Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 29 April 2015

WAHAI USTAZ, ADAKAH KAMU TAHU BILA, BAGAIMANA DAN DI MANA KAMU AKAN DIPANGGIL ALLAH MENGADAPNYA?

Beginikah cara ustaz berdakwah?

 INI USTAZ ATAU TUKANG TILIK?

Nampaknya konflik dalam PAS sudah sampai pada tahap tidak masuk akal.

Jika kita teliti maksud kenyataan ustaz di atas, jelas dia telah mengkafirkan rakan sejemaahnya. Walaupun perkataan "kafir" itu tidak disebutnya, tetapi dengan mengkuburkan rakan sejemaahnya dalam perkuburan DAP menjurus kepada maksud yang sama.

Adakah ustaz ini masih lagi sihat dari segi akal fikirannya?

Hanya Allah SWT yang tahu di mana, bagaimana dan bila kita akan dipanggil mengadapnya. 

Janganlah terlalu sombong!

نعوذ بالله من ذلك

Allah SWT berfirman dalam Surah An-Najm, ayat 31


Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.

Wahai sahabatku yang masih istiqomah dalam perjuangan,

Janganlah kamu membalas kata nista orang yang sombong itu dengan perbuatan yang sama, kerana hanya Allah SWT TAHU siapa yang lebih bertaqwa.

Waulahuaklam.

PAS FOR ALL

Monday, 27 April 2015

N3 HUJUNG MINGGU: TOLONG CARI MINAH INI

WAJAH SUSPECT

Menurut waris pengadu:

5 hrs · Edited · 

Mohon share sehingga jumpa! InsyaAllah.

Beg tangan kakak saya telah di curi ketika sedang ambil wuduk di surau tingkat 5, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada jam 7.17pm, 26 April 2015, Ahad. 

Laporan polis telah dibuat di IPD Shah Alam. Diminta sesiapa yang kenal dengan suspek tersebut hubungi saya di talian 012-672 4041 Alif Adnan.

1. Suspek keluar dari surau bersama dengan beg tangan kakak saya.

2. Muka suspek ketika turun eskalator. 

Sebuah beg lebih besar digunakan untuk menutupi beg yang dicuri.

Kalau kamu tak salah; kalau kamu bukan pencuri itu, sila pergi ke balas polis berdekatan dan bersihkan nama kamu.

Kita penduduk Islam Shah Alam menyokong undang-undang hudud.

Sunday, 26 April 2015

APA YANG TERPAPAR DI UMNO-ONLINE PASTI BUAT MENGKOMER TERKEJUT (GAMBAR)

Malam tadi kawan hantar gambar ini pada Yong:

UMNO ON-LINE

UMNO on-line kena hack?

Tengok pagi ini sudah pulih.

Hahaha...Takkan nak biar begitu kan?

Siapa punya kerja aaa?

Sofea Hana lagi ke?

Team Mahathir ke?

Atau saja rakyat nak bagi "hadiah" kepada Najib.

SELAMAT BERSANTAI DENGAN KELUARGA DI RUMAH DI PAGI AHAD. KALAU KELUAR MESTI KENA GST.

Saturday, 25 April 2015

DEMI JAWATAN USTAZPUN SALAHGUNA HADIS

Demi jawatan, adab Islam hanya ditempelkan kepada yang mencabar jawatan sahaja. Hilang sudah budi bahasa dan keindahan Islam yang dihamburkan oleh pemimpin-pemimpin dalam ceramah. 

Maka ustaz-ustazpun sangat rajin mengingatkan kepada ahli jemaah kisah Abu Dzar.

Diriwayatkan, Nabi Muhammad (SAW) pernah menegurnya apabila dia berkata: “Wahai Rasulullah tidakkah engkau menjadikanku sebagai pemimpin?” 

Sabda Rasulullah (SAW)

يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيْفٌ , وَ إِنَّهَا أَمَانَةٌ , وَ إِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَ نَدَامَةٌ, إلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا , وَ أَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيْهَا 

“Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau lemah, sementara ia (kepimpinan) adalah amanah. Dan sesungguhnya pada Hari Kiamat ia akan menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali orang yang mengambil dengan haknya dan menunaikan apa yang seharusnya ia tunaikan dalam kepemimpinan tersebut.” (Riwayat Muslim).

Benar. Abu Dzar suhabat Rasulullah. Siapalah kita di zaman ini berbanding dengan Abu Dzar?

Tetapi wahai ustaz,

Kita sedang berhujah tentang tadbir-urus organisasi (pertubuhan dan negara). Kita bukan mempertikaikan ilmu ugama ustaz. Rasulullah tidak melantik Abu Dzar kerana soal kemampuan untuk mentadbir urus.

Benar. Seorang pemimpin harus memiliki bekalan iman dan taqwa.

Tetapi wahai ustaz,

Pemimpin juga wajar memiliki kemampuan untuk berfikir, membuat keputusan, merancang strategi, menguruskan kewangan, mengatur manusia dan macam-macam lagi kemahiran tadbir-urus negara.

Pemimpin professional dan ulama adalah saling lengkap melengkapi antara satu dengan yang lain. Bukankah Mursyidul Am al-marhum Tuan Guru Nik Aziz pernah mengingatkan kita tentang resepi kekuatan ini?

Jadi, kenapa ustaz menekan golongan professional supaya tidak mencabar jawatan kepimpinan?

Oleh itu wahai ustaz,

Jangan samakan golongan professional dengan Abu Dzar. Ingatlah, ustaz pun bukan Nabi.

Berhentilah memberi tekanan kepada orang yang ingin mencabarmu dengan menggunakan hadis itu!

