Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 1 August 2015

NABI SURUH BUNUH KUMPULAN YANG DATANG BAWA MARI PARTI ISLAM...: TUAN GURU AWANG LANAI

Rencana berikut pada mulanya diterbitkan oleh Harakahdaily pada 30/7/2015. Ia kemudiannya telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun edisi tersebut, pada pagi ini rencana berkenaan masih bertapak di facebook berikut:

https://www.facebook.com/harakah.kedah/posts/911641308901149:0

TEGAS TANGANI ANASIR DALAM JAMAAH

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
30 Julai 2015.

ALOR SETAR: Tokoh ulama PAS Negeri Kedah, Tuan Guru Abdul Wahab Hassan melontarkan peringatan bermakna untuk direnungi seluruh anggota Harakah Islamiyah PAS berhubung pendirian dan tindakan terhadap situasi dalaman yang sedang melanda jamaah masa ini.

Menurutnya, terdapat empat kewajipan utama pemimpin dengan perkara pertama adalah ‘tanfizu syariah’ iaitulah meluluskan syariah sekadar boleh dan termampu, di mana hasrat itu tidak ada pada parti Islam baharu yang disebut-sebut akan ditubuhkan.

Kedua ujarnya, ‘masyru dakwah’ iaitulah mengibarkan dakwah seluas-luasnya dan ketiga adalah ‘au qadau ala tawarih’ yakni segera menyelesaikan segala bentuk penyelewengan terutama di dalam jamaah.

“Saya tengok terlalu lewat bertindak dari pimpinan. Semua yang ternyata bawa cela (kerosakan) tak patut lekat (berada) dah, bagi saya jangan taruh (simpan) dah. Puak ni taruh jadi bahaya, jadi duri dalam daging,” tegas beliau yang dikenali dengan julukan Tuan Guru Awang Lanai.

Manakala keempat katanya, ‘idadu jaish ‘ila ikalimatillah’ iaitulah menyediakan sebanyak mungkin tentera atau kumpulan tenaga kerja untuk meninggikan kalimah Allah.

Beliau turut memetik takrif kepimpinan oleh Imam Al-Mawardi RA dari kitab Ahkamu Sultaniah yang bermaksud “Kepimpinan diasaskan sebagai pengganti Nabi-nabi meneruskan sistem pemerintahan dalam menjaga agama dan urus tadbir dunia dengan hukum hakamnya dan pegangan mereka di tengah-tengah ummah adalah wajib disepakati”.

Perkara itu terangnya, telah tercatat sejak tahun 450 Hijrah lagi, malangnya ulama-ulama di dalam Umno membutakan mata dan membisu terhadap perkara itu kerana menjaga periuk nasi dan kepentingan peribadi.

“Ini sebab depa (mereka) belajar (agama) mula tujuan macam tu dah. Sebab tu saya pesan kepada pelajar kita yang pergi mengaji luar negeri, jangan niat pergi belajar tu untuk nak cari makan gaji, nampak kuasa dan sebagainya.

“Siapa yang niat tujuan dia belajar (agama) macam tu, Allah akan turunkan dia tiga bala. Yang pertamanya dibalakan dengan jawatan. Kedua Allah letakkan dia dipinggir negeri di tempat tidak ada orang boleh kira berbicara.

“Bala ketiga Allah Taala matikan ketika umurnya muda lagi, tak sampai had pencen akan mati awal. Jadi yang belajar kerana tujuan tu, tengok dalam kitab Ihya’ Ulumuddin Imam Ghazali sebut nasihat ni kepada pelajar-pelajar.

“Jadi, pergi luar negeri kena niat elok nawaitu. Ingat niat nampak habuan besar, balik rupanya jumpa tiga bala ni,” ujar Mudir Pondok Tahzibun Nufus Lanai, Parit Panjang.

Kerana itulah katanya, pemilihan pemimpin dalam Islam, apatah lagi jamaah Islam, mestilah mereka yang ahli agama dan sekiranya tidak, bermakna parti atau kumpulan tersebut hanya ada Islam pada nama semata-mata.

Malah menurutnya, sebagaimana pemimpin itu adalah pengganti Nabi menjaga agama dan politik dunia, maka perlantikan pemimpin di kalangan umat juga wajib dengan ijmak ulama.

Beliau yang berpengalaman hampir 30 tahun sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Baling turut menggesa pimpinan agar segera bertindak terhadap semua anasir di dalam jamaah dan akuinya pernah menyampaikan perkara tersebut kepada pimpinan.

“Jangan bela, jangan beri layanan langsung kepada puak-puak baru timbul ini sama ada PasMa, G18, kena pisah hapus jangan bagi sempat tumbuh.

“Dalam hadis riwayat Muslim ada kata, “Barangsiapa yang datang kepada kalian sedang urusan kalian berada di tangan seorang lelaki (pemimpin), lalu dia hendak memecah belah ikatan kesatuan dan mencerai beraikan jamaah kalian, maka bunuhlah dia”.

“Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga. Dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, Nabi suruh bunuh, jangan taruh."

“Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak. Ini hadis sahih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu. Tapi orang tak percaya hadis dan Quran payah kira. Orang ni tak sah untuk lantik pimpinan,” tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an-Nisa’.

Katanya, Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam pemerhatiannya mengambil pandangan mereka daripada golongan bukan Islam terutama DAP berdasarkan sikap berdiam diri anggota GHB tatkala DAP menyerang pimpinan PAS, di mana diam itu adalah tanda setuju.

Sedangkan katanya, serangan DAP itu adalah kepada para alim ulama dan dasar Islam yang diperjuangkan PAS.

Beliau menggesa agar golongan seperti itu jangan dibawa masuk ke premis dan entiti jamaah serta dijauhi.

Membaca petikan kitab, Tuan Guru menyebut, mendepani gerak kerja jamaah adalah wajib atas setiap Muslim dan mengerjakannya dan melunasinya adalah tanggung jawab yang dituntut serta dipertanggung jawabkan di hadapan Allah.

“Akan ditanya kamu kerja tak untuk kuatkan jamaah Islam. Tuhan akan tanya kamu buat tak kerja ni? Tahap mana kamu kerja? Itu saja akan ditanya. Kita hidup atas muka bumi kuatkan tak jamaah Islam?

“Ini kadang-kadang tak ambil tahu langsung masalah jamaah Islam nak hidup atau mati, senyap saja. Nabi kata, “Setiap amalan dicatat dan dipegang dengannya pertanggung jawaban atas mereka”.

“Kerana inilah Islam seru kita untuk tempatkan diri dalam jamaah dan tegah untuk pencilkan diri ketika adanya jamaah. Kalau tak ada, wajib kita bantu tubuhkan jamaah. Jelas kena ada jamaah sehingga kalau pemimpin menyeleweng sekalipun, zalim sekalipun tetap kena duduk dalam jamaah,” terang beliau.

Tuan Guru turut membacakan hadis Nabi di mana menegaskan sesiapa keluar dari jamaah yang telah terpimpin maka boleh dipenggal lehernya kecuali ia kembali kepada jamaah dengan menegaskan bahawa hadis itu kuat kerana terdapat dalam Musnad Imam Ibnu Hambal, Sunan Tarmizi dan Sahih Muslim.

Jelasnya, terjadinya perkara-perkara sedemikian adalah disebabkan berjuang dengan tidak berpandu al-Quran dan hadis serta berjuang mementingkan jawatan dan kebendaan, bukan menuju akhirat. 


********************

Aneh sungguh kerana rencana di atas ternyata memusuhi semua golongan di luar PAS, termasuk Gerakan Harapan Baru dan UMNO.

Tidakkah rencana tersebut merbahaya kepada kesejahteraan rakyat Malaysia?

Pak Jakim, mengapa diam sahaja, apabila ada "ulama" membuat "fatwa" ikut suka kepala otak dia sahaja?

Pak polis, bukankah ini ancaman kepada rakyat Malaysia yang ingin melaksanakan haknya dalam sistem demokrasi di Malaysia?

Oleh keran rencana itu diterbitkan sekarang, ternyata tujuannya adalah untuk menghalang sokongan ahli PAS kepada Gerakan Haparan Baru yang dijangka membentuk sebuah parti politik alternatif kepada PAS.

Adakah tindakan menakut-nakutkan ahli itu berjaya?

Adakah ugutan berjaya menjauhkan rakyat Malaysia dari Gerakan Harapan Baru?

Ini zaman Internet. Bukan zaman masa tok guru Awang Lanai belajar agama dahulu.

********************

Berikut sambutan orang Besut terhadap program Penerangan Harapan Baru yang diadakan pada 31/7/2015, sehari selepas "fatwa" tok guru di atas.

Biar gambar berbicara:







Alhamdulillah. Kabarnya tiada berlaku apa-apa episod - baik baling telur, pergaduhan dan sebagainya. Tak apalah kalau yang ramai-ramai datang itu mahu mendengar. Sekurang-kurang mereka dapat maklumat dari kedua pihak. Tidaklah mereka duduk dalam pondok dan mendengar hasutan adu-domba dari golongan yang sebenarnya gila jawatan, tapi tak tahu buat kerja. Kemudian terus jatuh hukum.

Sama ada mereka akan menyokong parti baru selain PAS selepas mendengar penerangan tersebut, terpulanglah. Itu hak masing-masing. Tiada siapa yang berhak menghalang kita berjuang demi melaksanakan perubahan yang lebih baik.

Yong tanya, tok guru boleh jawab? "Adakah orang baik ini disuruh bunuh juga?"

FACEBOOK HUSAM MUSA

Diharap pihak yang berkuasa mengambil tindakan dengan adil.

Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)--

(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;

(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;

(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan--

(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.


