Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 29 July 2015

LEPAS BUANG MUHYIDIN, ADAKAH NAJIB AKAN BUBAR PARLEMEN?


Kalau Yong pun, tentu tak tahan jika timbalan asyik mengkritik dan memalukan Yong di khayalak ramai. Bukan sekali dua, tapi banyak kali.

Inikan pula Najib, Perdana Menteri Malaysia yang menang melalui pilihanraya - walaupun dia sangat wasatiyyah, tawadhuk dan baik hati sedia mendengar. Tak kira siapapun:

BUDAK GAGAL UNIVERSITI PUN NAJIB LAYAN (MALAYSIAKINI)

Takkan nak sabor ajer kan?

Akhirnya dia buang juga duri dalam daging 1MDB itu.

Walau bagaimanapun, adakah pemecatan Muyiddin ini akan jadi senyap sunyi jer? Lebih-lebih lagi Muhyiddin masih lagi Timbalan Presiden UMNO.

Malaysiakini melaporkan sejam setelah dipecat, kenyataan rasmi Muhyiddin telah mendapat 94,000 likes dan 6,000 komen. Rata-rata komen itu menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.



Walau bagaimanapun, sokongan ramai itu tidak sampai kepada bahagian penyelidikan PAS yang pernah menyokong Khalid Ibrahim supaya dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor (Presiden PAS mendakwa sokongan terhadap Khalid Ibrahim berdasarkan penyelidikan):

KENYATAAN PLAYSAFE HADI (ASTROAWANI)

Kenyataan Presiden PAS ini tidak selari dengan pendirian pemimpin pembangkang lain yang tidak percaya kepada pentadbiran Najib lagi:

MANA PEMIMPIN PAS? (TMI

Mufti Perlis, Dr Asri pula menulis di dalam Facebooknya secara berkias:


SIAPA YANG DIMAKSUDKAN? (FACEBOOK)

Walaupun Dr Asri tidak menyebut nama sesiapa dalam status Facebooknya, tetapi pengunjung yang memberi komen rata-rata mengaitkan sabda Rasulullah itu dengan senario politik Malaysia, khususnya kerajaan pimpinan Najib.

Mungkinkah selepas menerajang Muhyiddin keluar dari kabinet dan menyusun orang-orangnya, Najib akan membubarkan Parlemen?

Mungkinkah Najib akan mengambil kesempatan terhadap keadaan pakatan pembangkang yang jelas kucar-kacir kerana PAS seperti sudah "oblivious" dengan kekusutan sosio-ekonomi dan politik Malaysia masakini? 

Mungkinkah jawapannya akan kita dapati dalam bulan Oktober ini?

Segalanya mungkin... dan yang pasti:

Pemimpin berebut jawatan,
Ringgit jadi taruhan,
Hudud jadi tebusan,
Rakyat tidak ketahuan.

MANGSA BANJIR DI KELANTAN






6 comments:

  1. Yong

    Komen Muhyiddin adalah komen biasa seorang ahli politik jika kita baca komen itu secara stand alone. Tak tahulah jika ada sesuatu tindakan politik Muhyiddin yg kita tidak nampak mengundang bahaya keoada Najib.

    Tetapi 2 perkara yg dibuat Najib amat merisaukan kita. Pertama penamatan AG dikala penyiasatan tentang isu duit USD 700 didakwa masuk keakaun perbadi Najib. Kedua penyiasatan PAC keatas 1MDB yang akan masuk kpd fasa paling penting awal Ogos ini telah dihentkkan secara tiba2 dengan melantik kesemua wakil BN didalam PAC menjadi menteri dan timbalan menteri.

    Pada saya iisu paling utama afalah tindakan Najib menamatkan perkhidmatan AG dan pemberhentian siasatan PAC itu yang amat merisaukan dan perlu dirisaukan ol3h rakyat. Kedua tindakan ini dibuat dikala dikatakan AG mungkin akan mendakawa individu2 berhubung dgn pemindahan wang ke akaun peribadi Najib. At same lev3l wif tis ialah minggu depan bekas CEO dan CEO 1MDB dijadualkan akan memberi keterangan kepada PAC. Jika ini berlaku maka cerita sebenar apa yang terjadi kepada 1MDB mungkin akan terbongkar dan ini akan ada kaitan dengan Najib.