KEMPEN PEMILIHAN YANG KOTOR (MSTAR)

Dan Allah (S.W.T.) juga berfirman dalam surah Al-Hujurat, ayat 18:

إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ 

Terjemahannya:

“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan” (Al-Hujurat: 18).



Thursday, 23 April 2015

ENGKAR DI PERMATANG PAUH DIHORMATI, ENGKAR DI SELANGOR DI BARUAI

Soalan: Apa yang berlaku di Permatamg Pauh?

Pakatan sedang bertungkus lumus mahu mengekalkan kerusinya supaya bilangan kerusi pembangkang tidak berkurang di Parlemen. Jangan lupa kerusi telah kurang 1 apabila DAP kalah di Teluk Intan.

Soalan Ulangan: Apa yang berlaku di Permatang Pauh?

Inilah yang berlaku:

NAJIB DAH TERIMA HUDUD KAH?

Kenyataan PAS Permatang Pauh diberitakan menggesa supaya ahli PAS menolak untuk mengundi calon PKR. "Fatwa" gerombolan ini ternyata bercanggah dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS yang menyokong PKR.

PEMIMPIN MENYOKONG PKR (TMI)

Jelas kenyataan itu yang tersirat (implied) menyokong UMNO (yang kononnya menyokong hudud). 

Iyeker UMNO sokong hudud?

SUDAH BERAPA SELASA SEJAK 22 MARCH SEHINGGA HARI INI? (UMNO)

Tiba-tiba UMNO menjadi sahabat baik yang dianggap ikhlas dan dipercayai.

APA LABEL YANG UMNO TAK LETAK KE ATAS PAS?

Kita tahu berdasarkan "common sense" (tak perlu rujuk Perlembagaan Selangor), dengan 15 kerusi DUN, mustahil PAS boleh membentuk sebuah kerajaan di Selangor dengan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar tanpa sokongan UMNO. Ini kerana prinsip pemerintahan yang diamalkan di Malaysia ialah: kerajaan yang dibentuk mesti memiliki kerusi majoriti di dalam dewan.

Rancangan ini kantoi apabila 2 orang ADUN PAS engkar.

Lalu mereka dilabel "Barua."

Juga dijaja di sana sini, 4 orang ADUN itu adalah penyelamat kerajaan Selangor.

Tetapi anehnya:

YANG ENGKAR DI PERMATANG PAUH MENDAPAT PENGHORMATAN PRESIDEN PARTI (TMI)

Tolong bagi tahu Yong, akar umbi yang macam mana yang dihormati oleh Presiden parti ini?

Kalau PAS boleh bersabar dengan karenah UMNO selama 64 tahun, kenapa PAS tak boleh sabar dengan PKR yang baru berusia 16 tahun? [Mengikut sejarah, PAS ditubuhkan secara rasmi pada 23 Ogos 1951. PKR (Parti Keadilan Nasional sebelum jadi Parti Keadilan Rakyat) ditubuhkan pada 4 April 1999].

PAS tuduh UMNO sering membodoh-bodohkan penyokongnya.

Janganlah PAS buat perkara yang sama.

********************

NOTA AKHIR KHAS BUAT PAS PULAU PINANG

Jika benar PAS Pulau Pinang enggan menyokong PKR kerana "sependapat" dengan DAP; maka wajarlah semua ahli PAS yang memegang jawatan atas ehsan pemimipin DAP (yang menolak hudud), segera meletakkan jawatan, hari ini.

Jangan kamu duduk lagi dalam jawatan itu dan menjadi "kuda tunggangan DAP" (istilah UMNO).

Nabi Muhammad (S.A.W) bersabda:

“Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)” Shahih Al-Muslim: 1791.

Tuesday, 21 April 2015

WAAAH! YONG SOKONG HERO POYO BAGAN DATUH NI...


Jiran Yong seorang sami India. 

Di sempadan antara tanah orang tua Yong dan tapak tanah sewaan dia diletakkan sebuah pondok kecil. Dalam pondok itu ada patung dewanya. Kalau Yong pergi ke kedai melintasi rumah dia, maka Yong akan melintasi kuil kecil dia. 

Kami tak pernah gaduh walaupun kami tak gemar dengan bau yang datang dari kuil kecil itu. 

Kawasan rumah Yong bersempadanan dengan kawasan Parlemen Zahid Hamidi. Maknanya sentimen pengundi pun hampir sama.

Zahid Hamidi tentu amat faham, ramai pengundinya berbangsa India dan Cina, seperti berikut: 

Pengundi: 39,924 Pecahan Kaum: Melayu:56% India:24% Cina:20%

Keputusan PRU menunjukkan peningkatan sokongan kepada Pakatan Rakyat:

ZAHID MENGALAMI KEMEROSOTAN SOKONGAN 

Dia tidak boleh main-main tentang isu perkauman mahupun agama.


JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Tapi adik-beradik dia boleh goreng.

Balik Bagan Datuh dia akan bagi tahu adik-beradik, itu semua politik.

Adik-beradik mungkin akan diam. Tetapi pengundi bukan Melayu yang ramai di Bagain Datoh mahu melihat "what you do, not what you say."

Sekarang rakyat Malaysia sedang menunggu adakah ketua-ketua protes yang memaksa salib itu diturunkan akan disiasat?

Zahid Hamidi, kalau miker arah untuk siasat dan dakwa, Yong sokong miker. Tapi ini tidak bermakna Yong akan mengundi miker selagi miker duduk dalam UMNO, keris karat itu.


