

    ReplyDelete
  4. Yong

    PRU 2008 adalah satu milestone dalam sejarah politik negara kita. PRU 2008 merubah arah politik dari era stail politik lama kepada satu era politik baru. Kita sedang mengharungi new uncharted water baik bagi rakyat maupun parti-parti politik yang ada.

    Era baru ini memperlihatkan sebahagian besar parti-parti politik yang ada masih terkapai-kapai mencari tapak kukuh untuk menyesuaikan dengan era baru ini. Kita lihat bagaimana UMNO Baru tercunggap2, parti-parti komponen BN yang lain juga terkapai-kapai.

    Dipihak pembangkang juga menghadapi masaalah yang sama tetapi, kecuali PAS, PKR dan DAP telah menunjukkan mereka bergerak slowly to embrace perubahan ini.

    PAS berada dalam situasi sama seperti UMNO, terkapai-kapai mencari rentak dan platform kukuh untuk menyesuaikan diri dengan suasana politik baru. Dalam 6 tahun ini kita lihat ada segelintir pemimpin PAS dari golongan "agamawan" kelihatan kebingungan bagi menghadapi realiti baru ini dan menyesuaikan peranan mereka untuk participate mengurus kejayaan yang diperolehi oleh PAS melalui PR didalam PRU 2008.

    They seem to lost bagaimana mereka perlu berperànan didalam setup politik baru apabila PR berjaya memerintah 5 negeri. Mereka mendapati diri mereka berada didalam situasi asing dari peranan mereka sebelum ini. Jadi, kita tidak boleh salahkan mereka sepenuhnya apabila mereka berasa terancam dengan perubahan baru ini. Ini reaksi biasa manusia. Orang kata insecurity. Peranan tradisional mereka kelihatan semak8n mengecil dan peranan MENGURUS ( managing) kemenangan yang diraih didalam PRU 2008 itu menjadi semakin penting dan keutamaan.

    Saya berpendapat timbulnya puak UG didalam PAS adalah dari kesan ini. Segelintir "agamawan" yang berjawatan didalam PAS merasa kedudukan dan pengaruh yang mereka nikmati s3belum ini terancam. Mereka juga mungkin menyedari bahawa kebolehan mereka diluar bidang agama yang diperlukan untuk mengurus kejayaan pasca tsunami 2008 tidak semantap kebolehan yang ada pada golongan profesional didalam PAS.

    Sebenarnya pandangkan mereka tersilap. Kejayaan yang diraih oleh PAS pasca tsunami 2008 bermula dengan usaha yang dimulakan oleh mereka. Ia semacam larian berganti-ganti. Golongan agamawan adalah 1st dan 2nd runners. Atas usaha mereka, PAS berada didepan. Golongan prof3sional adalah 3rd and 4th runners. 3rd and 4th runner hanya melengkapkan kemenangan yang dirintis oleh 1st and 2nd runners! 1st, 2nd, 3rd and 4th runners made up the winning team samalah bagaimana gabungan golongan agamawan dan profesional berpadu dibawah PAS berpadu s3hingga menghasilkan kejayaan didalam PRU 13 yang lalu.

    .....bersambung.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.