Amanah bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Setuju.
Setuju.
Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh Amanah. Tegas. Tak perlu "main" lagi dengan pihak yang menyimpan dolus specialis untuk bermusuh.
Tindakan Azmin Ali yang tidak dilihat profesional sebagai seorang Timbalan Presiden tidak akan memberi "leverage" kepada PKR. Kononnya tak mahu calon pembangkang bertindih. Tapi dia sendiri tidak akan dilupakan kerana membuat calon pembangkang bertindih di Sarawak. Bukan 1 tapi 5.
Kenyataan DSAI yang mengaku bahawa "Warkah Dari Penjara" itu benar ditulisnya, menambah lagi calit hitam kepada Azmin dan kelompok yang sedang berkampung dengannya. Ingat lagi betapa Shamsul Iskandar mempersoalkan kewujudan surat tersebut? (Baca di sini).
Maaf cakap. Kredibiliti kumpulan ini sudah terhakis teruk.
Biarlah jika ada pemimpin PKR yang sanggup dipatuk ular berkali-kali.
Maaf cakap. Kredibiliti kumpulan ini sudah terhakis teruk.
Biarlah jika ada pemimpin PKR yang sanggup dipatuk ular berkali-kali.
2 hrs ·
KENYATAAN MEDIA AMANAH
RUNDINGAN GAGAL, AMANAH SEDIA TANDING PRK SG. BESAR DAN KUALA KANGSAR
1. AMANAH menghargai usaha yang dijalankan oleh beberapa pimpinan PKR untuk berunding dengan Pas demi menentukan hanya satu lawan satu di kedua-dua kerusi PRK yang akan diadakan tidak lama lagi.
2. Namun demikian adalah semakin nyata bahawa usaha rundingan ini telah gagal atas sebab pendirian tegas Pas mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan sebagai milik tradisi mereka.
3. AMANAH sudah menjangka bahawa Pas akan menolak apa-apa usaha untuk meminta mereka menarik diri dari bertanding sama ada di Sg. Besar ataupun Kuala Kangsar. Ini adalah kerana Pas yakin mereka cukup kuat untuk memenangi dua kerusi tersebut atas kekuatan diri mereka sendiri tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Oleh itu penarikan diri akan dilihat sebagai pengakuan bahawa Pas tidak sekuat yang didakwa selama ini.
4. Pas juga menyedari bahawa AMANAH sudah bersedia untuk bersaing dengan mereka di dua kerusi berkenaan. Pilihan raya kecil ini dilihat sebagai peluang keemasan untuk membuktikan bahawa AMANAH tidak mempunyai sokongan dan daya tarikan di kalangan masyarakat Melayu khususnya. Oleh itu adalah tidak mungkin Pas menarik diri.
5. Kesedian AMANAH untuk berhadapan dengan Pas di dua kerusi tersebut juga diketahui umum. Sekiranya Pas menarik diri maka ianya akan dilihat sebagai bukti bahawa Pas takut berhadapan dengan AMANAH.
6. Oleh itu AMANAH mengesyorkan PKR menerima kenyataan bahawa Pas tidak akan menarik diri dan tumpuan diberi untuk mengukuhkan cabaran PH di dua kerusi tersebut. Sudah cukup masa dan usaha ditumpukan kepada perundingan dengan Pas. Umum mengetahui bahawa Pas menolak usaha ini dan oleh itu persoalan 3 penjuru yang bakal berlaku bukan hasil kehendak dan sikap PH.
7. AMANAH mengharapkan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan disegerakan untuk memutuskan parti mana yang akan mewakili Pakatan Harapan pada kedua-dua PRK tersebut.
8. AMANAH berpendapat, sukar bagi PKR untuk bertanding menentang PAS pada PRK ini. Oleh itu, AMANAH bersedia untuk mewakili PH dalam kedua-dua PRK ini dan mengucapkan terima kasih kepada DAP Selangor atas sokongan terbuka mereka untuk AMANAH mewakil PH di Sg. Besar.
"Harapan Baru"
KHALID ABDUL SAMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara
23 Mei 2016
********************
Video Pengakuan Anwar Ibrahim mengenai "Warkah Dari Penjara"
Betul tu yong..PH perlu ke depan
ReplyDeletePkr bukan saja suka dipatuk ular..
ReplyDeleteTapi siap berkawan dgn biawak,siap tumpang naik atas biawak redah kolam taik
Bukan apa2 tunggu pas tu......PKR nak ambil berkat. Pas kan ulamak sedonia......selain Pas mana ada olamak. Tak caya tanya harun Din.
ReplyDeleteSebenarnya PKR tak perlu risau sekiranya putuskan hubungan dgn PAS.. sbb PAS mmg dah lama berhajat nak ambil kerusi PAS yg pernah diserahkan pd PKR dulu.. dan PKR akan bergabung dgn PH utk LAWAN PAS.. tak perlu LAWAN UMNO!... Tak salahkan?
ReplyDelete