Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 30 January 2015

DULU KATA WAN AZIZAH TIADA KEBOLEHAN, SEKARANG MUSTAFA ALI CAKAP APA?

Mungkin ada yang kata tajuk ni pelik. Masa sudah berlalu, tak perlu ungkit. Lagipun Azmin Ali tu kaki terjah ala-ala Jokowi, Presiden Indonesia. Wan Azizah tak mungkin boleh terjun ke dalam parit atau berkejar membantu Kelantan meranduk air paras dada. 

Wan Azizah seorang perempuan yang serba tiada kebolehan. Kata Presiden PAS.

SUMBER ASTROAWANI

Hari ini Setiausaha Agong PAS pilihan Presiden PAS "memuji" Wan Azizah.

Subhanallah, Wan Azizah berkebolehan rupanya walaupun Anwar Ibrahim berada di dalam. Berani sungguh Mustafa Ali menentang pandangan Presidennya mengenai kebolehan Wan Azizah sebagai pemimpin.

SUMBER TMI

Mustafa Ali terpaksa menelan balik ludahnya setelah disindir oleh warga media sosial kerana kenyataannya:

SUMBER TMI

Seperti dijangka, Mustafa Ali menyalahkan media kerana "silap lapor."

Dulu kita kata UMNO paling kuat main wayang. Pemimpin-pemimpinnya asyik lok-lak. Tapi kini penyakit ini sudah berjangkit kepada pemimpin PAS. 

Selalunya penyakit berjangkit jika kita sering "in contact" (berhubung) dengan pembawa penyakit.

Oleh kerana itu Yong selalu ingatkan diri sendiri kerana Allah SWT telah memberi peringatan melalui FirmanNya:

Surah 49. Al-Hujurat, Ayah 11

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ 

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Sudah pasti para agamawan lebih maklum tentang ayat di atas kan?


9 comments:

  1. Berusaha sedaya upaya yg boleh untuk menegakkan benang basah. Ketidakikhlasan tetap terpapar jua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad salleh

      I don't know how they can stoop that low to make a wet thread stand. Hahaha...Betul ke ayat ni?

      What goes around comes around

      Delete
  2. Tanpa Anwar nak tengok macam mana Azizah punya kebolehan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kapak Singh

      Agaknya Kapak Singh tiada lagi pada tahun 1998 kot?

      Delete
  3. Salam kak yong. Teman rase bersalah ler pulak sbb lama tak online @ blogging ni ! hehe.. maap 1x .. nak delete Hanz from the list pun teman ok aje !

    Some on PAS - alas, sebijik macam apa some in UmNo kabor selama ni & yg kita tak berkenan sangat - dah kanje@ kantoi & suffer the Effect from their past (wrong) deed @ cause ! Padan pun ! They deserved it ! Tepis jangan tak tepis. Statement biasanya Flip flop & demer pulak cakap kita tak paham "apa tersirat" ? haha

    Perhaps.. ni kes "Cakap tak ingat", pastu banyak dah terlajak kata. Niat demer dulu tu mungkin betui tapi dah ter"over" Offensive serang peribadi orang, terlebih ayat@ ngembong, cakap tak berlapik.

    Their antics dah becoming liability for all to see ... which we'd pare down...now rather than later !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Baru Yong nak tanya mana pergi miker menghilang? Sedang mencari MH370 ker?

      Itu le pasal. Allah SWT dah bagi ingat. Jangan memperlekehkan orang, Jangan merendah2kan orang lain. Jangan melabel2kan orang lain.

      Yong tak sekolah agama. Tak tahu cakap arab. Tapi Yong amat faham maksud surah Al-Hujurat ayat 11 itu.

      Sekarang terkena pada diri sendiri.

      Delete
    2. Presiding tgganu... SU pong tgganu.... Tapi apa yg hebat/bagus PAS tgganu???

      Delete
  4. What really matters,more to see next,borrowing Hanz word ngembong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..Din Shah !

      Orang ataih PAS yg jenih tahu "ngembong & nge-lat" sana sini - coasting through, dawdle away too much in the PAS. Once lie, they WILL always lie to us ! Ciri-2 Munafiqin tu kan? Nauzubillahi minn zalik !

      Waste of space, aje ! Get rid of 'em ...ASAP ...or PAS akan merge dgn UmNo for those hidden agenda & interests !

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.