Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 25 October 2015

PENGGANTUNGAN YB LIM KIT SIANG TERUS DIPERTIKAI (PT 2)

Ini adalah sambungan tulisan peguam Zulhazmi di dalam facebooknya. Yong tak sempat nak post kerana sibuk dengan urusan kehidupan. Pt 1 telah diterbitkan di YSK sebelum ini;



BAHAGIAN II - BAGAIMANA YB LIM KIT SIANG DIGANTUNG?

Pada 22/10/2015 jam 11:40 pagi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Sri Azalina Othman Said mengusulkan kepada Dewan suatu usul di bawah Peraturan 27 (3) Peraturan Mesyuarat Dewan seperti berikut :-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan;

“BAHAWA pada Isnin, 19 Oktober 2015, Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kawasan Gelang Patah telah mengeluarkan kenyataan semasa perbahasan usul pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang merupakan satu tuduhan ke atas Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengenai penangguhan mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

BAHAWA tuduhan itu menyatakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak ada kuasa di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk menangguhkan mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan mendakwa Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menyalahgunakan kuasa.

BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Gelang Patah membuat tuduhan bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat juga telah melakukan sabotaj terhadap penyiasatan 1MDB.

BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Gelang Patah melemparkan tuduhan bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat menjadi diktator dalam membuat tafsiran kepada peraturan mesyuarat dan turut mempolitikkan kedudukan beliau sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

BAHAWA tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Gelang Patah adalah dakwaan yang amat serius dan merupakan suatu penghinaan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan demikian bererti penghinaan juga kepada Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kawasan Gelang Patah hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat selama enam (6) bulan dari tarikh usul ini diputuskan”. [Tepuk]

Saya mohon mencadangkan

Perlu diambil perhatian bahawa usul di atas dibawa mengikut Peraturan 27 (3) yg memperuntukkan seperti berikut :-

(3) Kecuali sebagaimana yang disyaratkan dalam Peraturan Mesyuarat 43 dan perenggan (5) dalam Peraturan Mesyuarat 86 dan 26(1), apa-apa usul hendaklah dikeluarkan pemberitahu tidak kurang daripada empat belas hari terlebih dahulu tetapi jika usul itu dengan nama Menteri, maka memadailah dengan dikeluarkan pemberitahu tujuh hari sahaja terlebih dahulu, dan pula jika Tuan Yang di-Pertua puas hati setelah diterangkan kepadanya oleh seseorang Menteri iaitu bagi faedah orang ramai sesuatu usul itu mustahak dibahaskan dengan seberapa segeranya maka memadailah dikeluarkan pemberitahu itu satu hari sahaja terlebih dahulu.

Peraturan 27 (3) ini ialah berkaitan bagaimana sesuatu usul hendak dibawa oleh Menteri bukan berkaitan hendak mengambil tindakan terhadap seseorang ahli. Jika kita lihat usul yang dibacakan oleh Menteri, kita tidak nampak usul tersebut dibuat mengikut peruntukkan Peraturan yang mana, justeru dari awal lagi usul sudah tidak betul.

Peraturan Mesyuarat Dewan sebenarnya ada peruntukkan bagaimana hendak mengambil tindakan tatatertib terhadap seseorang ahli dewan iaitu di Peraturan 80 dan 80A.

Peraturan 80 ialah berkaitan pewujudan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang akan berfungsi seperti Jawatankuasa Disiplin atau Tatatertib yang boleh menyiasat dan mengambil tindakan.

Peraturan 80A pula ialah jika berlaku sesuatu tindakan yang segera, maka Majlis Mesyuarat boleh mengambil tindakan tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Peraturan 80A

80A. Walau apa pun peruntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 80 berhubungan dengan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, kiranya pada hemat Majlis telah berlakunya, sama ada oleh seorang ahli atau oleh mana-mana orang lain, apa-apa perbuatan, perkara atau benda yang boleh dikenakan hukuman sebagai perbuatan menghina Majlis di bawah Ordinan Majlis-Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, Majlis boleh melantik suatu Jawatankuasa untuk terus menyiasat hal itu dan mengambil tindakan yang bersesuaian mengikut Ordinan tersebut

Usul oleh Menteri tidak menggunakan Peraturan 80 dan 80A sebaliknya mengikut Peraturan 27 (3) yang jelas salah.

Kemudian Speaker membenarkan usul tersebut dibahaskan dan kemudian membuat keputusan di dalam Majlis juga adalah salah.

Jelas bahawa tindakan menggantung YB LKS adalah tidak mengikut Peraturan Majlis Mesyuarat justeru penggantungannya menjadi tidak sah.

Adalah amat menyedihkan apabila Dewan Rakyat yang menjadi institusi ulung dalam negara telah diperkotak katikkan demi kelangsungan politik pemerintah.

ZULHAZMI SHARIFF.
23102015

********************

PT 2 ini melengkapkan PT 1 mengenai kelemahan tindakan menggantung YB LKS selama 6 bulan. Macai yang bernama Wan Rosli, kalau dia komen akan send banyak kali (Yong terbitkan spam dia di sini). Komen ini dibuat dalam posting yang lalu. Tetapi Yong terbitkan di sini jer.