    Jika kita lihat 2 isu ini sebagai isu sebenar yang ditakuti oleh Najib, kita baru boleh kait dengan pemecatan Muhyiddin. Tindakan pendakwaan oleh AG dan keterangan-keterangan oleh bekas CEO dan CEO 1MDB sudah tentu very explosive yang akan memberi kesan besar kepada keupayaan Najib untuk terus meniadi PM dan mengelak memikul tanggungjawab terus dalam 2 isu ini - maka pemecatan Muhyiddin adalah untuk mengelak tekanan politik yang akan dibuat oleh kem Mahathir-Muhyiddin supaya Najib diberhentikan secara tiba-tiba. Jadi tindakan memecat Muhyiddin merulakan satu expediency dan satu pre emptive move untuk mengelak Najib dari dipecat kerana 2 perkara yang saya sebutkan diatasakan meletup dan memusnahkan Najib.

    Now Najib is gone politically. Its a matter of time, when he will fall, and fall flat on his face while all the debris he tried to hide bury him. Najib is putting one rope after another around his neck and he has put lots of them. We need to wait wat would be the issue tat will strangled him completely. Dengan kata lain Najib dah sain mati. Kita tahu perangai Najib- either dia dia atau jika dia bertindak, its always overdone to the max....akhirnya damage diri dia sendiri.



    ReplyDelete
  2. Muhyi mangsa pertama najis

    Seterusnya zahid izudin Shah 6bulan jer tpm

    Selepas hisapudin jd tpm maka muflis botak akan jd mof dan mamakutyy berhenti menyalak...

    Tq upco . Yahudi . Dan cia di atas strategi dan nasihat kamu

    Kami mahu imno liberal dan pas ortodox kusai Malaysia sehingga jahanam

    Esok us1 = rm 4.80,jgn luper kan kami... Donate lah kpd blog Yong okay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Malaysiabaru

      Bunyi komen macam orang marah jer. Sabor yob. Manusia merancang. Allah menentukan.

      Setakat ini pak lebai2 takde klu macam mana yang urus organisasi, inikan pula nak tadbir negara.

      TQ APCO. Kerana mu ku nampak apa di sebalik topeng lebai.

      Anyway, Yong tak pernah minta derma.

      Delete
  3. Walaupun DS Anwar berjaya mereka diamkan dengan dipenajarakan namun mereka tetap tidak aman. Ingatlah bahawa Allah sentiasa melihat perbuatan kita. Walaupun AG dipecat, TPM dipecat belum tentu kedudukan DS Najib selamat, Sesungguhnya perancangan Allah lebih hebat dari perancangan manusia. Kalau rasa2 bersalah dalam merompak duit rakyat, letaklah jawatan jangan menyusahkan rakyat, sesungguhnya doa orang yang dizalimi tiada hijab dengan Allah.

    ReplyDelete
  4. Najib xkan bubar parlimen dlm masa terdekat, itu harakiri. Plan Najib adalah untuk menyelamatkan dirinya sehingga PRU 14. Itu je plan Najib sekarang. Berapa lama Najib boleh bertahan bergantung kepada reaksi rakyat, ahli UMNO dan perkembangan2 semaasa yang mendatang. Manusia merancang tetapi Allah menentukanNya.

    Jangan harap Muhyiddin akan melawan balik. Dia jenis main playsafe lagipun harta dah bertimbun, buat apa cari bala macam Anwar.

    ReplyDelete
  5. Bat8 man buta,

    Kimak ko kata Anwar cari bala...
    Batman selalu cari bala tapi selalu Terlepas..


    Anwar pernah bantu umno dan mamakuty dalam memajukan negara sehingga 8tahun tiada deficit budget...

    Muhyi bantu apa? Sekolah takde bumbung
    Zahid bantu apa ? Sabah takde drone .. Kpn pegi bangkok kena kencing...

    Anwar tak cari bala mcm.batman tapi cari redha illahi bersama rakyat

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.