Monday, 20 April 2015

MAZLAN ALIMAN MENULIS MENGENAI RAKAN SEPERJUANGANNYA, BACALAH DENGAN HATI


1 hr · 

Salahudin Ayub, YB Aminolhuda Hassan, Hj Dzulkifly Ahmad, Hj Khairudin Abd Rahim dan Onn Jaafar adalah antara sahabat akrab sejak saya menyertai PAS pada tahun 1986. Kami membina karier dari bawah. Menampal poster, naikkan bendera atas pokok, kutip derma jihad dan kerja kerja asas sebagai aktivis parti. BerUsrah dan bertamrin bersama sama. Kami wujudkan Pusat Tarbiyyah Amaliyyah yang di ketuai sendiri oleh Aminolhuda bagi memperkasa tarbiyyah pemuda. 

Bintang Salahudin lebih cerah dari saya; namun saya tahu keperitan yang beliau hadapi sewaktu beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Johor sepenuh masa dengan elaun RM300 sebulan. Acapkali kesempitan wang, hingga susu anak pun tidak mampu di beli. Dia tidak lupa diri bila jadi Ahli Parlimen. Selalu membantu saya terutamanya menjelang hariraya dan naik sekolah. Kalau jumpa dia akan tanya secara berseloroh, 'duit belanja ada?' Lantas hulur sejumlah wang kepada saya kerana dia pernah alami keperitan dalam hidupnya. Dia mahu berkongsi sedikit keselesaan dengan rakannya yang lain.

Sejak zaman Al Marhum Ismail Ibrahim sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, kami adalah exco Pemuda PAS. Aminolhuda akan singgah dan tumpangkan saya untuk pergi bermesyuarat di Batu Pahat. Beliau sahabat yang ambil berat mengenai saya. Tidak berkira orangnya. Hj Khairudin, meskipun engineer; sebahagian besar gajinya adalah untuk jamaah. Sanggup jual kuih dan buka kedai makan nak tampung kos operasi Dewan Pemuda. Kadangkala nak tuang minyak kereta pun tak ada duit. 

Dzulkifli Ahmad, saya anggap arkitek parti di Johor. Pemikiran dan cara bekerjanya hebat. Seorang perancang parti yang work smart. Bangunan PAS Johor yang sedang berdiri megah waktu ini adalah hasil 'buah tangannya'.

Apapun yang orang perkatakan mengenai Onn Jaafar, beliau adalah aktivis parti yang gigih. Walau dikata loklak, ceroi dan lain lain, kerja buatnya selesai sebagaimana arahan. Jika kita ni jam 1 pagi dah tidur; beliau masih menampal poster dan macam macam dilakukan hingga ke dinihari sejak 20 tahun dulu lagi. 'Ana ni tak reti bagi kuliah, tukang tampal poster pun tak pe lah'. Guraunya menceriakan kami.

Ukhuwwah yang terbina mengeratkan kami. Walau ada yang sudah berjawatan penting dalam parti dan bergelar YB, hubungan kekal terpelihara. Justeru, bila ada fitnah yang disebarkan, kami sama sama hadapi, walau terasa pedihnya. Menitik air mata mengingatinya.

Sekarang musim pemilihan parti, pilu tetap terasa bila kawan baik berubah sikap kerana berbeza pandangan. Seperti kata Dato' Mahfuz Omar, 'saya mengenali Salahudin sudah sekian lama. Sembahyang sunat dia lebih banyak dari saya. Tapi, bila orang fitnah dia baru baru ini (ada ceritanya) saya sangat terasa. Di mana letaknya akhlak kita?'.

Mahalnya nilai sebuah persahabatan. Jangan kerana jawatan dan berbeza pandangan, kita bersengketa dan berpecah. Hilang segala galanya meskipun di pupuk sekian lama.

Moga Allah pelihara persaudaraan ini hingga ke akhir hayat 

Mazlan Aliman

Terasa amat sedih apabila membaca status Mazlan Aliman dalam Facebooknya.

Orang yang banyak jasa dipinggirkan. Dipakaikan dengan gelaran yang menjelekkan. Difinah dengan berbagai-bagai cerita rekaan.

Adakah budak-budak yang ramai datang dari Timur Tengah itu pernah merasai kesukarannya membina sebuah organisasi?

Adakah mereka tahu bagaimana hendak bermula dari hampir kosong menjadi sebuah jemaah yang digeruni musuh?

Budak-budak itu juga berkeliaran di dalam media sosial, bersama tulisan yang berhamburan dengan maki-hamun dan berbagai-bagai istilah yang dicipta untuk menghina pemimpin dan penyokong yang tidak setuju dengan mereka.

Pejuang sebenar tidak perlu duduk dalam GLC atau menjadi anak/menantu sang ketua.

Semoga nama-nama yang disebut oleh Mazlan Aliman dalam tulisannya, dan dia sendiri sentiasa tabah yang istiqomah dalam perjuangan.

Sekadar ingatan untuk diri sendiri:

Nabi Muhammad (S.A.W) bersabda:

“Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)” Shahih Al-Muslim: 1791.

Dan Allah (S.W.T.) juga berfirman dalamm surah Al-Hujurat, ayat 18:

إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ 

Terjemahannya:

“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan” (Al-Hujurat: 18).





NAK CONDEMN? NAK LABEL? DENGAR DULU DAN NILAIKAN

Pagi yang hening dan tenang.

Isnin, 1 Rejab, 1436


Tak dapat datang, dengar dari pedas fm pada tarikh berkenaan.

Sunday, 19 April 2015

OH! AKU SEDANG BERMIMPI RUPANYA!

Aku sedang enak berbulan madu. Indahnya ibarat sebuah filem Hindustan yang penuh dengan senario romantik, menyanyi dan menari sambil bertukar-tukar pakaian di Langat 2 dan Highway Kidex.

