N3 kali ini khas untuk orang yang faham atau ingin memahami konsep Pengurusan Pengetahuan atau yang dikenali sebagai Knowledge Management.
Komponent utama Pengurusan pengetahuan ialah pembinaan pengetahuan yang merangkumi 3 proses, iaitu:
Knowledge Acquisition
Knowledge Sharing'
Knowledge Utilization
Dalam Bahasa Melayunya:
Pemerolehan Pengetahuan
Perkongsian Pengetahuan '
Penggunaan Pengetahuan
Komponent utama Pengurusan pengetahuan ialah pembinaan pengetahuan yang merangkumi 3 proses, iaitu:
Knowledge Acquisition
Knowledge Sharing'
Knowledge Utilization
Dalam Bahasa Melayunya:
Pemerolehan Pengetahuan
Perkongsian Pengetahuan '
Penggunaan Pengetahuan
Konsep ini baru saja distrukturkan oleh puak CIA Amerika Syarikat sebagai satu kaedah memperoleh kuasa daripada pengetahuan dan mengawalnya supaya tidak pupus.
********************
Apa kaitannya dengan Almarhum Nik Aziz?
Nik Aziz seorang hero. Semua masyarakat di Dunia mempunyai hero. Apabila hero itu meninggal dunia, maka dia menjadi legend. Semasa hayatnya hero ini banyak mengeluarkan kata-kata (idea/falsafah/prinsip/dasar dan lain-lain). Kata-kata itulah yang disimpan dengan rapi dan kemudian diperolehi semula oleh generasi akan datang sebagai maklumat yang dijadikan pengetahuan. Lepas itu pengetahuan ini dikongsi sesama mereka untuk diaplikasi demi mengurus kehidupan mereka.
Di Eropah, masyarakatnya bangga kerana ada Jean Jacques Rousseau, salah seorang pencipta konsep Kontrak Sosial. Antara falsafahnya, yang menjadi asas the Welfare State ialah:
Di Eropah, masyarakatnya bangga kerana ada Jean Jacques Rousseau, salah seorang pencipta konsep Kontrak Sosial. Antara falsafahnya, yang menjadi asas the Welfare State ialah:
“...in respect of riches, no citizen shall ever be wealthy enough to buy another, and none poor enough to be forced to sell himself.” (goodreads.com)
Di Amerika Syarikat, mereka mempunyai Abraham Lincoln. Kata-kata Abraham ini diterjemah oleh pemimpin US bahawa untuk mempertahankan freedom itu, mereka harus menjadi ketua, bukan khadam:
"America will never be destroyed from the outside. If we falter and lose our freedoms, it will be because we destroyed ourselves."(brainyquote.com)
Di negara komunis, mereka mempunyai Karl Marx. Walaupun komunis telah dijenamakan semula dengan berbagai-bagai nama, namun asasnya ia tetap menolak sistem kasta dan sistem kelas sosial:
"The history of all previous societies has been the history of class struggles." (brainyquote.com)
Di China pula, ada Mao Zedong. Kata-katanya menjadi inspirasi kepada pemimpin sekarang. Kerana itu China menghantar rakyatnya belajar dari negara kapitalis demi untuk membina negaranya sendiri dan melawan negara kapitalis:
"Learn from the masses, and then teach them." (brainyquote.com)
Di Mesir, mereka mempunyai Hassan Al Banna dan Sayyid Qutb.
Antara kata-kata Hassan Al-Banna yang terkenal:
"Pejuang muslim adalah seorang guru, yang mestinya memiliki semua sifat yang ada pada seorang guru: cahaya, hidayah, rahmat, dan kelemahlembutan."
Sayyid Qutb pula pernah memberi amaran:
“Fasad dan korupsi adalah natijah pasti daripada kezaliman, korupsi menjejaskan si penzalim dan menjejaskan rakyatnya. Merelakan dosa dan kejahatan adalah sama dengan merelakan jalan kepada penderitaan.”
Google saja kedua legend Dunia Islam ini, akan bertemu dengan banyak kata-kata hikmat yang boleh diterjemah kepada pengetahuan demi melestarikan perjuangan Islam.
Kesemua mereka telah meninggalkan dunia ini. Namun apa yang keluar dari mulut kedua mereka tidak hilang begitu saja. Masyarakat di seluruh dunia membaca tulisan mereaka dan menghalusinya sehingga kini. Tulisan-tulisan (ajaran) tersebut menjadi garis panduan kumpulan-kumpulan politik dan berkepentingan. Begitu juga yang berlaku kepada idea Abraham Lincoln, Jeans Jacques Rousseau, Karl Marx dan Mao Zedong. Mungkin ide itu sudah diubah-suai berdasarkan kepentingan masyarakat yang berubah, ia tetap dikenang atas nama pelopor-pelopor atau ilmuan tersebut.
