SATU PETANG DI KUALA LUMPUR

KEKAWAN

Ini rumah Yong. Rumah Yong adalah catatan peribadi episode perjalanan hidup Yong. Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Kalau tidak komer tak faham. Kalau tak suka, tak payah singgah. Move on.

Wednesday, 7 November 2012

BERITA YANG BUAT HASSAN ALI MENANGIS: DR MUHAIMIN SULAM DILANTIK MENGGANTI NASHARUDDIN MAT ISA

SURAU DIBINA HASIL USAHA KOMUNITI PAS

Yong balik kampung. Tak cayer? Nah! Yong letak bukti gambor surau kat Tali 6, dekat Chenderung Balai, dalam DUN Sungai Manik, Parlimen Pasir Salak. Orang kampung gelor surau ni surau PAS. Ia dibina hasil usaha komuniti PAS. Surau ini terletak di atas tanah yang diwakafkan oleh Chegu Hashim. Dah Chegu, maknnya professional ler tu. Tapi yang datang solat tak kira professional ataupun ulama dan ahli PAS, PKR atau UMNO,

Yong cari jugak kot jumpa surau UMNO atau PKR. Hmm...tak mandang!

Masa balik kampung Yong diberitahu Dr Muhaimin Sulam akan dilantik sebagai AJK Kerja PAS Pusat. Dia mengganti Nasharuddin Mat Isa yang memegang jawatan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS. Dengor cerita Nasharuddin tak pernah hadir mesyuarat. Dengor cerita dia tak sior memegang jawatan itu. Sebab itu tak datang mesyuarat.

Eloklah begitu. Sudah dia tak sior, buat apa dok simpan dia di AJK PAS Pusat lagi?

Sudah tak datang mesyuarat, maknanya sejak tahun 2011 dia tak buat apa-apa pun untuk PAS?

Alaihai...mana yang katanya istiqomah tu?

Tapi heran jugak, ada yang kata Nasharuddin ini masih relevan dalam PAS. Relevan kat mana penin Yong memikiornya.

Masa diberitahu tentang perlantikan ini Yong tidak dibenarkan tulis di Blog kerana belum rasmi. Tapi sekarang dah rasmi. Jadi Yong tulis untuk merakamkan tahniah pada Dr Muhaimin Sulam, calon Pakatan Rakyat bagi Parlimen Pasir Salak.

Senarai penuh AJK PAS Pusat di sini.

Bab jadi calon Pakatan Rakyat Parlimen Pasir Salak ni, mungkin ada orang yang "berbulu" telinga mendengarnya. Telinga siapa yang "berbulu" tu biarlah Yong simpan rahsianya, buat sementara waktu.

Apapun, Yong percaya Dr Muhaimin Sulam tak takut dengan Pekida Pasir Salak yang terkenal dengan kegarangannya itu. Kah kah kah! 

Hassan Ali tentu sakit hati sebab bertambah lagi "parasit" dalam AJK PAS Pusat.

KAMIKAZE HAJI HADI VS. HISSHINO HAJI NAJIB: SIAPA TERKORBAN?

PILOT KAMIKAZE DALAM WWII

Yong sokong 110% Haji Hadi bertanding mencabar Haji Najib di Pekan. Tetapi ramai tidak yakin. Kata mereka, rugi kalau kalah. Ramai menganggap ini adalah politik kamikaze. Entah hidup entah tidak lepas buat kamikaze ni kita tak tau.

Mengapa takut? Mengapa perlekeh keberanian Haji Hadi?

Jika Haji Hadi menang, dia akan mencatatkan sejarah kerana menjadi orang pertama di Malaysia mengalahkan PM digelanggang PM.

Jika kalah, dia juga akan mencatatkan sejarah kerana keberaniannya sebagai seorang Presiden PAS menentang PM Malaysia di gelanggang PM.

Sebenarnya tiada apa-apa yang akan mengaibkan Presiden PAS itu sendiri.

"He has nothing to lose."

Tetapi buat Haji Najib. "He has everything to lose!"

Kerana itu Haji Najib jadi Hisshino (desperate). 