Oh! Rupanya aku sedang bermimpi! Aduh! Siapakah yang mengejutkan aku ini?

Iskandar Abd. Samad! Tak patut sungguh kau kejutkan aku! Kau tak walak ke?

KENYATAAN RASMI PAS SELANGOR

Kah kah kah!

Masing-masing kena jaga periok nasi.

Rakyat marhein dah lama periok nasinya pecah!

Sekarang rakyat marhein sedang makan nasi mentah atas daun getah.

Saturday, 18 April 2015

PANAS! RUPANYA BUKAN HANYA DI PERMATANG PAUH AHLI PKR KELUAR PARTI...JENG! JENG! JENG!


Riuh rendah dalam media sosial pro-UMNO 5 ADUN PKR bakal keluar parti dan Khalid Ibrahim akan kembali semula menjadi Menteri Besar Selangor!

GAMBAR PERJUMPAAN DI JAKARTA (SUARA TV)

Berita yang sama juga ada di sini

Moh, kita buat kiraan matematik mudah:

Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor adalah seperti berikut:

SEBELUM KRISIS MB:

UMNO = 12
PAS = 15
PKR = 14
DAP = 15
JUMLAH = 56

PR = 44, BN = 12

SELEPAS KRISIS MB:

UMNO = 12
PAS = 13
PAS (Digantung) = 2
PKR = 13
DAP = 15
BEBAS = 1
JUMLAH = 56

PR = 43, BN = 12, BEBAS = 1

Kalau 5 ADUN PKR keluar parti kedudukan akan jadi berikut:

UMNO = 12
PAS = 13
PAS (Digantung) = 2
PKR = 8
DAP = 15
BEBAS = 1
EX-PKR = 5 (Tidak disebut masuk parti apa)
JUMLAH = 56

PR = 38, BN = 12, BEBAS = 1, EX-PKR = 5

Jika ADUN PKR melompat masuk UMO, jumlah menjadi:

12 + 5 + 1 (BEBAS) = 18

Wey, macam mana nak buat kerajaan kalau hanya ada 18 orang ADUN?

Tunggu! Ada 13 orang ADUN PAS (tolak 2 yang digantung). Jumlah menjadi:

12 + 5 + 1 (BEBAS) + 13 = 31.

PR = 25, UMNO + PAS + BEBAS + EX-PKR = 31.

Maknanya tak mungkin akan terjadi Khalid Ibrahim kembali sebagai MB Selangor KECUALI PAS bergabung dengan UMNO.

Jika benar ini berlaku, maka penafian wujudnya ura-ura membentuk kerajaan UG dengan UMNO di Selangor adalah bohong semata-mata.

Jika benar ini berlaku maka kita wajar bertanya "Siapakah sebenarnya Munafik Haraki" itu?

Pucuk Pimpinan PAS Selangor sila nafikan jika Suara TV berbohong!
Pucuk Pimpinan PKR Selangor sila ambil tindakan mahkamah jika Suara TV berbohong.

Sabda Rasulullah S.A.W. 
“Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali,” (Riwayat Abu Daud)

Thursday, 16 April 2015

DR HATTA BAKAR KERETANYA SENDIRI DAN DR DZULKIFLY PUKUL DIRINYA SENDIRI, SEKARANG TERBIT MAJALAH PULAK, WAKAKA!

Hi!

Masihkah kau ingat ustaz ini?

USTAZ PELABEL 

Ustaz ini menyokong kepimpinan ulama, kononnya.

*****

Masihkah kau ingat mangsa dera ini?

MATA LEBAM

Pemimpin UMNO kata mata lebam itu buatan sendiri.

*****

Inikah bahan rujukan penyokong kepimpinan ulama?

FACEBOOK HANTU

Maklumat dari mana pulak?

Adakah dari sini?

TUDUHAN USTAZ PELABEL (FB)

Or the other way round?

Kita faham El-Haraki tu ibarat hantu tak bertuan. Dia tulis apa-apa saja. Tiada siapa bertanggungjawab. Tetapi Nurul Islam itu salah seorang AJK Pemuda PAS Pusat. Maka dia harus bertanggungjawab di atas apa yang ditulisnya.

The burden of proof lies on the one making an *affirmative* claim.

Kamu tuduh, kamu bawalah bukti!

Tetapi itu soal perundangan.

Soal sikap pula, apakah bezanya gerombolan yang menuduh Anwar Ibrahim memukul dirinya sendiri dengan gerombolan yang mengaku menyokong kepimpinan ulama seperti ustaz pelabel ini?

Guna akal, fikir!

Sekadar ingatan buat diri sendiri:


Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), - (Al-Qalam 68:10


Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), - (Al-Qalam 68:11)



Tuesday, 14 April 2015

GEMPAR! USTAZ AHMAD AWANG DIGAM OLEH PARTINYA SENDIRI!

Ini apa cerita pulak?



Ustaz Ahmad Awang menyatakan dia telah "direhatkan" dari memberi kuliah di 4 masjid. Tiada alasan mengapa kuliah Ustaz Ahmad Awang ditamatkan.

Tidak dengarpun berita Ustaz Ahmad Awang dikenakan tindakan tatatertib.

Tidak dengar juga berita Ustaz Ahmad Awang dituduh sebagai parasit.

Yang kita dengar berita Ustaz Ahmad Awang mendapat 2 pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden PAS. Dengan pencalonan yang minima ini Ustaz Ahmad Awang layak untuk bertanding menentang Haji Hadi. 

Yang kita dengar berita Ustaz Ahmad Awang mengkritik cara pihak kepimpinan PAS, khususnya Presiden PAS dalam menguruskan parti dan menangani konflik di dalam parti.  Baca di sini dan di sini.