10 comments:

  1. Salam yong:
    Napak gayanya Kepimpinan PAS seperti hadi dan Haron Din, Jelas nak bawa PAS kembali ka zaman sebelom 1998.Statement-statement di atas amat merbahaya terutama sekali kepada pengikut-pengikut yg fanatik.Apabila PAS mengambil keputusan menjadi parti POLITIK SECULAR,mereka kena ikut terma-terma secular,maka tidak timbul ,islam itu PAS,PAS itu islam,DAP,PKR adalah wadah politik secular sama sahaja dengan PAS,mengunakan wadah politik untuk dapatkan majority rakyat untuk mendapatkan KUASA.kebanyakkan ahli-ahli PAS CONFUSE,parti politik secular dan jemaah islam yg dibawa oleh rasulallah.
    WALLAHUALAM.

    ReplyDelete
  2. Besut terkenal dgn ayoh Ping Besut

    Resort ayoh Ping yg menyajikan minah ozy minah kazakhstan dan Vietnam... Buat apa ibadat kpd tuhan tanpa kenikmatan seks... Tuhan suruh buat gitu kato ayoh Ping. tambah umat nabi..

    Maka di haramkan ayoh Ping seperti juga Al arqam...

    Yang belum di haramkan pasrti ajaran sesat pas...

    Knp tak haram pas?,sebab ayoh Ping Marang kata kena sokong Najib bagi lah peluang Najib rembat 2.6b lagi ... Apa pun tak lama ada projek bangsar harun djin dgn 1mdobi.. Masyuuuk 1b

    Ye lah... Seasatlah kita semua kerana aularrrrmak ini. Hidup ghb!!!

    ReplyDelete
  3. Hadis dan Al-Quran perlu ditafsir dengan sebaik2nya.Jangan tafsir ikut sedap diri sendiri sahaja.Jangan asyik nampak salah orang sahaja. Jika nak menghakimi sesuatu hakimlah dengan seadil2nya.Kaji dan siasat kenapa PAS jadi begini.....

    ReplyDelete
  4. Bunuh dan perangilah jika kamu rasa kamu dipihak yang benar. Tapi ingatlah bahawa kami juga yakin bahawa kami di pihak yang benar. Jadi mungkin sebelum pihak tuan guru rapat, sepak terajang dah naik ke muka!

    ReplyDelete
  5. Salam Yong

    Teman rasa dah banyak dah ulasan maksud hadis yang memberitahu tindakan yg perlu diambil ke atas orang yg memecah belahkan jamaah. Dr Maza sendiri dah menjelaskan apa maksud "jamaah" dalam hadis tersebut dengan merujuk pendapat ulamak sebelum ni.

    Inilah pendekatan Ustaz Taliban, menantu presideng dan lain-lain Geng Ustaz dalam menghadapi kumpulan yg dijebonkan dan dihalau sebelum Muktamar PAS baru-baru ini.

    Kalaulah itu pendekatan mereka, nak diikutkan dah lama pengikut PAS layak dibunuh sebab menentang UMNO dengan menggunakan pendekatan ini. Ini kerana UMNO yg memerintah Malaya/Malaysia yg agama rasminya agama Islam dan ketua agamanya adalah Agong dan bukannya Presiden PAS... Kenapa pulak PAS boleh menentang pemerintah Islam dalam hal ini. Sebab kena batang hidung mereka sendiri, maka boleh? Kalau orang lain, jebon, boleh bunuh? Sedapnya mulut...

    Saya hormat Tuan Guru Awang Lanai. Tapi minta maaf, beliau khilaf dalam perkara ini.
    Kenapa? Dalam keadaan biasa, hak membunuh adalah kuasa negera. Dalam keadaan biasa sekarang ini, apa hak orang awam, iaitu pengikut PAS membunuh pengikut GHB atau PASMA? Kalau hak tersebut dikatakan wujud kerana PAS adalah parti politik yg berteraskan Islam maka pengikut PAS dah lama lanyak dibunuh sebab menentang UMNO yang memerintah Malaysia yg agama rasminya adalah Islam dan yg menjalankan tugas-tugas utama pemimpin Islam negara iaitu Agong.

    Amacam? Ada berani??

    ReplyDelete
  6. Tghh mempunyai pandangan jauh sbg ulamak. Ada masa ulamak tidak perlu menjawab persoalan yg dikemukakan dan tidak perlu raikan soalan jika ia mendatangkan manipulasi golongan yg berniat merendahkan ulamak. Faham?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masa ulamak juga perlu membiarkan fitnah maki cerca sesama jemaah

      jauh sungguh pandangan hingga ke Nippon

      Delete
  7. Teruskan je lah buat parti baru kalau tak boleh terima pendapat ulamak muktabar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ularmak mu' tebar roti canai ?

      tqvm rosli, memang kami akan tubuh parti baru kerana ularmak PASsekarang sudah mengotorkan serban dan jubah mereka sendiri.

      kami suka serban dn jubah yg putih bersih mcm yg dipakai Almarhum TGNA dan Almarhum Ust Fadzil Nor... bukan saja putih bersih tp tiada jangkitan jin...

      dan jubah serban putih yg harum tanpa bau2 ketiak umno

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.