Haji Najib akan menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan untuk berkempen. ini tidak menghairankan. Selama inipun BN telah melakukannya. Bukan teknik baru.

Apa ada di Pekan?
  1. Kem Warga Kemboja
  2. Kem askar


RUMAH WARGA KEMBOJA DI PEKAN

WARGA KEMBOJA DAPAT KAD PENGENALAN

Gambar tentang warga Kemboja Yong ciluk dari Blog Mazidul di sini.

Bab kem askar pula, masih ingat pengakuan ini?

CONTOH (SUMBER MALAYSIAKINI)

Desperate man uses desperate means. 

Benar. Kem askar di Pekan adalah tabung undi bagi Haji Najib. Tetapi ia mungkin tidak cukup, kerana yang ditentang juga seorang giant. Mungkin ada DUN atau Parlimen lain yang akan dijadikan korban demi menangkan Haji Najib. DUN/Parlimen yang akan dikorbankan tidak akan menerima sumbangan yang cukup dari BN pusat untuk menang.

Mungkinkah yang turun mengundi nanti mencapai 99.99%?

Jadi, Haji Hadi tak boleh tarik diri.

PAS Pusat jangan halang hasrat Haji Hadi bertanding di Pekan.


MUNGKINKAH SIPUT BAMBU JUGA AKAN JADI PENGUNDI? (SIPUT INI BANYAK TERDAPAT DI PERSISIRAN PANTAI TERENGGANU DAN PAHANG)

Jika Haji Hadi kalah tetapi Pakatan Rakyat dapat ke Putrajaya, mungkin ada YB PAS yang sanggup berkorban dan mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada Haji Hadi bertanding semula. Tindakan ini membolehkan Haji Hadi duduk di Parlimen. Itupun jika Haji Hadi tidak jadi MB Terengganu. Hahaha.

Cuma Yong harap sangat, harap sangat-sangat. Jangan ada yang kata: Biar PAS kalah asal Islam menang!

Antara Kamikaze Haji Hadi dan Hisshino Haji Najib, siapakah yang akan terkorban?

Tuesday, 6 November 2012

NURUL IZZAH BAIK DENGOR NASIHAT PEJUANG MELAYU TULEN YANG SANGAT TINGGI ILMU AGAMA NIH!

Kata Pejuang Melayu Tulen, Nurul Izzah itu budak mentah. Perlu mendalami ilmu lagi. Kali ini Yong setuju dengan pandangan Pejuang Melayu tulen ini. Takkan budak yang 30an ilmu politiknya sepadan dengan orang yang berusia 60an. Bukan begitu?

Geng PKR jangan melompat nak marah Yong! Baca baik-baik. Takde Yong kata Nurul Izzah tu salah apapun. Yong kata ilmu politik orang yang baru berkecimpung dalam bidang ini tak sepadan dengan ilmu orang yang dah entah berapa kali melompat turun naik parlimen! Tak gitu?

Yong juga sokong elok bebenor le Nurul Izzah saman surat khabar yang suka kena saman tu. 

Bab ilmu agama, pengalaman Pejuang Melayu Tulen pun lebih banyak dari Nurul Izzah. Tak cayer tanya Saifuddin Nasution. Sebab dulu Saifuddin pernah sebut begini:

INI MASA BERDEBAT DI PARLIMEN (MALAYSIAKINI)

Kenyataan Saifuddin itu telah menyebabkan Pejuang Melayu Tulen amat marah. Lalu Saifuddin dicabar bercakap di luar dewan. Ingat lagi tak? Akhirnya dia bertindak menyaman Saifuddin:

PEJUANG MELAYU TULEN MENYAMAN SAIFUDDIN BUKAN SIKIT WEH! (MALAYSIAKINI)

Dua tahun berlalu. Apa sudah jadi? Betui ke Saifuddin Nasution memfitnah Pejuang Melayu Tulen? Inilah keputusan mahkamah:

KALAU BUKAN FITNAH ADAKAH BERMAKNA PEJUANG MELAYU TULEN PERNAH ADA SAHAM JUDI? MALAYSIAKINI

Pejuang Melayu Tulen lupa. Biasalah, dah ikut sangat tarbiyah Chedet, maka dia jadi "Melayu mudah lupa." Pesanan orang tua-tua Melayu supaya jangan jadi:

Alim bagai katak di tepi air; 
Akan dijadikan tabuh, singkat; akan dijadikan gendang, berlebih.