Jadi? Atas sebab apa kuliah Ustaz Ahmad Awang ditamatkan?

You put two and two together.

Cuba analisa, berapa banyak sumbangan Ustaz Ahmad Awang ketika berjuang dalam PAS berbanding dengan "ustaz-ustaz" muda yang pandai sangat buat gam ini?

GEMPAR! MAJALAH BERWARNA-WARNI MEMBURUKKAN PEMIMPIN PAS DIKESAN! (6 GAMBAR)

Baru nak lelapkan mata, tetiba kawan wassup. Amat mengganggu kandungan wassap ini. Yong semak sumbernya di sini (dipetik sekali komen Facebooker):


2 hrs · Edited · 


Nmpknya tak tertahan lagi ku menanggung beban menyimpan benda ni...panas sungguh!!!...ada sudah mendesak ku sharekan nya malam nie jugak....so selamat melayari nya...

Klu dulu ingat lagi tak pengedaran ‪#‎buku_50_dalil‬ kenapa anwar tak boleh jadi PM di perhimpunan UMNO...kini modus operandinya hampir serupa..cantek tak ‪#‎majalah_bewarna‬ ini..agaknya berapa costing nye yer?? dan berapa ribu salinan sudah dicetak??...siapa yg membiayainya??

Bila songkok dan serban tiada bezanya...ini lagi hebat "pembunuhan kerier politik beramai2"...








Posting ini sudah mula tersebar di media sosial pada malam ini.

Menurut sumber, majalah ini dikesan di Batu Caves.

Adakah kempen seperti ini boleh dianggap beretika dan bermoralkan Islam?

Jika Majlis Syura Ulama dan Presiden PAS mahu dilihat adil dan memiliki akhlak Islam yang sebenarnya, siasat penerbitan majalah ini.

Jika buat-buat tak tahu, benarlah PAS bukan saja ganti UMNO, tapi sudah jadi lebih dari UMNO.

Monday, 13 April 2015

ALAHAI...TAK MENGAKU PULAK!

Dulu kata “Boikot Peniaga Cina.”

Lepas tu kena kritik kaw-kaw oleh kawan sendiri, tak mengaku. Pusing lidah.


Kemudian kita dengar kabar Jho Low rembat duit 1MDB. Bukan seringgit dua. Tapi Billion RM.

Jho Low tu peniaga Cina.


Semua yang nak boikot peniaga Cina senyap. Tinggal Chedet seorang melalak.

Sekarang dah samakan Najib dengan Allah (SWT).



Itupun tak mengaku juga.

Alahai…

Takat ajak boikot peniaga Cina tu tak le serious sangat! 

Tapi bab Allah (SWT) ni, mohon Ustaz Haron Din, Ustaz Mahfodz, Ustaz Hadi Awang, Presiden geng Ustaz, Ustaz Fathul Bari dan semua Mufti2 serta Majlis Fatwa keluarkan fatwa…

Apa hukumnya menyamakan manusia dengan Allah (SWT)?

Diam maknanya setuju dengan Ismail Sabri taw!

Parti yang pemimpinnya macam ini boleh kita percaya untuk berunding?


Dulu ikhlas tu katanya soal hati. Boleh nampak ke? Tang mana ikhlas tu?



Sunday, 12 April 2015

SURAT LAYANG PUNCA DS NIZAR KALAH DI KAMPAR?

Sekeping surat layang berlegar-legar di media sosial.

SURAT LAYANG

Surat layang itu membawa beberapa tuduhan terhadap DS Nizar. Semua tuduhan itu adalah fitnah dan telahpun dijelaskan.

Yang anehnya surat layang itu telah merujuk PJ Perak, seorang pesara Kastam, Razman Zakaria, sebagai ulama.

Tak sangka. Rupanya dalam PAS seseorang boleh menjadi ulama tanpa latarbelakang ijazah dalam Pendidikan Islam.

Dahsyat sungguh perebutan jawatan dalam PAS. 

Kalah UMNO. 

Sekurang-kurangnya UMNO ada jawatankuasa disiplin yang efisyen.

Sukar dipercayai PAS yang berpanjikan Kepimpinan Ulama jadi macam ini.

Harap ada pemimpin yang tampil untuk memberi pencerahan!

Nota: DS Nizar kalah pemilihan YDP di Kampar.

*Bersambung*

Saturday, 11 April 2015

TIADA ORANG BOLEH JADI PENGURUS SEGERA YANG CEKAP!

Ring! Ring!

Seorang bekas pelajar menalipon.

Pelajar: Dr! Saya dah dapat kerja (Ceria betul suaranya).

Pensyarah: Alhamdulillah! Kerja apa? Di mana?

Pelajar: Manager for human resource. Di syarikat Jepun...(disebutnya sebuah departmental store yang besar) 

Pensyarah: Tahniah! Kerja baik-baik yer.

Pelajar: Terima kasih Dr. Sekarang saya masih lagi jadi trainee executive.

Pensyarah: Ohhh...Di mana tu?

Pelajar: Err...saya tengah jaga sayur-sayur ni.

Pensyarah: Hah? Kenapa pulak jaga sayur? Awak kata manager for human resource?

Pelajar: Betul Dr. Tapi dalam latihan semua trainee executive kena tahu semua selok-belok syarikat. Sebelum ini saya jaga ikan...hahaha...balik rumah busuk baju.

Pensyarah: Ooooh in-house-training le yer?

Pelajar: Betul. Praktikal. Sebelum ini banyak nama sayur saya tak tahu. Sekarang saya tahu mana sayur datang dari China, Thailand, Cameron Highland...Polisi syarikat tentang sayur GM...Macam-macamlah...

