Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 23 October 2015

PENGGANTUNGAN YB LIM KIT SIANG TERUS DIPERTIKAI (PT 1)

Ramai aktivist parti mempertikai penggantungan YB Lim Kit Siang (DAP) selama 6 bulan. Antaranya ialah Zulhazmi Shariff, seorang peguam dan ahli DAP yang vokal menyuarakan pandangannya mengenai pelaksanaan undang-undang dan peraturan di Malaysia. 

Yong kongsi buat yang tiada facebook. Berikut kenyataannya:


BAHAGIAN 1 - KENAPA YB LIM KIT SIANG DIGANTUNG?

Pada Isnin 19/10/2015 semasa mencelah perbahasan Ahli Parlimen Sepang YB Hanipa Maiden, YB Lim Kit Siang (LKS) bertanya, adakah tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin menghentikan prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara [PAC] daripada menyiasat skandal 1MDB adalah salah guna kuasa kerana Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat tidak mempunyai peruntukkan membolehkan Speaker bertindak demikian. YB LKS seterusnya bertanya adakah tindakan Tan Sri Speaker itu suatu tindakan diktator.

Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]: Adakah Yang Berhormat Sepang bersetuju bahawa tadi kita dengar satu tafsiran daripada Tuan Yang di-Pertua mengenai Standing Order 77. Itu sahaja tafsiran sahaja. Oleh sebab adakah Yang Berhormat Sepang setuju bahawa Tuan Yang di-Pertua semua Tuan Yang di-Pertua saya hormat, tidak ada kuasa untuk memberhentikan PAC daripada bermesyuarat. Itu satu salah guna kuasa.

Oleh sebab, itu tafsiran keputusan sama ada Standing Order 77 tidak mencegah PAC daripada bermesyuarat sungguh tidak ada. Oleh sebab tidak ada pengerusi ialah dewan yang mulia ini bukan Tuan Yang di-Pertua. Tidak ada peruntukan diberi kuasa kepada Tuan Yang di-Pertua untuk berhentikan satu jawatan kuasa khasnya PAC daripada bermesyuarat. Adakah Yang Berhormat Sepang bersetuju ini satu salah guna kuasa yang Tuan Yang di-Pertua tidak patut berlaku dan ini merupakan satu sabotaj penyiasatan 1MDB, satu skandal besar antarabangsa. Itulah.

YB LKS digantung melalui suatu usul kerana dikatakan mengjina Speaker kerana mengatakan Speaker salah guna kuasa dan diktator.

Adakah benar Speaker salah guna kuasa seperti yang dikatakan oleh YB LKS?

Untuk mengetahuinya kita perlu lihat asal usul perbahasan dan meneliti Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang berkaitan.

Perbahasan pd hari tersebut berkaitan perlantikan Penngerusi PAC yang baru kerana Pengerusi PAC dan beberapa anggota PAC telah hilang kelayakan kerana dilantik oleh Najib menjadi Menteri dan Timbalan Menteri. Apabila PAC tidak mempunyai Pengerusi, Speaker telah menangguhkan semua prosiding siasatan PAC yang telah dijadualkan sementara menunggu perlantikan Pengerusi baru. Ini yang dipertikaikan. Adakah Speaker mempunyai kuasa menghentikan prosiding PAC dan adakah tindakan tersebut adalah salah guna kuasa.

PAC diperuntukkan di dalam Peraturan 77 Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan.

Peraturan 77 (2) menyatakan bahawa PAC hendaklah mempunyai seorang Pengerusi dan Naib Pengerusi yang dilantik oleh Majlis dan tidak kurang 6 dan tidak lebih 12 anggota yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih.

Peraturan 77 (3) menyatakan bahawa jika dalam ketiadaan Pengerusi dan Naib Pengerusi oleh kerana uzur atau sebab-sebab lain, anggota PAC blh memilih sesiapa saja dari kalangan anggota untuk mempengerusikan prosiding PAC.

Masalah mula timbul apabila Pengerusi PAC dilantik menjadi menteri dan hilang kelayakan sebagai Pengerusi. Dalam keadaan ini dengan tiba-tiba Speaker mengarahkan prosiding PAC ditangguhkan sementara Pengerusi baru dilantik. Ini suatu tindakan yang salah kerana Speaker tiada sebarang kuasa mengganggu perjalanan PAC kerana PAC berjalan atas kapasiti sendiri. PAC hanya bertanggungjawab kepada Majlis bukan Speaker.

Apabila Speaker mengarahkan prosiding PAC ditangguhkan, ianya suatu tindakan yang salah.

Speaker menggunakan Peraturan 100 yang menyatakan bahawa dalam keadaan tiada peruntukkan yang jelas, Speaker mempunyai kuasa tetapi mengambil Peraturan 100 itu juga salah kerana Peraturan 100 ialah berkaitan perjalanan mesyuarat bukan perjalanan Jawatankuasa.

YB LKS mengatakan Speaker salah guna kuasa dan sememangnya betul jadi tidak sepatutnya YB LKS diusulkan digantung. YB LKS ingin mempertahankan kedudukan Speaker bukan menghina Speaker. Speaker yang dimaksudkan bukan orang yang menjawat jawatan Speaker tetapi institusi Speaker Dewan itu agar tidak dicemari dengan tindakan yang salah.

Zulhazmi Shariff 
23102015

********************

Nantikan sambungannya.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Yong,

    Watak cartoon yang poyo,
    hanya terdapat di Malaysia....
    and nowhere else,
    in this whole universe,
    tetapi mampu memberi ilham berharga,
    kepada kartunis pujaan,
    yang namanya tidak perlu disebutkan.

    Sorry, sajak tidak berkualiti I pendek je.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.