Wan Rosli dan macai yang mengaku penyokong ulama, boleh baca semua alasan peguam Zulhazmi kenapa penggantungan LKS patut dibantah. Itupun kalau Wan Rosli faham undang-undang. Kalau tak faham, elok bertanya kepada yang faham. Kalau tak mahu bertanya Yong tak boleh buat apa-apa lagi.

Yong tak mahu memanggil orang dengan gelaran "tolol" seperti seorang ulama tu (tak sebut nama). Tetapi masing-masing nilaikanlah sendiri, cerdik atau tidak komen di atas.

Yong tak mahu menjadi saluran komen kamu yang setaraf geng budak baju merah dan pemimpinnya (yang derhaka kepada sultannya sendiri).

SIFAT PERKAUMAN GENG BAJU MERAH

10 comments:

  1. Salam Yong

    Seharusnya LKS bawa perkara ini ke mahkamah tinggi untuk buat judicial review bagi memaksa pihak berkuasa, iaitu YDP Dewan Rakyat, melaksanakan tugas mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada. Kalau dah YDP tak reti pasai peraturan rumahnya sendiri maka eloklah bagi mahkamah bagi tau dia macam mana...

    ReplyDelete
  2. Sokong buat apa yang menentang hudud akai ada ka

    ReplyDelete
  3. Assalam Yong,

    Itulah tugas2 utama PH.. membersihkan segala kekotoran DAP.. kih kih..

    ReplyDelete
  4. Assalam.

    Kalau 'referee', in any game & situation, hanya ternampak macho, cool TAPI senget, biased, usah ler tu jangan kite harap sangat keputusannya dah tahu dah yemedang kalah. Follo my hunch, maybe no victorious soon...not in our lifetime for many of us!

    Just do it properly... Usaha & tawakkal kepada Allah aje yang penting. Menang is a bonus then.

    TAPI yg herannya, PAS boleh kabor pengikut dia kemenangan dah hampir ?? Kalau PAS solo rasanya dia nak menang Kelate pun tak tentu lagi...harus dia join venture sama BN tu harus ler dia 'menang'...haha

    ReplyDelete
  5. Wan Rosli, 2002 Sultan Terengganu sudah memberi kebenaran utk Hudud. kenapa Hadi Awang tangguhkan?


    ReplyDelete
  6. Miker pergi congkei batu jalan LPT le. Tak payah bayor sekupang pun.Kahkakhkah!

    ReplyDelete
  7. Yong.. mana ulasan saya.. saya hantar lagi yea?

    ReplyDelete
  8. Kita ni kdg2 nak ulas politik tapi masih cetek bab politik.. seperti di terengganu, sama jugalah kes di kelantan, selagi x dibawa ke parlimen utk dimaktubkan selagi itulah x boleh dilaksanakan hudud.. kita buat sedikit demi sedikit.. bukan tak buat langsung atau tolak hudud terus macam PAN kalau DAP tolak hudud..!

    Dan satu lagi kalau nak komen tu pastikan kita update isu2 politik semasa.. kan PAS dah kata macamana nak bawak ke parlimen RUU Jenayah Syariah utk sesi ini kerana ianya telah dibawa masuk mahkamah oleh GERAKAN,... tunggu lah isu di mahkamah selesai dulu..

    Ingat tuh.. buat sikit2 bukan x buat langsung.. nanti Allah tanya kat akhirat sekurang2nya kita dah ada jawapan.. atau sanggup ke kita nak jawab "aku tak buat apa2 pun utk tegakkan hudud" ataupun "aku tolak hudud sebab DAP tolak hudud!"

    ReplyDelete
  9. Wan Rosli,

    Kalau kamu ni jenis lurus bendol, saya maafkan. tapi, kalau kamu ni buat-buat lurus bendol...kamu akan menghadapi masalah...

    Kalau sudah tahu akan menghadapi masalah,kesulitan untuk dilaksanakan seperti di Terengganu? kenapa tidak mengambil pengajaran keatasnya Wan Rosli? kenapa perlunya hendak diusulkan lagi untuk di negeri Kelantan? kenapa kamu hendak kena patuk dalam lubang yang sama juga Wan Rosli...? cerdik ke untuk bermain politik mcm tu....? nasihat saya, khatamkan dulu, belajar selok belok permainan munafik pemimpin2 Umno/BN.

    Wan Rosli, sekiranya kamu buat sesuatu perkara kerana niat sikit2, main2, tidak bersungguh2...kamu ingat Allah tidak akan menyoal kamu ke? ingat Wan Rosli! tanggungjawab seorang pemimpin kalau mereka melakukan perkara sebab main2,buat sekadar melepaskan batuk di tepi tangga dan untuk political mileage...merea akan gagal.




    ReplyDelete
  10. Salam Semua Pengkomen

    Semua komen mengenai hudud selepas ini akan dimasukkan ke dalam spam.

    Posting ini bukan mengenai hudud dan tiada kaitan dengan hudud.

    Penggantungan LKS selama 6 bulan juga tiada kaitan dengan hudud.

    ISLAM ITU INDAH.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.