Tak salah dengor nasihat nasihat Pejuang Melayu Tulen ini. Takpe dapat tarbiyah dari Tuan Guru Nik Aziz (PAS). Jangan macam Pejuang Melayu Tulen yang dapat tarbiyah dari Chedet. Kah Kah Kah!

Monday, 5 November 2012

HENTI POLITIKKAN HUKUM HUDUD: ZAHID HAMIDI

GOLONGAN ISLAM YANG TAK TAKUT BALASAN DOSA

BILA TERSEPIT BERDALIH KONON YANG DITOLAK IALAH PAS HUDUD, DALAM BANNER INI ADA TULIS HUDUD PAS?

DEMI PERUT USTAZ INI LUPA KENYATAAN SOI LEK YANG MENGHINA NEGARA ISLAM (ASD)

KAT BAWAH NI PULAK, MEMANG DEMER NI BUAT MALU KAT MELAYU ISLAM UMNO JER!

AMOI INI TAK TAKUT HUDUD, SIAP SENYUM HAPPY LAGI
NYONYA DENGAN APEK NI SELAMBA JER DUDUK BAWAH PAYONG PAS, SANGAT SIMBOLIK!

INDIA NI APESAL PULA PAKAI BAJU HIJAU DENGAN IKAT KEPALA TULIS PAS?
Sumber Greenboc

BIAR GAMBAR BERBICARA.

INI VIDEO BUKTI SOI LEK MENGHINA HUDUD (KREDIT MILOSUAM)


Friday, 2 November 2012

JANGAN BIARKAN MCA TERUS MENGGILA JADI PENGAWAL UNDANG-UNDANG DAN NYAWA RAKYAT! (VIDEO)

Selagi demer berkuasa, selagi itulah wang rakyat akan dirompak apabila syarikat swasta menjadi perompak yang mendapat pengesahan undang-undang. Demer semakin rakus - Dari tenaga, komunikasi, ayor, tol, hospital swasta, pengutipan sampah, keretapi, pengumbahan dan sekarang sistem saman pun jadi swasta.

Penswastaan undang-undang inilah yang paling tidak diterima dalam konsep penswastaan, selain penswastaan air dan tenaga.

JOM BANTAH!

Himpunan Rakyat Bantah Kamera Saman Ekor -AES

Isu pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) atau lebih dikenali sebagai ‘Kamera Saman Ekor 1Malaysia’ menjadi isu penting dalam masyarakat. Saman ekor ini jelas membebankan rakyat dan menjadi bukti yang jelas bahawa pemerintah Barisan Nasional tidak prihatin terhadap bebanan rakyat.

Tidak cukup dengan kos sara hidup yang meningkat dan kenaikan hargabarang sudah cukup membebankan. Keadaan jalan yang teruk dan pengangkutan awam yang tidak efisyen membuatkan kos perjalanan rakyat menyusahkan.

Dasar Automotif Negara yang memberikan pendekatan ‘protectionist’ melindungi pengeluar kereta tertentu akhirnya memaksa rakyat untuk memilih kenderaan yang kurang menjaga kualiti. Untuk mendapatkan kereta yang berkualiti rakyat terpaksa tanggung beban cukai aksais dan pinjaman bank yang tinggi yang akhirnya menguntungkan syarikat kroni.

Aspek-aspek yang dinyatakan ini sudah cukup untuk membawa rakyat untuk celik mata bahawa dasar yang dibawa oleh pemerintah Barisan Nasional ini membebankan rakyat dan mengkayakan kroni.

Statistik kemalangan dijadikan hujah utama oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha untuk mempertahankan pelaksanaan AES. Sedangkan dalam banyak hal seperti yang dinyatakan diatas seperti keadaan jalan, fasiliti untuk pengguna motosikal, harga kereta, dasar automotif Negara, dan keadaan kereta turut menjadi faktor kemalangan.