Pensyarah: Er awak jaga sayur ke jaga pekerja?

Pelajar: Hahaha...Saya bantu supervisor pastikan pekerja buat kerja dengan betul...Errr...tapi penatlah.

Pensyarah: Aik? Bantu supervior pun penat?

Pelajar: Bukan. Saya berdiri sepanjang masa. Pekerja berdiri. Saya kena berdiri jugak.

Pensyarah: Ooooh! Sabor ler.

Pelajar: Yelah. Prinsip syarikat ini, pengurus kena peka dengan semua bahagian syarikat dan pekerjanya. Create space for interaction, communication and improvement. Konsep "Ba."

Pensyarah: (Senyum sendiri sebab pelajar sebut apa yang dia belajar di kuliah). Yelah...Lifelong learning. I am glad that you can utilise your knowledge....

Pelajar: Lepas ini saya kena pergi bahagian akaun. Baru boleh duduk kot. Hahaha...

Pensyarah: Hahaha...Bila nak belanja saya?

Pelajar: Nanti saya call Dr....Er...saya dah bertunang Dr.

Pensyarah: Oh yer? Tahniah! Dengan Girl-friend dulu?

Pelajar: Iyelah. Siapa lagi. Ini kena cari duit ni. Err...Dr, saya kena masuk kerja ni. Nanti saya sms Dr kita high tea dengan N (nama tunang).

Pensyarah: Tak payah susah-susah. Saya bergurau jer.

Pelajar: Sungguh Dr. Nanti saya sms.

Pensyarah: Ok. kerja baik-baik yer. Amanah!

Pelajar: Terima kasih Dr. You take care.

Pensyarah: You too, and you are welcomed. Ok. Bye.

Klik. Talipon diletakkan serentak.

Dia seorang pelajar yang GPAnya agak baik. Orang kata "three-pointer." Tapi bukan GPA saja yang baik pada pelajar ini. Tingkah-laku dan tutur bahasanya pun baik juga. Sangat menghormati pensyarahnya. 

Hendak jadi pengurus di syarikat Jepun kena ada latihan. Walaupun pelajar ini sudah mantap teori pengurusannya, dia tetap kena belajar selok-belok syarikat. Sampai dari mana datang ikan dan sayurpun dia kena tahu. 

Syarikat mengadakan latihan itu kerana mahu pekerjanya cekap. Bila pekerja cekap, syarikat yang untung. Win-win situation.

Memang sukar belajar dari bawah. Tetapi untuk menjadi seorang yang cekap, kenalah ada keduanya - knowledge and skills. 

Sebenarnya syarikat dan parti politik sama saja. Dua-dua organisasi yang dikendali oleh manusia. Dua-dua memiliki ahli yang terdiri dari berbagai bidang. Dua-dua perlu saling berinteraksi, berkomunikasi demi pembaikan yang berterusan.

Maknanya keluar dari universiti ada ilmu pengurusan pun tidak boleh terus jadi manager.

Tetapi ada juga yang keluar dari universiti miliki sedikit ilmu dalam bidang lain, tetiba nak terus jadi manager. Bukan hanya jadi manager, tapi nak terus jadi pemimpin yang menentukan dasar dan halatuju organisasi.

GAMBAR HIASAN

Nak jadi pengurus dan pemimpin yang hebat?

Tiada jalan pintas. Belajarlah!

Sekian.



Friday, 10 April 2015

SYUKUR! GST SUDAH NAMPAK MANFAATNYA!

KALAH PROFESOR (BERNAMA)

Takpe. Rakyat bayar GST biar MP boleh tambah gaji lagi. RM50,000 sebulan pun takpe, asalkan rakyat bayar GST. PRU14 sabotage lagi ramai2 biar BN terus berkuasa dan MP terus naik gaji.

Apa? Mangsa banjir Kelantan ada yang belum dapat rumah?

Takpe NGO boleh siapkan rumah-rumah tu. Rakyat boleh derma kepada NGO.

Apa? NGO tak cukup duit. Rumah dibina NGO tak ikut spesifikasi Kerajaan?

Takpe. Wakil-Wakil Rakyat baru dapat kenaikan elaun. Demer boleh derma separuh kepada NGO untuk bina rumah yang memenuhi spesifikasi Kerajaan. 



Thursday, 9 April 2015

SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM PERNAH DILAKSANAKAN DI TANAH MELAYU

Seorang pengunjung memohon menerbitkan rencana yang ditulisnya untuk dikongsi bersama-sama dengan umat Islam di Malaysia. Marilah kita baca dan nilaikan sendiri pandangan pengunjung ini. 

Beliau seorang VIP yang pernah bertugas di peringkat antarabangsa.

********************

Sistem Pemerintahan Islam Pernah diLaksanakan di Tanah Melayu

Oleh: Hashimi The Jigit

Sekarang ini kita sedang dihebohkan dengan isu HUDUD (sebenarnya hanyalah beberapa pindaan ke atas hukuman jenayah yang sedia ada di Kelantan) yang sedang dibawa oleh PAS untuk dibentangkan di Parlimen. Walau pun usaha tersebut tidak sampai ke mana, bahkan berkemungkinan besar gagal dibawa ke Parlimen atau mendapat undi “simple majority” untuk kelulusan parlimen, para “promoter” enakmen hudud tersebut jelas berbangga dan berharap akan dapat meraih sokongan politik dalam Muktamar PAS yang akan datang kerana tindakan mereka memperjuangkan perlaksanaan hukum Allah, meskipun di dalam skop yang terlalu kecil dari keseluruhan sistem pemerintahan Islam yang sebenar.

