Bujang suruh Buntal pergi kencing kat kebun Minah Lawa. Bukan ada masalah apa kat kebun tu. Bujang cuma dengki jer sebab kebun Minah Lawa ramai orang datang puji. Tetapi lepas kena kencing, kebun Minah Lawa nampak makin berkembang. Pokok-pokok kelihatan semakin segar.
Boboy yang duduk di seberang jalan dah lama perhati perangai Buntal ni. Bila Bujang upah Buntal kencing kebun Minah Lawa dia pun hairan.
"Apa hal pulak si Bujang ni? Tak faham sains ke? Kan si Buntal tu arnab. Kencing arnab jadi baja le...isy! isy! isy!"
Bila Boboy tegur Bujang secara terbuka, maka malulah Buntal kerana menyamarannya telah terdedah. Dia ingat siapapun tak perasan yang dia menyamar sebagai kucing jantan. Semua orang tahu, kucing nampak comel. Dia mudah keluar masuk kebun sebab Minah Lawa suka kucing. Kat kebun dia pun ada kucing lawa nama dia Mulu. Kalau Mulu tahu dia arnab, habislah dia jadi sarapan.
Masa dia menyelinap ke kebun, Mulu jeling semacam jer. Tapi Minah Lawa panggil Mulu masuk. Masa tu memang dia heran. Tapi sekarang baru dia tahu, Minah Lawa dah pasang perangkap. Dia kutip balik kencingnya dan jadikan baja. Cis! Malu sungguh!
Tetapi malu Buntal tidaklah sebesar malu Bujang. Sekarang Bujang tak tahu nak cakap apa dengan Bos Besar. Dia tahu Bos Besar sudah susah payah mendapatkan sokongan lebai-lebai kampung yang berdiri teguh di belakangnya untuk menangani masalah kebun dia yang kering kontang seperti dilanda musim kemarau itu.
Terfkir pula, bagaimana kalau sekat jiran-jiran keluar kampung supaya malu ini jangan tersebar?
Sekian, ngomelan pagi Jumaat.
Yong, kebun mesti dijaga bersih. Tak leh ditumbuhi semak, nanti banyak ular. Lagi satu kalau kebun bersih sapa kencing pun dari jauh dah nampak.
ReplyDelete