Lebih malang pelaksanaan sistem saman ekor AES ini adalah secara konsesi kepada syarikat swasta didakwa mempunyai hubungan rapat dengan MCA apabila lembaga pengarah yang sama dari salah satu syarikat konsesi mendapat kontrak jutaan ringgit daripada Kementerian Kesihatan pada 2006 yang ketika itu menterinya adalah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek seperti yang pernah dipersoalkan di Parlimen.

2 syarikat yang dilantik adalah Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd tanpa melalui tender terbuka bakal mendapat keuntungan sehingga RM 700 juta hasil kutipan saman. Kutipan saman ini adalah daripada poket rakyat sendiri.

Di parlimen Lumut sendiri, Datuk Seri Kong Cho Ha sebagai ahli parlimennya bakal dipasang 9 buah kamera AES. Sejak dilaksanakan pada 23 September 2012, dalam masa 8 hari dengan 14 kemera AES sebanyak 63,558 buah saman dikeluarkan.

Menyedari segala hakikat ini rakyat tidak boleh berpeluk tubuh. Hasil mesyurat yang dijalankan pada 27 November lepas yang dihadiri oleh parti politk, NGO dan pimpinan masyarakat sekitar Parlimen Lumut telah sepakat untuk menubuhkan BANTAH AES.

BANTAH AEs dengan ini telah memutuskan untuk menggerakan satu himpunan aman untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengangkutan di Pejabat Parlimen Lumut Barisan Nasional di Sitiawan.

Himpunan Rakyat BANTAH AES ini mensasarkan fokus untuk mendesak Menteri Pengangkutan untuk mengkaji semula dan mengambil kira beban rakyat sebelum melaksanakan AES.

BANTAH AES menyeru seluruh rakyat terutama di Parlimen Lumut untuk hadir bersama-sama di perhimpunan ini bagi menyerah memorandum kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.. Perhimpunan Rakyat BANTAH AES diadakan pada 9 November 2012, selepas solat Jumaat di Masjid Nasriyah, Sitiawan sekitar jam 1.30 petang.

Mohd Saifullah Mohd Zulkifli
Koordinator Bersama BANTAH AES

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38762


Video ini dalam bahasa omputih yang mudah difahami. Hanya Perkasa jer yang tak faham. Sebab tu demer sokong AES! Kesian. Dah lebih setengah abad kita merdeka, tapi masih ada Melayu yang bangang tahap gaban ini.



AGAKNYA BEGINI RUPA DEMER TERSENGIH BILA KENA ROMPAK

MCA MENGHINA ISLAM, PERKASA TETAP SOKONG. KRONI MCA ROMPAK DUIT RAKYAT (PKNZ, PERWAJA ETC), PERKASA MASIH SOKONG. SAMPAI BILA PERKASA NAK JADI BANGANG?

Thursday, 1 November 2012

STRATEGI BODEK PENJAWAT AWAM: NAIK GAJI 5% SETAHUN SEKALI, KENA SAMAN AES RM300.00 SETAHUN BERKALI-KALI.



Hingor-bingor macam ayam bertelur sebijik. Ingat semua penjawat awam naik gaji. Rupa-rupanya yang dapat naik gaji tu 20% kakitangan kerajaan yang gajinya dah sampai ke tembok! Kumpulan ini katanya tak boleh naik ikut manapun!

Nak kata bangang, ada kelulusan yang tinggi. Tetapi ia ternyata bangang tahap gaban! Buat apa bagi naik gaji kalau sudah sampai ke tembok tetapi pemalas dan tidak layak naik pangkat? Kenapa tak bagi pada semua? Orang lain tak kerojer sampai setengah mati ke?

Siapa mereka ini?

Pegawai turus yang dah nak pencen?
Pegawai jusa yang dah nak pencen?
Pegawai kanan kerajaan yang dah nak pencen?
Pegawai rendah yang dah nak pencen?
Pekerja kumpulan sokongan yang dah nak pencen?
Kakitangan awam yang tersangkut hingga gaji sampai ke tembok sebab prestasi tidak menyerlah?

