Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 2 February 2015

MASA TUAN GURU NIK AZIZ "DIJATUHKAN" DULU KENAPA TAK BISING?

Mula-mula baca apa ditulis oleh seorang Ketua Pemuda PAS negeri Pahang yang sedang mempertahankan pangkatnya dalam hieraki PAS. Yong tidak ubah walau sebutir ayatpun, termasuk link dia.


CIKGU PA DI PORNOGRAFI OLEH KUMPULAN AJK PAS PUSAT SENDIRI

Berita-berita di dalam media utama hari ini dipenuhi dengan berita Dato' Mustafa Ali atau lebih dikenali sebagai Cikgu Pa mencabar Lim Guan Eng berdebat isu PBT. Lebih panas apabila Cikgu Pa menyebut Lim Guan Eng sebagai celupar. Saya sangat bersetuju dengan Cikgu Pa tentang Lim Guan Eng sebagai mulut celupar, bahkan saya lebih suka sebut sebagai mulut tempayan atau lidah biawak yang bercabang. Sekali begitu, sekali begini. Persis lidah biawak. 

Lebih menggeramkan saya apabila Lim Guan Eng telah memberi 1.5 juta kepada PASMA sebagaimana yang dilaporkan oleh Raja Petra Kamarudin di dalam Malaysia Today. Pemberian duit tersebut adalah bagi tujuan melakukan kempen melawan Tuan Guru Presiden (www.malaysia-today.net/pasma-pas-baru). Ini bermakna, satu pengkhianatan yang sangat jahat dilakukan oleh LGE terhadap pemimpin parti sekutu. Kalau benar Raja Petra bohong, maka samanlah sebagaimana beliau tanpa berlengah mengeluarkan saman terhadap YB Nasarudin Tantawi beberapa bulan yang lalu.

Apa yang lebih jahat lagi, sebagaimana difahami daripada laporan Malaysia Today tersebut, golongan PASMAisme yang dibajai oleh DAP dengan dana RM1.5 juta ini, dijaga dan dibela oleh Kumpulan yang yang disertai oleh AJK PAS Pusat sendiri. Anda semua dapat lihat dengan jelas bagaimana PASMA dibela, dipuji, diberikan ruang dan peluang. Lebih dahsyat, sehingga hari ini penggerak-penggerak PASMA terutamanya Pahrolrazi sendiri langsung tidak diambil tindakan. Bukan setakat tidak dipecat daripada parti, bahkan satu amaranpun tidak dikeluarkan oleh PAS Pusat. Presiden dilihat terkontang kanting mempertahankan parti daripada PASMA. Selain Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, mana pergi Naib-Naib yang dipilih oleh muktamar menerajui parti? 

Kenyataan Cikgu Pa semalam sangat mengembirakan saya kerana sudah agak sekian lama saya tidak melihat jati diri PAS mempertahankan dasarnya apabila diserang oleh rakat Pakatan Rakyat. Rasa hina apabila pemimpin tertinggi parti bukan sahaja tidak mempertahankan parti sendiri, bahkan mempertahankan parti lain dan menghentam Presiden sendiri. Hari ini saya lihat Cikgu Pa bangkit mempertahankan Tuan Guru Presiden. 
Syabas!!!

Tetapi, saya turut menyimpan kebimbangan kalau Cikgu Pa melakukan U-Turn sebagaimana sebelum ini, justeru golongan PASMAisme ini mungkin mengugut beliau dengan video porno. Saya mempunyai maklumat tentang video tersebut, dan saya tahu Cikgu Pa tidak bersalah, sebagaimana tidak bersalahnya Ustaz Azhar Idrus. 

Tetapi apa yang membimbangkan saya ialah, video jahat itu dimainkan semula oleh golongan PASMAisme justeru orang yang terlibat di dalam kumpulan penyebaran ini adalah dikalangan AJK PAS Pusat sendiri, pemimpin kanan dan berada di dalam Dewan Harian PAS Pusat. Sebab itu saya menggesa supaya 'pemimpin khianat' letak jawatan secara terhormat atau tampil menyatakan sebab yang jelas kenapa beliau sanggup melibatkan diri di dalam kumpulan yang menyebarkan video porno Cikgu Pa. 

Jika tindakannya menyebarkan video porno tersebut bermoral dan mempunyai sebab yang kukuh, bertepatan dengan syarak, maka tangan ini akan pangkah dan kempen beliau sebagai Naib Presiden di dalam muktamar akan datang. Jika tidak, tangan ini juga akan gerakkan kempen sehingga pengkhianat ini tersungkur dan rebah. 