Kata-kata pemimpin tidak memiliki paten.
Paten adalah lesen yang memberikan hak atau hak milik bagi tempoh satu set, terutama hak tunggal untuk mengecualikan orang lain daripada membuat, menggunakan, atau menjual ciptaan. Ilmu pemimpin tiada sifat ekslusif tersebut. Siapapun boleh menggunakannya.
Paten adalah lesen yang memberikan hak atau hak milik bagi tempoh satu set, terutama hak tunggal untuk mengecualikan orang lain daripada membuat, menggunakan, atau menjual ciptaan. Ilmu pemimpin tiada sifat ekslusif tersebut. Siapapun boleh menggunakannya.
Ini pula konsep Perkongsian Pengetahuan yang diamalkan oleh Nik Aziz, juga tiada paten:
"Ilmu itu tumpang menumpang, murid menumpang ilmu guru, guru juga turut menumpang kebijaksanaan muridnya. Itulah dia 'taawun' iaitu saling mengambil manfaat antara satu sama lain"(Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Teratai, 17 Mei 2010).
********************
Malangnya Kerajaan Mesir yang tamak dan bodoh telah membunuh Hassan Al Banna dan Sayyid Qutb demi mempertahankan hegemoni politik mereka.
Jika kedua pemimpin tersebut tidak dibunuh, mungkin negara Arab tidak menjadi kuda tunggangan Amerika dan Zionis Israel.
Adakah ketamakan dan kebodohan ini berlaku di Malaysia?
Tidak secara literal.
Tetapi pemenjaraan Anwar Ibrahim adalah sama dengan satu pembunuhan pengetahuan. Ia menghalang Anwar Ibrahim daripada "menumpangkan" ilmunya kepada rakyat.
Menerajang golongan pro Ustaz Ahmad Awang dan Mat Sabu dari pucuk kepimpinan PAS secara total juga satu pembunuhan pengetahuan. Ini kerana golongan ini tidak dapat berkongsi ilmu pengetahuan yang dimiliki kepada golongan yang menerajang mereka keluar.
Walau bagaimanapun golongan ini tidak pernah melupakan ajaran murabi mereka, Tuan Guru Nik Aziz. Anehnya, ajaran Almarhum Nik Aziz juga ingin dibunuh sekali.
BOLEH KITA MENGAMBIL IDEA NIK AZIZ TANPA MENYEBUT NAMANYA? |
Kumpulan pro Hadi, yang Nik Abduh menjadi Ketua Pemudanya telah membunuh Penggunaan Pengetahuan vis a vis "Tahaluf Siyasi" versi Tuan Guru Nik Aziz:
SALAHKAH JIKA GERAKAN HARAPAN BARU INGIN MENERUSKANNYA? (FMT) |
Nik Abduh lupa Hadis ini:
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara yaitu: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)
Hadis itu memperingatkan kita bahawa ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain akan terus mengalirkan pahala bagi orang itu walaupun pengajar itu telah meninggal dunia.
Nik Aziz juga mengingatkan kita, jika ulama mahu digelar pewaris Nabi, dia mestilah cerdik:
"Dalam perjuangan ini, idola kepada para pejuang ialah Rasulullah SAW. Sebagaimana Rasulullah SAW merupakan seroang yang bersifat dengan sifat fatonah (cerdik), demikianlah kita sebagai seorang pejuang, perlu bersifat dengan fatonah. Fatonahnya kita ialah dengan mempelajari semula sejarah Rasulullah SAW dan melaksanakan dalam kehidupan kita pada hari ini..." (Petikan ucapan YAB Tuan Guru MB Kelantan di Majlis Pelancaran Pendaftaran 100 Ribu Ahli PAS di PUTIK, Pengkalan Chepa pada 16 Disember 2011).
Janganlah kita menjadi manusia yang gagal berkongsi pengetahuan, lalu menjadi tidak cerdik dan kekal kerugian.
Hadis ini buat peringatan kita dan diri sendiri:
مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا
“Barangsiapa yang berdakwah kepada petunjuk (kebaikan) maka dia mendapatkan pahala seperti pahala yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.” (HR. Muslim dari Abu Hurairah).
Wallahuaklam.
GHB sudah cukup hebat tak perlu guna nama ayah Nik Abduh ni, biarlah Nik Aziz menjadi idola di dalam hati kita sahaja kerana penghayatan terhadap apa yang ditunjukkan Nik Aziz itu lebih penting dari menggunakan namanya.
