Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 6 January 2015

MENGAPA ADA CATATAN "PAKAI MUGSHOT NIK ABDUH SAHAJA" DALAM UTUSAN ONLINE? (UPDATE)

Ini Utusan Online:

MUGSHOT? (SUMBER)

Mula-mula Yong ingat komputer Yong kena virus. Tengok dua tiga kali memang ada statement "PAKAI MUGSHOT NIK ABDUH SAHAJA." 

Mungkin ia catatan atau arahan untuk meletakkan gambar Nik Abduh sebab tak ambik gambar ketika dihubungi Utusan (melalui telefon??). 

Apa erti MUGSHOT?

Menurut Merriam-webster dictionary edisi online, MUGSHOT bermaksud:

SUMBER: MERRIAM-WEBSTER

Maknanya, istilah MUGSHOT itu digunakan untuk paparan wajah pesalah atau penjenayah. 

Tentunya Utusan tak sengaja tertinggal catatan/arahan itu dalam edisi online-nya. Lepas tulis, lupa nak delete. Sekarang 1Dunia dah tengok.

Kenapa lupa?

Allah SWT buat penulis rencana/pengarang lupa.

Allah SWT tidak buat sesuatu tanpa sebab.

Kesilapan ini mencerminkan kualiti suntingan berita/rencana Utusan.

Tetapi, yang patut kita sedar, itulah sebenarnya pandangan/nilai Utusan, lidah rasmi UMNO, terhadap pemimpin-pemimpin PAS - tak kira yang suka UMNO atau tidak. Gambar pemimpin PAS hanyalah MUGSHOT!

P.S. Utusan dah buang catatan yang menjengkelkan itu. Tak sangka, utusan pun baca blog Yong.

4 comments:

  1. Kah kah kah...kira nasib baik juga tu MUGSHOT, kalau kena BUGSHOT tak ka mampos! Cuba tengok wikipedia apa dia bugshot....

    ReplyDelete
  2. Itu tandanya karya Yong mencapai taraf yang tinggi dan berkualiti, bukan bodek tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Din Shah

      Ala...janganle perli. Yong cuba yang termampu sahaja.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.