Adakah kewajaran dapat penghargaan ini berdasarkan "long-term service" semata-mata?

Tetapi wajarkah mereka yang skel gaji sampai ke tembok, tetapi prestasi kerja yang buruk menerima imbuhan kenaikan gaji? Sedangkan orang lain yang rajin terkulat2 melihat sahaja?

Apapun cuba kaji pengiraan berikut:

Katanya kenaikan adalah antara 2% - 5%

Yong andaikan, yang berpendapatan rendah kenaikan lebih tinggi seperti contoh berikut:

Jika gaji RM2,000.00 sebulan
Naik 5%
Kenaikan = RM100.00

Jika gaji RM5,000.00 sebulan
Naik 4%
Kenaikan = RM200.00 sebulan

Jika gaji RM10,000.00 sebulan
Naik 3%
Kenaikan = RM300.00 sebulan

Jika gaji RM20,000.00 sebulan
Naik 2%
Kenaikan = RM400.00 sebulan




Jika semua kena saman RM300.00 siapa yang terasa sangat perit?

Yang gaji besar atau yang gaji kecil?




Siapa yang akan kena saman?

Yang selalu ulang alik hantar-ambil anak sekolah.

Orang besar sudah tiada anak sekolah. Selalunya anak sudah besar atau sekolah asrama penuh.

GAJI NAIK UNTUK SEMUA PEKERJA SEKTOR AWAM MEMANG WAJAR. TETAPI AES TETAP TIDAK WAJAR.

JANGAN NAK TIPU RAKYAT DENGAN KENAIKAN GAJI YANG SECIPUT INI! 

PEKAN LACHAU DAN ANUGERAH RM30 JUTA KEPADA SOI LEK SETELAH MENGHINA ISLAM (VIDEO ORI SEBAGAI BUKTI)

Sebenarnya video Najib menyebut Hulu Lachau tidak pernah hilang dari youtube!

Yong tak nak tergesa-gesa komen tentang isu perkataan yang disebut Najib semasa merasmikan Perhimpunan MCA, selepas Soi Lek berucap berapi-api menghina Islam.

Yong tak mahu buat fitnah.

Yong sukar mempercayai ada umat Islam yang sanggup memaki undang-undang agamanya sendiri. Kalau ada orang Islam yang melakukan perbuatan itu, Yong percaya ulama-ulama akan bersetuju jika Yong katakan orang itu patut taubat dan mengucap dua kalimah syahadat semula.

Jadi, Yong tak fikir Najib akan buat begitu kerana dia tahu ucapannya akan dirakam dan diterbtkan di youtube. Ucapan dahulu tentang sebutan "haramjadah" itu sudah cukup memakan dirinya sendiri.

Ini pandangan Yong.

Disebabkan story ini timbul semula, Yong rasa perlu menulis mengenainya. Tetapi Yong melihatnya dari perspektif yang berbeza.


LACHAU IALAH SEBUAH PEKAN PELANCONGAN

Kenapa dalam banyak-banyak pekan di Sarawak, dia nak sebut Hulu Lachau?

Sebutan itu telah membuat audiennya tertawa.

Siapakah yang menyediakan text ucapannya? Adakah perkataan Hulu Lachau wujud dalam text ucapannya? Kalau ada catatan begitu, Najib kena pecat penulis text ucapan itu!

Respons ketawa audien terhadap sebutan nama pekan itu memberi gambaran seolah-olah Najib mempermainkan orang Sarawak yang telah memberi nama kepada tempat berkenaan.

Yong sediakan video penuh itu di sini. Fast-forward ke minit 32:51 komer akan dengar sebutan itu dalam konteks ucapan.





Dalam video ini Najib memberi ganjaran RM30 juta kepada Soi Lek di atas "jasa"nya menghina Islam. Lihat minit 42:40 hingga minit 43.00.

Adakah penduduk pekan yang namanya pelik-pelik di negara kita, akan berasa gembira jika pemimpin menjadikannya bahan jenaka?