Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 3 February 2015

MASA KERAJAAN PR PERAK MENGADAKAN PILIHANRAYA JKKK DULU ADA KAMU BANTAH?

Posting hari ini pendek sahaja. 

Yong hanya nak ingatkan kamu yang menentang pilihanraya PBT yang disarankan oleh Kerajaan PR Pulau Pinang.

Kamu ingat lagi tak?

Kerajaan PR Perak semasa pemerintahnnya yang singkat tahun 2008 itu telah mengadakan pilihanraya untuk memilih JKKK.

Kenapa kamu tidak menentangnya dengan alasan boleh menyebabkan rusuhan kaum ala-ala 13 Mei 1969?

Takkan kamu tak tahu kampung-kampung di Perak itu penduduknya juga berbilang kaum?

SISTEM PERLANTIKAN BERMASALAH (MALAYSIAKINI)

Kenapa PAS kata ia adil?:

USTAZ PUN KATA IA PALING ADIL (MISBAH)

Mengapa apabila Kerajaan Perak yang MBnya dari PAS, buat pilihanraya JKKK kamu tidak bantah? Sebaliknya kamu puji.

Adakah kamu dengki sebab yang berhasrat melaksanakan Pilihanraya PBT di Pulau Pinang itu Cina DAP Lim Guan Eng?

JKKK = Kampung.
PBT = Bandar
Keduanya mewakili penduduk.

Berhentilah bercakap macam kononnya kamu pejuang Melayu tulin!

Kerja yang konon-kononnya pejuang Melayu tulin itu kerja UMNO. 

PAS FOR ALL!

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Yong

    Mase tahun 2008 dulu idakle sempat nak pikiyo pekaghe itu sebabnye sedih bebeno, atte yg dikendong dah tecico. Mase tu penyu menangeh teghoyak sakan, sampe genaghi pun yg dah cico tu tak dapat nak diambik balik. Ni hati dah stabil, tak ade keghoje ade le banyak mase deme tu. Udah tu hati mane boleh senang nengok oghang lain elok je senangnye, ape ke lagi dikocahnye le. Oghang melayu le katekan, ajenye ghope tu......

    ReplyDelete
  2. what to do, kawan baru dah ngajak bersama berUG.
    Gone case and good luck PAS.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.