ReplyDeleteSalam asri adnan
DeleteSetuju.
Tapi kita iktiraf ajarannya. Sebab tu sebut namanya. Kalau tidak nanti ada yang kata: Eleh tak original. Itu semua curi idea Nik Aziz.
Baik terus terang.
Salam Yong
ReplyDeleteApalah yg nak diharapkan daripada org yg tak nak keluar dari kepompong zon selesa mereka.
Nak jadi MP tapi tak suka bercakap. Sebab lebih suka menulis.
Nak jadi ketua gerombolan tapi tak suka berbahas. Lepas pemilihan baru nak bagi tau... nasib baik menang dgn cai.
Ntah berapa kitab yg dia telah hasilkan... tapi dgn bangga mengaku ulama..
Kali ni Yong nak cakap pasai knowledge management tentang mamat ni, jauh panggang dari api ler jawapnya... dia akan faham ker? Sebab selama ni pun off track memanjang macam saya cakap awal tadi...
Apa pun semoga dia diberi hidayah dan ilham oleh Allah SWT agar pengundi Pasir Mas dapat manfaat drpd undi yg telah mereka beri padanya ....
Salam Mohd Daud Sulaiman
DeleteSedey! Camni jadinya anak seorang murabi.
Memang ilmu dan kebolehan itu tidak dapat diwarisi secara hereditary.
tu dia eh....kihkihkih......panjang bejela hujah nak buktikan yang kadang2 kuah tumpah juga atas meja makan...bukan ke nasi....
ReplyDeleteSalam otoote
DeleteBila kita tuang kuah nak bagi sedap makan, dia kalihkan pinggan nasi. Kuah tumpah bukan salah orang yang menuangnya, tapi salah orang yang kalihkan pinggan.
Salam Yong.
ReplyDeleteSeorang pemimpin dan ilmuan kepunyaan masyarakat.Anak hanya zuriatnya saja dan tidak semestinya anak itu mewarisi bakat kepimpinan dan keilmuan ayahnya.Sesiapa boleh mengambil manfaat dari seorang tokoh pemimpin tersebut waima dia telah meninggal dunia.Nik Abduh kena akur dan sedar dan tidak perlu mencemburui orang lain atau pihak yang bertentangan dengannya.
Perlu juga menghargai dan mengingati jasa jasa Anwar Ibrahim, dia adalah diantara pelopor dan perintis integriti pendidikan agama dan akademik.Kalau sebelum ini, sekolah agama hanya belajar agama sahaja tanpa mempelajari matematik dan lain lain.Sedangkan matematik itu penting bagi tujuan pengiraan zakat dan falak.Di era beluau menjadi menteri pendidikan dimulai dan banysk diwujudkan sekolah agama integriti sama ada asrama penuh dan lain lainnya.Hingga kini telah wujud tahfiz sains hasil usaha Anwar Ibrahim serta rakan rakannya di dalam ABIM.Malangnya ramai ustaz muda kini yang mendapat manfaat ini menempelak dan menghina beliau.
Proses pembelajaran yang berterusan mungkin.
ReplyDeletesalam yong
ReplyDeleteabt 30yrs ago a senior Ikhwan Mesir was asked by Msian students apasal Ikhwan tak rampas kuasa. Dia jawab masyarskat masih blom terima ....kita rampas hari ni ...esok depa rampas balik. So IM moves as badan dakwah until recently they decided to masok election. Morsi won ...moved as Islamist partyand after a yr was toppled.
Erdogan moved as secular party and won. After 12 yrs declared as secular party and raised the Turkish economy....build up education and society towards Islamization in a heavily secular Turkey. After a decade...the military - custodian of secular Turkey-....boleh solat jemaah di masjid.
I dono which model will work here. True that kemenangan itu milik/hsk Allah irrespective of any models and each and maybe both were right. IM use Hassan alBanna template. AKP use Badeeuzzaman Said Nursi template.
I am a liberal...so am inclined towards AKP model hehehe.
Tulis rengkas je ni just for a tot.Perhaps Msia is a different backgroynd than both societies.Saja mintak pandangan oghang ceghodik...kihkihkih
Salam.
ReplyDeleteNik Ab-duh...again ?? He, we can just say, "Duh" ...as his name suggests whenever he opens his mouth to the press !! Better just shut his F mouth !
Hes akin of a freaking bigot ! Clearly such an annoying idiot to many neutrals ! Pemuda PAS takkan hebat & disegani bawah kepimpinan ketua macam such a "Duh" leader... reckon PAS going downhill hitherto !
WE can't get all what we want no matter how much we ache for it ! Be cool ! 1 step at a time !