Namun begitu, implikasi yang lahir dari inisiatif PAS Kelantan ini amatlah besar dalam melakarkan suasana politik di negara ini sehingga menimbulkan bibit-bibit perpecahan di dalam permuafakatan pakatan pembangkang (Pakatan Rakyat) kerana penolakan DAP dan PKR terhadap usaha PAS tersebut. Di suatu sudut lain, isu ini juga meletakkan UMNO di dalam keadaan serba salah dan tertekan kerana pada mulanya UMNO Kelantan telah sebulat suara menyokong pindaan rang undang-undang ini di Dewan Negeri, namun apabila tiba ke peringkat parlimen, mula timbul komen-komen jelas dari beberapa Menteri Kabinet UMNO bahawa mereka tidak mungkin dapat menyokong pindaan rang undang-undang tersebut jika di bentangkan di Palimen kelak. Sehingga kini Perdana Menteri masih membisu dari menyatakan pendirian beliau terhadap cadangan PAS. Sementara itu Menteri UMNO yang bertanggung jawab di atas hal ehwal Islam berdolak-dalek apabila ditanya status perkara tersebut oleh MP PAS semasa perbahasan. Menteri Pelancungan yang juga seorang Islam pula menyifatkan orang-orang yang membincangkan HUDUD di negara ini adalah BODOH kerana tidak mungkin HUDUD dapat dilaksanakan kerana ianya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kepada saya ianya adalah cuma alasan remeh ibarat seorang petani yang malas memberikan alasan hujan yang turun menyebabkan beliau tidak dapat keluar bekerja. Hakikatnya, jika pindaan terhadap hukuman-hukuman jenayah tertentu yang diamalkan di Mahkamah Syariah Kelantan sekarang ini jika diluluskan oleh Parlimen sekali pun, ianya tidak akan merubah negara ini menjadi sebuah negara Islam. Malaysia akan tetap kekal sebagai negara sekular. Sekarang siapa yang BODOH sebenarnya……..Menteri Pelancungan atau orang-orang yang membincangkan HUDUD? Ketakutan UMNO yang sebenarnya ialah bantahan daripada rakan utama iaitu MCA dan Gerakan. Lagi pun melihat kepada cara hidup mereka, kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO bukanlah berjiwa Islam dan sanggup mengambil risiko untuk kehilangan kuasa kerana mahu menegakkan undang-undang Islam. 

Kepada saya di dunia ketika ini belum ada MODEL sebuah negara Islam dalam ertikata sebenar-benarnya iaitu negara yang mengamalkan pemilihan pemimpin yang memenuhi ciri-ciri pemimpin Islam, mengamalkan sistem ekonomi berlandaskan syariat serta melaksanakan hukum jenayah berlandaskan Al Quran dengan seadil-adilnya. Pakistan, Arab Saudi, Yemen atau Iran bukanlah contoh sebuah negara Islam. Hanya kerana negara-negara tersebut mengamalkan beberapa hukuman hudud maka negara-negara ini dinamakan negara Islam. Sebenarnya hudud hanyalah sebahagian kecil dalam sebuah sistem pemerintahan Islam. 

Barangkali memang tabiat semula jadi orang-orang Melayu agaknya suka menyusahkan orang yang mahu mendekati Islam. Jika seseorang mahu memeluk Islam, perkara yang diutamakan ialah beliau mesti bersunat (circumsized) terlebih dahulu. Sedangkan untuk mewujudkan sebuah pemerintahan Islam, pertama sekali masyarakat Islam mestilah terlebih dahulu bersatu dan secara kolektif mengamalkan cara hidup mulia serta berkelakuan terpuji sehingga orang bukan Islam merasa kagum kepada perlakuan mereka serta gerun kepada kekuatan mereka. Tak perlu memberi amaran untuk menjentik orang bukan Islam apabila sudah kuat. Kekuatan serta penguasaan ekonomi oleh masyarakat Islam pula mesti dibina terlebih dahulu supaya orang Islam mampu berdaya saing di mana mereka saling membantu. Remaja Islam mesti memiliki berbagai cabang ilmu kerana ustaz atau lepasan universiti timur tengah sahaja tidak mampu mentadbir negara di zaman globalisasi ini. 

Ianya bermula dengan pemimpin itu sendiri yang perlu mempamirkan keindahan cara hidup Islam. Sultan, Raja-Raja Melayu, Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Pemimpin-pemimpin Parti Pembangkang juga hendaklah cintakan agama serta hidup berlandaskan tuntutan agama, tidak bermewah-mewah mengumpul harta melalui jalan salah, bencikan rasuah, tidak menipu, menindas rakyat, menyalahguna kuasa dan sebagainya. Apabila Perdana Menteri seorang yang amanah dan jujur, rakyat pasti mengikut jejak-langkah beliau. Contoh kecil ialah Al Marhum TG Nik Aziz. Berpuluh tahun memegang jawatan Menteri Besar, namun tetap memilih cara hidup sederhana serta berperibadi mulia sehinggakan orang bukan Islam pun turut menghormati beliau. Bayangkan jika Dato Seri Najib memiliki keperibadian demikian rupa dan menteri-menteri kabinet semuannya berperangai macam TG Nik Aziz, Malaysia kini pasti berada di puncak jaya dan menjadi kebanggaan umat Islam di seluruh dunia. Jika kita mempunyai pemimpin sedemikian rupa, tiada siapa yang akan membantah sekiranya sistem pemerintahan Islam ingin ditegakkan. Orang bukan Islam juga tidak ada sebab untuk membantah. 

