Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 4 February 2015

SEEKOR TIKUS SEDANG CUBA BERSEMBUNYI

Seekor tikus cuba memperbaiki labu. Tapi caranya ialah dengan menebuk lubang pada labu-labu cantik di sekeliling labu yang rosak itu.

Dia ingat dengan merosakkan labu-labu di sekeliling maka labu yang sebenarnya rosak dan sukar diperbaiki itu akan kelihatan lebih elok.

Sekarang tikus itu sudah kantoi.

Kemana dia nak lari?

Pemilik labu-labu yang cuba dirosakkan itu sedang memburunya.

Bacalah kisah tikus itu pada links berikut:

Bahasa Inggeris:
http://www.theedgemarkets.com/sg/article/exposed-pro-jho-low-blogger-behind-attacks-dr-m-nazir-and-edge-owner-tong

Bahasa Melayu (Terjemahan):
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/terbongkar-blogger-pro-jho-low-di-sebalik-serangan-atas-dr-m-nazir-dan-pemi

Yong tulis ini bukan sebab Yong sokong Chedet atau CIMB. Kita pun tahu mengkomer dapat benih labu itu bukan dari Sayong.

DI SAYONG CUMA ADA LABU TANAH

Tapi Yong bimbang kerana kejadian ini adalah satu penyakit merbahaya yang cepat merebak.

Penyakit merosakkan labu-labu elok kerana nak tutup lubang labu yang rosak ini satu masa nanti bukan penyakit BN sahaja.

SUMBER

Buat diri sendiri dan pengunjung yang sudi, sama-samalah kita berdoa:

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلاَءِ وَ دَرَكِ الشَّقَاءِ وَ سُـوْءِ الْقَضَاءِ وَ شَمَاتَةِ اْلأَعْدَاءِ 

Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari tertimpa bala’ bencana dengan segala kesukarannya, diterpa mala petaka dan berbagai kecelakaan, buruknya suratan takdir dan berbagai kemalangan ejekan serta cemohan dari orang yang memusuhi kami.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat 

Waulahuaklam.

1 comment:

  1. Bulat air kerana pembetung...bulat manusia kerana banyak makan...kah kah kah.....bulat serban kerana pandai membelit kah kah kah...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.