- Fadli Ibrahim, 
Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang.
Ketua Pemuda PAS Kuantan

********************

Bilakah berita Malaysiakini yang dipetik RPK itu?:

LIHAT TARIKH DI ATAS (MALAYSIAKINI)

Menurut Malaysiakini yang dipetik RPK:
  • Perbincangan kerjasama PR itu berlaku pada 12 Januari 2015.
  • Lim Guan Eng beri dana RM1.5 juta untuk membantu mangsa banjir.
Jadi apa isunya?

Isunya - pandangan itu digunapakai oleh Ketua Pemuda PAS Pahang dengan ulasan sendiri:
  • Dana RM1.5 juta tidak digunakan untuk membantu mangsa banjir tetapi untuk "menjatuhkan" Presiden PAS.
  • AJK PAS Pusat sendiri dalang video porno Mustafa Ali.
Lim Guan Eng dan Phahrolrazi silap! 

Kenapalah Phahrolrazi lambat sangat jumpa Lim Guan Eng? Kenapa tak jumpa dia awal penubuhan PasMa? Kalau jumpa awal-awal lagi tentu dah "jatuh" Presiden PAS, kan? kan? kan?

Lim Guan Eng pula kenapa kedekut sangat bagi cuma RM1.5 juta untuk "menjatuhkan" seorang Presiden yang terkenal di Dunia? Mana cukup? Kenapa tak bagi RM15 juta? Tentu kalah UMNO:

WAH! BANYAKNYA DUIT! (DAILOG RAKYAT)

Masa Tuan Guru Nik Aziz "dijatuhkan" mengapa semua "penyokong ulama" senyap sunyi?

Oh...Tuan Guru bukan "dijatuhkan" tetapi meletak jawatan dengan sukarela kerana masalah kesihatan...Gitu pulak ceritanya:

NIK AZIZ TUAN GURU YANG MENDAHULUKAN RAKAYAT

Mulianya hati Tuan Guru Nik Aziz yang telah mentadbirkan negeri Kelantan dengan cemerlang. Beliau meletakkan jawatan kerana sedar diri itu tidak sihat untuk memikul tanggungjawab yang besar.

Tapi yang ini kenapa pulak erk?

INI SOAL HATI (SINAR HARIAN) 

Macam-macam cerita direkacipta sampai menuduh AJK PAS Pusat dalang di belakang video porno Mustafa Ali.

Astagfirullahaladzim! 

Demi sebuah jawatan yang kecil, sudah hilangkah kewajaran?

Sekadar mengingatkan diri sendiri akan Friman Allah SWT dalam surah Al Hujurat, ayat 6:

يَأُيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيْبُوا قَومًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Allah SWT berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Dalam ayat ini, Allah melarang hamba-hambanya yang beriman percaya kepada berita angin. Allah SWT menyuruh kaum mukminin mencari kesahihan berita yang sampai kepada mereka. Ada berita benar. Ada berita tidak sepenuhnya benar. Ada berita keseluruhannya tidak benar. Maka kita diseru supaya sentiasa beringat musuh-musuh kita senantiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan kita.

Jika tidak  berwaspada atau tidak cerdik untuk mengenal pasti siapa yang benar dan siapa yang kelabu asap, maka kita akan menanggung kekesalan berpanjangan di atas kesilapan itu.


2 comments:

  1. apa yg pemuda pas pahang tulis tu berat.

    bagi anak2 muda yg berhati bersih ignin berjuang utk islam, mereka akan berkata lebih baik jgn terbabit apa2 dgn PAS kerana tanpa PAS dakwah islam masih boleh dilakukan.

    mereka pasti takut kemelut dlm PAS akan mengundang bala besar dpd Allah. bala akan lebih cepat sampai kpd mereka yg berimej islam tp busuk di dalam.

    soal betul atau tidak tulisan pemuda pahang itu soal lain. soalnya tulisan itu mencerminkan betapa busuknya parti islam yg amat memalukan.

    berpestalah syaitan dan musuh2 islam.

    salah siapa?

    ReplyDelete
  2. Kalau macam ni akai pembodek puak yg mengaku ulamak......Pas boleh jalan dah.........banyak lagi kumpulan yg islamik compliance yg boleh menegakkan syariat.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.