Mungkin ramai yang skeptikal bahawa perkara tersebut boleh berlaku atau kemungkinan ianya terjadi adalah seumpama menunggu babi boleh terbang. Jika begitu tidak ada salahnya jika pemimpin-pemimpin PAS memulakan jihad ini dengan menunjukakan keperibadian Islam yang mulia, membentuk sebuah masyarakat yang terpuji, jujur, iklas dalam perjuangan serta menjauhi perbuatan-perbuatan keji seperti membakar kereta atau membelasah saudara Islam yang tidak bersetuju dengan kita. Presiden parti tidak boleh memaki orang atau memberi gelaran buruk kepada orang yang tidak disukai. Tunjukkan tingkah-laku dan tauladan yang baik kepada rakan dan musuh. Perkuatkan parti dan Jemaah sebelum tergopoh-gopoh melakukan sesuatu dengan niat mahu meraih sokongan politik. Setiap suatu perbuatan hendaklah dibuat kerana Allah bukannya kerana kepentingan peribadi. Tidak boleh bersifat hiopokrit. 

Pemerintahan Islam bukannya tidak pernah dilaksanakan di Nusantara ini. Malahan di beberapa negeri di Tanah Melayu seperti Terengganu dan Kelantan pernah melaksanakan pemerintahan Islam untuk beberapa abad lamanya. Ada pun Terengganu mencapai zaman kegemilangannya di bawah pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Baginda adalah seorang raja yang sangat warak serta tidak jemu-jemu mendalami ilmu agama. Baginda menjadikan para ilmuan dan cendiakiawan Islam sebagai penasihat dan guru. Ini komen Frank Sweetenham, Gavernor Negeri-Negeri Selat di waktu itu mengenai Sultan Zainal Abidin. 

“….Sultan Zainal Abidin III itu adalah seorang yang sangat pendiam, dan seorang Islam yang sangat soleh. Dasar pemerintahan yang dijalankan baginda tidaklah akan menceburkan diri baginda kepada kebinasaan……….Baginda bukanlah seorang yang KAYA……”

Frank Sweetenham gagal memujuk Sultan Zainal Abidin III untuk membawa Terengganu bernaung di bawah British, malahan kerajaan Siam juga tidak berani menyerang Terengganu di bawah pemerintahan baginda.

Di Kelantan pula Sultan Mansur (1890-1900) adalah merupakan raja yang amat disanjungi rakyat kerana sifat zuhud dan soleh baginda. Baginda sentiasa mendampingi ulamak dan bagindalah yang memerintahkan supaya wanita-wanita di Kelantan menutup aurat apabila keluar rumah. 

Selangor mempunyai seorang raja yang warak dan amat disayangi rakyat iaitu Sultan Sulaiman Shah (1898-1938). Beliau sangat mencintai ulamak dan berusaha keras memajukan negeri Selangor serta membangunkan agama Islam dengan membina masjid-masjid terkenal serta pusat-pusat pengajian Islam di Selangor. Sultan Sulaiman menulis puisi-puisi agama yang memberi kesedaran kepada rakyat supaya rajin menuntut ilmu untuk kemajuan dunia dan akhirat, menyeru supaya rakyat melaksanakan perintah agama serta menyangi kedua ibu bapa. 

Perak juga mempunyai Sultan yang mempamirkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam yang mulia iaitu Sultan Iskandar Shah (1918-1938). Selain menjadi seorang mukmin yang sejati, baginda juga amat mengambil berat terhadap kesejahteraan rakyat. Di antara jasa-jasa baginda ialah memperluaskan Rizab Simpanan Melayu (bukan menjual seperti rejim UMNO sekarang), melaksanakan rancangan perairan Sg Manik dan Kenas serta menjalankan kempen tanaman padi, mengadakan pasar minggu supaya petani dapat menjual hasil tanaman dan menubuhkan Tabung Bantuan Petani hasil dari potongan gaji dan elaun baginda sendiri.

Jika di Malaysia ini ada sultan, PM atau Presiden PAS yang memiliki sifat-sifat Sultan-Sultan yang saya sebutkan di atas, jangankan pindaan hudud kecil seperti yang ingin di buat oleh Kelantan, suatu sistem pemerintahan Islam yang complete dan komprehensif pun boleh dilaksanakan.

********************

Terima kasih Tuan Hashimi The Jigit. Semoga cita-cita umat Islam di Malaysia yang inginkan sistem pemerintahan Islam itu tercapai dan dapat dilaksanakan suatu hari nanti. InsyaAllah.

Wednesday, 8 April 2015

TUN MAHATHIR HENTAM NAJIB, ADA AKU KISAH?

Kawan-kawan dalam UMNO Whatsapp "Buka Blog Chedet." Kawan-kawan UMNO nak sangat Yong baca tulisan Chedet membelasah Najib. 

Dari kisah hilangnya MH370, pembunuhan Altantuya sehinggalah kes IMDB, Tun Mahathir tidak berhenti-henti mengkritik Najib.

NAJIB PERLU JAWAB SOALAN INI (CHEDET)

Ada aku kisah?

Dia kritik Najib, bukan UMNO.

Dia tetap pertahankan UMNO. Alasan dia kritik Najib sama dengan alasan dia kritik Pak Lah. Iaitu demi mempertahankan UMNO.

Pemimpin Pakatan Rakyat harus faham tentang matlamat Mahathir. 

THERE IS NO COMMON GOAL!

Pakatan Rakyat MAHU menumbangkan UMNO dan BN. Mahathir hanya mahu menumbangkan Najib.

PKR jangan ingat Mahathir Mohamad nak tolong menjatuhkan UMNO.

PAS jangan ingat Najib perlu ditolong kerana Mahathir Mohamad nak jatuhkannya.

Kalau tak faham politk, letak jawatan saja.