Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 27 January 2015

JANGAN SAMPAI KAMI MENINGGALKAN BAHTERAMU WAHAI BAPAKU

Wahai Bapaku,
Andai benar bahtera ini sedang belayar untuk sampai ke pulau,
sampai pada maksud asal pelayaran ini,
mencari kebajikan buat semua;
Maka peganglah kemudi itu dengan sepenuh tenagamu, 
agar pelayaran ini tidak melencong,
kerana taufan dan badai yang melanda amat dahsyat nafsu serakahnya… 

Wahai Bapaku,
Andai benar bahtera ini diperbuat dari kayu belian yang kukuh,
diserikan dengan ukiran cengal yang indah menawan dan gemilang,
lalu ia mampu menahan resapan masinnya air laut;
Maka gilaplah ia dan sanggalah kelestariannya,
biar ia sampai ke pulau itu dengan penuh gaya.

Wahai Bapaku,
Andai benar bahtera ini dikendali oleh pakar yang arif lagi bijaksana,
yang istiqomah memegang kemudinya, 
menjaga jenteranya dan mengawasi enginnya,
lalu ia bisa belayar dengan penuh iltizam dan harmoni;
Maka rapatkanlah kesepakatan mereka,
Demi mencapai matlamat yang didukung bersama.

Wahai Bapaku,
Andai benar bahtera ini dipandu oleh para ulama, 
yang masyhur di alam semesta,
memiliki kepelbagaian ilmu yang bisa mencerakin isu dan masalah semasa,
dan membuat keputusan yang matang sesuai dengan zamannya;
Maka perlihatkanlah amalan siddiq, amanah, tabligh & fathonah itu, 
agar dapat kami contohi dan hayati sebagai cara hidup kami.

Wahai Bapaku,
Anakmu menaiki bahtera ini dengan harapan akan sampai ke destinasinya,
demi memusnahkan para munafiqun yang mencemarkan kesucian agama,
yang selama ini menyusahkan hidup kita melalui kebejatan mereka;
Maka Janganlah berpatah balik menyonsang arus dan angin,
kerana kami tidak redha kembali dengan tangan berbau tahi, 
dan berputih mata.

Wahai Bapaku,
Di belakangmu masih ada kami yang juga memiliki kepelbagaian ilmu, 
buat persediaan menempuh cabaran dunia dan bekalan di akhirat;
Jika bapaku letih, berehatlah;
Kerana kami tidak berat hati, 
dan kami juga mampu memimpin, 
demi perjuangan menerajui kedaulatan Islam, 
dan melestari kesejahteraan rakyat.

Wahai Bapaku,
Tiada yang kekal di Dunia ini;
InsyaAllah...
Bahtera ini akan kami pandu sehingga sampai ke destinasi.

Wahai bapaku,
Jangan cabar kami meninggalkan bahteramu.


6 comments:

  1. nak buat camane, bahterapun bahtera palsu. untuk menang perang di samudera luas, kukuhkan bahtera, ampuhkan angkatan perang. ini bukan setakat bahtera terhuyung hayang, tiang layarnya patah, nakhoda selalu tak buat kerja, malah angkatan perangnya lebih banyak berdikir barat dan bermakYONG daripada mempersiapkan pasukan. jangan bimbang apa2 yong, bahtera palsu memang wajar ditinggalkan, carilah bahtera lain atau tinggalkan perang.

    ReplyDelete
  2. salam yong...
    hebat puisi yang sarat setibu makna....yong terjun saya, adek-adek, pak ngah mak lang semua akan terjun....sayang seribu kali sayang....pulau harapan sudah nampak berbalam nakhoda pulak turunkan sauh mahu berfikir sejenak.....

    ReplyDelete
  3. Kpd yong. generasi lama lbh inginkn bsatu dgn umno kecuali tgna, tht y diaorg xpenh pikir bhwa yg mnaikkn mereka adlh org bwh byk generasi baru jika bgini sikap presiden xperlu kita btempur ngn umno biar sj diorg mng... Org ats pas lgsg tk mghrgai penat Lelah org bwh dlm pas, jika dlm umno org jg ada dpt habuan tp org atsn pas lgsg xmghrgai bila mereka dh dpt tmpt itu yg blaku kt kjaan pas kedah at last tumbg dek kesombongn org ats pas..

    ReplyDelete
  4. Nakhoda tua dah asyik lelah,
    Tak lepaskan kemudi setelah disambut,
    Perasan dirinya masih sihat,
    Bahtera molek pun boleh kalah,
    Kenapa gagal untuk memecut?
    Adakah kerana tak ikut nasihat?

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Thinking of jump ship? Is it really sinking soon? In a sorry plight? haha... jangan kita susah hati.. not the end of the world just yet... kita boleh cuba tukor management baru dulu .. tengok ke mana hala tujunya demer boleh bawak kita ?!

    Kapal layor Perikatan dah jadi kapai BN @Pirates of Curly-ban @ Boleh-land ! Kapai hat PAS ni mungkin boleh jadi expired lama lagi CUMA the power that be kena ditukor dengan demer yang lebih bijak sana, ikhlas, cekap kerja... + kurang cakap (buat ceramah, press) ! Kalau tak, sampai bila pun kapai ni takleh kejor, potong kapai umNo-BN dah orang yg bawak PAS ler ni, suka main pusing-2 go in circle, aje ..macam dalam funfare tu ler ! hehe

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.